Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tertarik untuk menulis kisah aku selepas membaca semua kisah-kisah “abusive and narcissistic mother/father” di page ini.
Mak aku sangat menitik beratkan soal pelajaran yang aku percaya majoriti ibu bapa di luar sana pun sebegitu. Alhamdulillah aku kini menjadi manusia yang berjaya dan mempunyai segulung ijazah.
Antara adik2 aku yang lain, aku paling sederhana saja di dalam pelajaran memandangkan aku sekolah harian biasa. Adik2 aku merupakan keluaran mrsm dan sekolah sains. Nama adik2 aku sering dijulang dan mendapat pujian dari mak aku di hadapan kawan2 nya.
Aku pernah terfikir, hina sangat ke sekolah harian ini jika dibandingkan sekolah berasrama penuh. Apa yang aku nampak keputusan peperiksaan besar adik2 aku lebih kurang sama dengan keputusan aku.
Semasa di alam persekolahan, aku sering menipu mak aku tentang keputusan ujian dan peperiksaan akhir tahun jika aku mendapat greb B, C dan seterusnya kerana aku bukan lah seorang yang bijak yang selalu mendapat tempat 5 teratas di dalam kelas. Aku selalu mendapat ‘bottom ten’.
Mak aku akan memukul, maki hamun dan mengeluarkan kata2 kesat jika aku tidak mendapat A untuk kesemua subjek.
Aku tahu menipu itu berdosa tetapi aku tidak tahan menanggung birat2 di badan akibat dipukul dan dimaki hamun. Tali pinggang, getah paip, hanger dan apa2 saja di hadapan mata akan menjadi sasaran ke badan aku.
Aku menjadi seorang yang pendendam dan memendam rasa akibat tidak dapat melawan. Aku gemar mengurungkan diri aku di dalam bilik kerana aku rasa aku lebih selamat berbanding di luar kerana asyik di pandang rendah oleh mak ayah aku sendiri.
Hal ini berlarutan dan menjadi sebati dalam diri aku sehingga sekarang.
Aku tak pernah berbicara hal hati ke hati dengan mak ayah aku sendiri seperti orang lain yang meletakkan ibu bapa sebagai teman rapat memandangkan suara aku tidak pernah didengari oleh mereka. Jika aku ada masalah, aku lebih gemar pendam saja.
Berbalik kepada keputusan UPSR, alhamdulillah aku berjaya mendapat 5A tetapi tidak berjaya mendapatkan tempat di sekolah berasrama penuh memandangkan aku bukan pelajar yang aktif di dalam kokurikulum.
Detik yang aku ingat sampai sekarang, ayah aku datang memeluk aku kerana kejayaan itu dan itupun setelah dipaksa oleh mak aku.
Terakhir kali dipeluk ayah mungkin semasa aku kecil dahulu. Aku tidak pasti kenapa sejurus adik aku lahir, ayah aku tidak lagi rapat dan menjauhkan diri dari aku.
Seterusnya aku menduduki PMR dan aku mendapat 6A 1B dan 1C. Sejurus nama aku diumumkan di atas pentas, mak aku menarik muka dan memarahi aku kerana tidak puas hati dengan keputusan yang diberikan.
Di sudut jauh dewan, aku terpandang kawan aku yang mendapat 2A sahaja dan ibu bapanya terus datang memeluk dan meraikan kejayaannya.
Aku menangis bersendirian ketika itu kerana aku menjangkakan aku sudah buat yang terbaik dan ingat mak ayah aku gembira dengan keputusan aku itu tetapi ternyata tidak.
Perkara yang tak dapat aku lupakan walaupun sudah 11 tahun berlalu ketika aku sorok kertas ujian percubaan bagi subjek Akaun yang ketika itu markah yang aku dapat hanya lulus cukup2 makan. Sejurus mak aku terjumpa kertas itu, aku dipukul dengan teruk sekali.
Sepanjang hidup aku, itulah detik paling hitam bagi diri aku. Badan aku berbirat satu badan, dan mempunyai kesan luka serta lebam biru di serata badan sampaikan aku nak mandi pergi sekolah keesokan harinya terasa sakit apabila air dicurahkan terkena luka2 tersebut.
Semasa teruk aku dipukul, ayah aku tidak menolong aku langsung dan aku terdengar adik aku mengatakan dia kasihan tengok aku di hadapan ayah aku. Malahan ayah aku mengatakan biarkan saja aku dipukul teruk oleh mak aku di dalam bilik.
Malam tersebut aku tidur dalam berpelukan al-quran di dada dan berazam buat terbaik untuk SPM supaya aku boleh keluar dari rumah.
Keesokan harinya, kes ini diketahui oleh cikgu sekolah aku. Hal ini kerana aku memberitahu kawan rapat aku bahawa aku takut untuk pulang ke rumah dan terfikir untuk lari dari rumah. Lalu kawan rapat aku memberitahu cikgu dan cikgu memanggil aku ke biliknya.
Aku menunjukkan kesan kena pukul terhadap cikgu dan cikgu tanya kepada aku jika aku benarkan dia laporkan kes ini ke polis memandangkan ini kes penderaan.
Sejenak aku terfikir dan aku tak benarkan cikgu membuat laporan polis kerana aku khuatir jika mak ayah aku masuk penjara, siapa yang akan menjaga adik-adik aku. Lalu cikgu aku menghantar aku pulang ke rumah dan ‘slow talk’ dengan mak aku.
Selepas kejadian itu, mak aku tak pukul aku lagi tetapi maki hamun tu masih ada. Alhamdulillah SPM aku di luar jangkaan di mana aku target hanya mendapat 3A tetapi aku mendapat 6A dan tiada subjek yang gagal.
Apa yang aku terkesan, mak ayah aku melayan aku berbeza dengan adik2 aku yang lain. Adik2 aku jarang dipukul mahupun dimarah tetapi berbeza dengan aku.
Aku akui aku cemburu dengan adik bawah aku memandangkan dia mendapat layanan serta kasih sayang yang lebih dari mak ayah aku.
Dia diberi kereta oleh mak ayahku sejurus sambung diploma untuk memudahkan pergerakannya. Berbeza dengan aku yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam ke sana ke mari.
Jika adik aku balik bercuti, pastinya mak aku masak sedap2 dan bertanyakan apa yang dia mahu makan. Kiranya adik aku itu paling disayangi dalam kalangan yang lain.
Aku kini menjadi seorang yang pendiam, sering panik dan stress serta takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana takut kepada kegagalan.
Aku dibesarkan dalam persekitaran toxic di mana setiap kegagalan akan berakhir dengan kesakitan dan juga segala apa yang diluahkan tidak pernah didengari.
Aku pernah cuba nak bvnvh diri kerana fikir tidak ada guna hidup kerana aku sunyi dan banyak kali juga aku cederakan diri. Aku terfikir untuk mendapatkan rawatan psikologi tetapi aku risau digelar GILA.
Kepada pembaca sekalian, doakan moga aku diberikan kebahagiaan hidup selepas ini dan dapat merasai kemanisan berkasih sayang di dunia ini.
Satu pesanan aku buat ibu bapa dan diri aku “Ibu bapa sekalian hargai lah anak2 yang Allah amanahkan kepada kalian. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun tidak mempunyai zuriat dan menginginkan zuriat.
Ada anak yang pandai tetapi kedekut memberikan duit, ada anak yang kecil saja gajinya tetapi boleh memberikan duit tiap2 bulan. Jangan pernah membezakan anak2, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing2”.
Memang betul sejahat-jahat ibu ayah tu mereka tetap ibu ayah kita dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Tetapi bagaimana anak2 yang didera ini? Ada yang trauma sehingga akhir hayat. Moga kehidupan kita semua baik2 sahaja.
Apa yang aku lihat, ibu bapa yang baran ni juga dibesarkan oleh ibu bapa mereka yang juga baran. Hanya kita yang boleh berhentikan rantaian ini. In shaa Allah. :’)
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit