Anak Tunggal dan Depresi

Salam lebaran kepada pembaca semua. Saya Alin berumur lewat 20’an berkahwin dengan anak lelaki tunggal yang mempunyai sejarah depresi dan tidak menghabiskan rawatan.

Berpindah negeri mengikut suami dan jauh dari keluarga sendiri (perjalanan 6-7 jam). Setahun selepas berkahwin kami dikurniakan seorang cahaya mata.

Semasa kandungan berusia 3 bulan, kami bersetuju untuk meneruskan kembali rawatan psikitrik suami. Selepas 4 kali temujanji baru kami buat keputusan untuk memberitahu ibubapa suami.

Sebelum ini suami tidak meneruskan rawatan disebabkan ibubapa tidak mempercayai tekanan dan masalah yang suami hadapi dan kerap kali mengatakan ianya disebabkan oleh perbuatan sihir dan suami dibawa berjumpa ustaz.

Ditambah pula dengan rekod perubatan MRI yang mengatakan otak suami tiada apa-apa masalah. Merata mereka pergi berjumpa ustaz untuk berubat.

Kesudahannya suami mengkaji dan belajar sendiri kaedah “coping mechanism” untuk menampakkan bahawa dirinya sudah sihat dan kembali ceria. Tetapi hakikatnya bila suami bersendirian segala macam emosi, perasaan dan fikiran datang bertalu-talu.

Hari-hari suami akan berperang dengan fikiran dan emosi yang negetif dan hidup dalam lakonan jika berhadapan dengan orang lain termasuklah dengan keluarga sendiri.

Hari tidak bekerja suami akan menyibukkan diri dengan melakukan apa sahaja kerja yang boleh membuatkan dirinya lupa tentang apa yang dialami, tetapi suami jadi bertambah stress disebabkan kerap penat dan letih.

Begitulah setiap hari kehidupan suami dahulu hari- hari mengalami panic dan manic serta anxiety (maaf tak tahu nak terangkan terma tersebut dalam Bahasa). (Suami juga tinggal bersendirian dan hanya sekali sekala dalam seminggu ibubapa datang dan sebaliknya).

Lebih kurang 6 tahun telah berlalu, kami berkenalan dan setahun kemudian kami mendirikan rumah tangga. Tinggal di rumah pemberian ibubapa suami setelah didesak (perjalanan 40 minit menaiki motosikal). Perancangan awal kami ingin menyewa rumah berdekatan tempat kerja suami.

Selepas kami memberitahu ibubapa tentang menyambung kembali rawatan tersebut, perkara pertama yang ibunya nyatakan “Haris, haris kena sembuh cepat jika tidak siapa mahu menjaga ibu. Haris tak mahu menjaga ibu ke. Haris satu-satunya anak ibu. Siapa lagi yang mahu menjaga ibu”.

Sedangkan pada masa tersebut ibubapa suami masih lagi sihat walafiat, masih mampu mememandu menunggang dan berjalan-jalan, umur mereka dalam lingkungan 60’an.

Apa yang saya nak kata disini, salah satu punca suami jadi begitu disebabkan sikap ibubapanya juga yang sering bermain dengan emosi dan perasaan.

Asyik mengatakan suami anak derhaka jika tidak pulang kerumah, sudah melupakan mereka jika sehari tidak berhubung, tidak memerlukan mereka jika tidak menceritakan apa-apa masalah yang berlaku walaupun isu kecil, tidak menyukai makanan yang dimasak jika suami makan sedikit,

Tidak menyukai kehadiran mereka jika suami mahu tidur dan berehat awal, ibu suami kerap kali menangis disebabkan isu remeh seperti sampai rumah ibubapa lewat sedikit kadang-kadang tiada apa pun ibunya akan menangis.

Perkara-perkara begini tersangat menguji emosi dan perasaan suami. Suami sering menganggap dirinya tidak berguna dan asyik menyusahkan ibunya, tidak dapat buat ibunya gembira dan macam- macam lagi yang negatif.

Bapanya kerap kali bergaduh dengan suami. Bapa seorang yang agak “slow learner”, jenis yang perlu diterangkan berkali-kali baru faham dan keras kepala. Mahu orang mengikut kata-katanya sahaja sedangkan ianya tidak praktikal.

Ibu pula terpaksa mengikit serba serbi apa yang dikata oleh bapa sehingga menggores perasaan suami, isu ini sedari suami zaman sekolah lagi. Teramat panjang jika diulas.

Sewaktu saya mengandung, saya mengalami mual dan alahan yang teruk sehingga berat turun sebanyak 8kg dan kerap dimarahi nurse dan doktor disebabkan bacaan hb yang rendah dan kurang makan.

Puasa suami cari makanan tetapi apa yang masuk dalam mulut semuanya akan dimuntahkan kembali. Hari- hari terasa sangat penat. Disebabkan asyik sakit kepala dan penat muntah seharian saya hanya berehat dan tidur sahaja.

Seminggu sekali baru kemas rumah basuh baju dan sebagainya, mertua kerap datang rumah sebab ingin melihat anak mereka (saya kata begini sebab mertua akan datang selepas suami pulang dari kerja).

Bila semakin sarat kami jaramg pulang ke rumah mereka sebab saya tak tahan duduk dalam keteta lama-lama.

Suatu hari mertua tanya saya akan berpantang di mana. Saya beritahu akan berpantang dengan mak saya sendiri. Ibu mertua pun mengiyakan kerana mak saya lebih berpengalaman dan saya anak perempuan lebih selesa dengan emak sendiri.

Saya nyatakan akan berpantang lama sedikit, tunggu betul-betul kuat baru balik. Sepanjang saya mengandung, dengan tiada selera makan dan lembik serta kerap penat, mertua tiada pun datang untuk menjaga saya.

Setelah saya bersalin secara czer, emak ayah meminta saya untuk tinggal lebih lama (2 bulan sekurang-kurangnya) kerana risau akan diri saya yang keseorangan nun jauh di negeri sana. Tiada seorang dalam keluarga serta saudara yang bersalin czer membuatkan mereka lebih risau.

Setelah 2 minggu bersalin, bapa mertua minta saya pulang kerana mereka juga ingin menjaga saya dan mereka juga ada saudara mara disana yang perlu cucu mereka jumpa. Saya sudah mula serabut.

Mereka mendesak suami hari-hari untuk suruh saya pulang sehingga suami mengalami serangan panik yang teruk. Suami sudah jelaskan, emak ayah saya pun sudah jelaskan mengapa saya mahu pantang lama tetapi bapa mertua saya tidak mahu menerima.

Bila mereka datang kerumah emak ayah saya, bukannya mereka menjaga saya atau bayi, mereka akan pergi kerumah saudara mara yang lain dan berjalan sana sini, alasannya sudah lama tidak berjumpa.

Selama saya mengandung 9 bualan di tempat mereka tiada pun mereka sibuk untuk menjaga saya, setelah saya beranak baru nak berebut menjaga saya? Saya sudah mula mengalami tekanan, hampir tiap malam saya menangis.

2 bulan pantang tidak serupa pantang, bila suami datang tempat saya, saya yang kena menjaganya menenangkannya, bagi dia berehat disebabkan ibubapa asyik mendesak suruh pulang dan mengatakan suami lembik lelaki dayus kerana tidak bawa saya pulang.

Setelah 2 bulan pantang dan pulang ke negeri suami, mertua buat macam-macam perangai dan bermula la kembali drama air mata ibu mertuaku. Dikatakan saya tidak mahu bagi main cucu dan sebagainya.

Mereka datang tidak bagi tahu saya, datang sewaktu anak tengah tidur dalam bilik dan saya tengah berehat. Call emak ayah saya mengadu itu ini. Bertambah tambah saya punya stress dengan suami sekejap ok sekajap tak ok.

Suatu hari rumah dimasuki perompak, kebetulan saya tiada dirumah. Alhamdulillah kami selamat cuma beberapa barang hilang dan rumah berterabur. Terus saya ajak suami pindah menyewa tempat lain yang lagi dekat dengan tempat kerja.

Mertua kata saya bawa lari anak mereka pindah jauh dari keluarga. (Perjalanan hari-hari ketempat kerja yang jauh kerap buat suami depres).

Setelah berpindah rumah tanpa persetujuan mertua, bertambah-tambah lagi drama air mata ibu mertua. Suami buat keputusan untuk bawa saya berjumpa doktor psikitrik.

Bermula la kehidupan saya ulang alik jumpa dr. psikitrik serta puan kaunselor dan saya dikatakan mengalami depresi; adjusted disorder. Dalam tempoh rawatan yang mana mertua pun mengatahuinya, bapa suami ada datamg kerumah untuk bawa suami pulang untuk berubat.

Mertua kata suami tidak mahu mendengar cakap dan telah dibomoh oleh saya. Bapa mertua kata ” Jum ikut bapa pulang, bawa sekali anak tu, kamu pun ada hak keatas anak tersebut, jangan jadi lelaki dayus, biar dekat dia tinggal sorang-sorang”.

Saya terkejut, adakah mertua suruh kami bercerai. Jawapan suami teramat melegakan, suami tidak akan ikut mereka pulang dan tidak akan mengambil anak tersebut dari saya.

Kini dua kali raya telah berlalu. Pada hari raya pertama beberapa hari lepas, suami bercerita kenapa dia tidak suka hari raya, kenapa dia tidak suka berada bersama ibubapanya, kenapa dia jadi begini.

Suami mengatakan ibubapanya tidak sedar diri, tidak menghargai dirinya, selalu mengatakan suami tidak memenuhi keinginan ibubapa.

Ibu suami akan menangis di pagi raya bukan kerana sesi maaf bermaafan tetapi kerana suami tidak melakukan apa yang ibunya inginkan dan suami tidak tahu apa yang ibunya inginkan (saya pun tak faham, hanya mampu mendengar sahaja).

Sehingga sekarang saya tidak mampu untuk berjumpa dengan mertua dan suami enggan menghubungi ibubapanya.

Semenjak berjauhan dari ibubapa, suami kata dia semakin ok, segala perasaan dan emosi negatif berkurangan. Dan mertua sampai sekarang masih mengatakan saya menyihir anak mereka.

Sekian cerita dari saya yang tidak tahu penghujungnya. Terima kasih kerana membaca walaupun panjang berjela.

Doakan semoga urusan kami dipermudahkan semuanya.

Selamat Hari Raya.

– Alin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *