Sikap Ibu

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jikalau beliau sudi kongsikan confession saya ini. Terlebih dahulu, saya berumur 27 tahun. Saya merupakan anak bongsu kepada 5 adik beradik.

Untuk pengetahuan semua, bapa saya telah meninggal dunia semenjak saya di sekolah menengah. Ibu dan bapa saya telah berpisah sewaktu saya berumur 12 tahun.

Sejak dari itu saya tinggal dengan bapa dan adik beradik yang lain tinggal dengan ibu saya. Ramai yang kasihan apabila saya terpaksa tinggal seorang dengan bapa saya kerana bapa saya selalu outstation dan jarang berada di rumah.

Jadi kebanyakan masa memang saya tinggal seorang di rumah. Dengan umur yang begitu muda, saya belajar berdikari sendiri cara masak, kemas rumah dan kemahiran hidup yang lain.

Bapa saya sangat baik dan seorang yang sangat memahami anak anaknya. Kami semua lebih manja ketika bersama dengan ayah berbanding ibu kami. Dan sebab itulah, saya lebih rela tinggal dengan ayah berbanding ibu.

Ibu saya sangat tegas orangnya. Seorang yang sangat berprinsip dan cekal. Tetapi kadang kala ibu terlampau tegas dengan kami adik beradik. Saya selalu bergaduh dengan ibu. Sebabnya dalam kalangan adik beradik, saya yang paling banyak persamaan dengan ibu kami.

Jadi ia ibarat api dengan api. Kami berdua sangat keras kepala dan tinggi ego. Ibu sangat dihorm4ti dalam kalangan rakan2 dan adik beradiknya. Dan saya tidak hairan jika saya terdengar ada yang memuji ibu dan kagum dengan diri ibu.

Sikap ibu terhadap anak anak dan orang luar sangat berbeza. Ibu ramah dekat luar tapi sangat tegas dengan anak anak. Ibu sanggup habis berpuluh ribu untuk membantu kawan2 dan memberi kata2 motivasi dengan mesra kepada orang lain.

Ibu sangat mesra dengan orang luar tetapi tidak kepada anak2. Sepanjang hidup saya, jujur saya katakan ibu langsung tidak pernah memuji atau pun berterima kasih dengan saya. Adik beradik yang lain Saya tidak psti tapi tidak terhadap saya.

Saya sangat sedih. Ibu seakan tidak suka dengan kami. Kenapa seorang lelaki iaitu ayah saya sendiri boleh bercakap lembut dengan kami adik beradik tetapi tidak ibu?

Ayah kerap menzahirkan kasih sayang nya. Tidak banyak, tetapi cukup saya tahu ayah menghargai kami semua. Ibu selalu cakap “hidup aku lagi senang duduk seorang daripada anak2 ada tapi kerja menyusahkan sahaja”. Mungkin ayat ni common dalam setiap keluarga.

Tapi kalau setiap kali datang jenguk ibu, ayat tu yang selalu keluar. Datang nak tolong didapur, ibu kata buat semak sempit dapur sahaja. Saya anak boleh terima lagi ayat2 sebegitu keluar dari ibu sendiri, tapi untuk ipar duai, saya rasa ayat itu melampau. Syukur sangat ipar duai saya memahami.

Kadang2 saya terfikir apalah dosa kami sehinggakan ibu selalu bercakap kasar. Saya risau sangat sekiranya tahap kesabaran saya sudah di kemuncak sehingga saya membenci ibu saya sendiri. Saya selalu menangis dan kecewa dengan ibu.

Dia menganggap seolah2 anaknya ini tiada harga diri dan hanya bebanan semata. Sedih sangat. Saya sangat cemburu bila melihat hubungan kekeluargaan kawan2 saya.

Saya segan sekiranya ada kawan yang bertanya tentang keluarga saya. Saya cuma jawab family saya jenis yang utamakan privacy. Itu sahaja saya mampu cakap. Segan dan kecewa sangat.

Sikap ibu menjadi punca kepada prinsip saya iaitu saya tidak mahu berkahwin. Hubungan dingin kami seakan menjadi penghalang kepada saya untuk berkahwin.

Saya segan sekiranya keluarga mertua saya tahu sikap ibu yang sebenar. Cukup saya melihat kakak abang saya yang telah berkahwin. Ibu selalu pandang rendah kepada keluarga mertua mereka.

Ini membuatkan saya takut untuk berkahwin dan takut jika sekiranya perangai ibu saya buat kepada anak2 saya. Saya tahu mungkin saya over thinking tapi saya trauma dan cukup fed up dengan sikap ibu.

Saya juga memutuskan untuk kekal tinggal berjauhan dengan ibu. Saya akan kirimkan wang setiap bulan dan jenguk apabila perlu sahaja. Mungkin dengan cara ini hubungan kami akan lebih baik. Mungkin kurang sedikit dosa saya terhadap ibu jika kami jarang berjumpa.

Memang sunyi jika duduk berseorangan. Sunyi tanpa keluarga dan pasangan. Tetapi cukup lah kawan2 menjadi penguat saya walaupun mereka tidak tahu kisah hidup saya yang sebenar. Saya rasa lebih ‘hidup’ ketika bersama kawan2 berbanding dengan keluarga.

Saya selalu menangis kerana terlampau rindu kepada arwah ayah. Ayah lah yang selalu menjadi tempat saya mengadu dan bergurau. Ayah tahu tackle anak anak nya.

Ayah lah juga penggerak keluarga kami. Selepas pemergian ayah, saya berharap ibu akan lebih rapat dengan kami tetapi hakikatnya, ibu lebih suka bersendiri.

Ya mungkin ibu masih bersedih atas kehilangan ayah, tetapi ibu tidak berhak membiarkan kami adik beradik seperti orang asing. Walaupun harta dan wang ringgit semua cukup ibu sediakan, tetapi keperluan sebenar kami adalah kasih sayang seorang ibu.

Tak apa lah ibu, walaupun saya sudah hilang hormat terhadap ibu, jasa ibu membesarkan kami akan saya ingat sehingga m4ti dan tidak akan terhenti doa anak mu ini untuk kesejahteraan hidupmu ibu. Semoga Allah lembutkan hati saya untuk memaafkan ibu dan kekal cinta kepada ibu.

Saya berharap semoga para pembaca mengambil iktibar dari kisah hidup saya yang mana sebagai ibu bapa, kasih sayang dan hormat menghorm4ti perlu diterapkan dalam mendidik anak anak.

Jangan biarkan anak2 membesar tanpa kasih sayang sehinggakan timbul rasa benci anak2 kepada ibu bapa. Dan ingatlah bahawa anak2 adalah corak kepada didikan ibu bapa itu sendiri. Wallahualam.

Terima kasih.

– Aa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *