Untuk part I, (https://iiumc.com/bukan-lelaki-lindungan-kaabah/).
Assalamualaikum. Again. Thanks pihak IIUMC sudi siarkan confession aku yang panjang lebar haritu. Kena kecam pun panjang lebar. Haha.
700+ response; 600+ comment; 300+ share. Kebanyakannya berbaur kecaman.
It’s okay. Aku tak simpan dalam hati pun kecaman pembaca semua. Aku buat confession sebab aku tahu aku salah. Aku berkongsi cerita sebagai salah satu cara untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Takkan nak cerita kat isteri pula?
Aku belum plan nak m4ti awal lagi. Lagipun aku rasa, ada perkara-perkara yang boleh dijadikan iktibar untuk orang lain.
Aku buat part 2 sebab aku suka baca respond pembaca. Like finally ada orang nak respond dengan cerita aku. Ada yang kecam, ada yang nasihat tapi aku tak kisah.
I need someone to actually listen (read) and respond dengan penuh jujur. Kalau kawan or family biasanya respond berlapik. Silap-silap ada yang masih backup padahal tahu aku buat salah. Jadi terima kasih atas perhatian korang.
Aku baca komen-komen pembaca semua. Tapi ada satu komen tu menarik perhatian aku. Dan pada masa yang sama buat tersentap juga.
Katanya perbezaan generasi buat aku jadi perasan. Aku gen X. R tu gen Y. Untuk gen Y, berkawan tanpa niat dengan suami orang bukanlah satu isu tapi untuk lelaki gen X macam aku, benda tu semacam satu petanda yang buatkan aku rasa R sukakan aku. Mungkinkah?
Ada yang kata aku liberal; cuba normalisasikan jatuh cinta lepas kahwin. Tak. Jangan salah faham. Aku bukan liberal, aku beritahu realiti.
Aku ulang lagi sekali. Jatuh cinta tu normal. Yang membezakan adalah reaksi dan tindakan lelaki tu. Aku tak kata apa yang aku buat sepanjang 4 tahun tu normal. Jangan salah faham.
Aku belajar jurusan yang mana 90% classmate aku lelaki. Bila bekerja pun aku dikelilingi lelaki. Selain R, kawan aku semuanya lelaki. Kawan perempuan yang aku kenal adalah kawan-kawan isteri aku.
Jadi, sebagai lelaki aku tahu bahawa bukan aku seorang je yang beranggapan dan berhadapan situasi macamni.
Kalau kalian rasa aku berkawan dengan lelaki-lelaki yang memang berimej tak baik, maaf aku terpaksa beritahu. Kawan-kawan lelaki aku semuanya berimej lelaki setia.
Ada yang bawa isteri honeymoon every year kat luar negara; bawa isteri makan dekat restoran Plane in the City untuk anniversary; yang sentiasa up kebaikan isteri dekat media sos**l pun ada; ambil cuti 3 bulan tanpa gaji teman isteri berpantang kat rumah. Banyak lagi contoh-contoh kebaikan mereka.
Tapi…
Lelaki-lelaki ni semuanya ada kekasih gelap dan seorang tu dah selamat menikah di sempadan tahun lepas tapi isteri tak tahu sampai sekarang.
Yang lain tak bernikah, tapi ada yang dah hidup macam suami isteri. Masing-masing pandai makan dan pandai simpan. Isteri syak wasangka tapi kawan-kawan saling backup.
Jadi isteri mereka hidup dalam fantasi yang suami mereka setia; tak curang.
Bukan semua lelaki macamni tapi tengok-tengoklah suami anda. Bukan niat aku untuk takut-takutkan kalian, tapi ini realiti. Bukan drama pukul 7.
Sebab tu aku kata, lelaki jatuh cinta lagi adalah normal dan biasa berlaku. Dengan iman senipis bawang, hanya tindakan dia yang selanjutnya sahaja yang dapat membezakan jalan cerita dia di kemudian hari.
Aku tak kata aku baik, cuma aku bertuah sebab R tak pernah expect apa-apa daripada aku, tak pernah melebih, tak pernah ajak dating ke apa semua. Kalau tak, mungkin aku pun hanyut sama.
Jatuh suka, berkenan, jatuh cinta dengan perempuan lain walaupun dah berkahwin memang banyak berlaku dalam kalangan lelaki. Mungkin itu antara salah satu sebab poligami dihalalkan. Supaya rasa suka, berkenan, cinta ni tak berakhir ke arah maksiat.
Allah maha mengetahui macam mana perangai makhluk-makhluk ciptaan Dia ni.
Tapi poligami tu tanggungjawab besar. Kalau kau seronok kat dunia, besar kemungkinan kau miskin kat akhirat.
Sebab tu juga para isteri diciptakan dari golongan wanita dengan hati yang kuat dan kesabaran yang tinggi. Macam isteri aku. Dia tahu apa yang berlaku tapi masih maafkan dan terima aku. Begitulah kuatnya hati seorang wanita.
Jadi kahwinlah dengan wanita betul, bukan dengan wanita jadian. Kalau wanita jadian mungkin aku dah arwah sekarang dihempuk tenaga jantan.
“Cuba kalau benda ni jadi kat isteri kau?”
Allah tak zalim sebabtu Allah tak uji lelaki sebegitu. Kalau benda macamni jadi kat suami, andaikata wanita boleh berpoligami, aku rasa ramai suami masuk penjara; dihukum gantung atau penjara seumur hidup sebab bvnvh isteri. Anak-anak terus jadi yatim sekelip mata.
Allah tahu lelaki ni dicipta bagaimana; wanita dicipta bagaimana.
Lagi sekali aku tegaskan, aku tak kata benda aku buat ni betul. Sebab tu aku kata benda ni ujian dan aku hampir kalah dengan ujian ni.
Ada yang komen kata aku pertahankan rumah tangga sebab anak-anak je seolah-olah tak sayang isteri.
Maaf. Anda silap. Aku dah hidup dengan isteri aku 12 tahun. Rasa sayang tu dah sebati dalam hati. Bukan sayang yang macam masa mula-mula bercinta tu tapi sayang yang bercampur dengan rasa tanggungjawab.
“Kalau sayang, kenapa jatuh cinta lagi?”
Entah. Aku rasa lelaki memang boleh sayang lebih daripada seorang perempuan dalam masa yang sama dan kasih sayang tu tak kurang; tak lebih.
Satu-satunya wanita yang aku sayang lebih dari isteri dan mana-mana perempuan; ibu aku. Nombor dua – anak-anak kami. Yang ketiga baru isteri dan mana-mana perempuan lain. Itu aku. Lelaki lain mungkin sama, mungkin tak.
Pada masa tu, sayang aku pada R dengan sayang aku pada isteri adalah sama. Sebab tu aku tak pernah ada niat nak tinggalkan isteri aku walaupun R ada.
Aku tahu kalian benci dengan statement aku tapi ini apa yang aku rasa, jujur ikhlas dari hati. Aku tak minta kalian faham pun, aku cuma nak beritahu.
Dan ada juga yang kata aku banyak masa terluang dan tak tolong buat kerja rumah sebabtu boleh whatsapp boleh facetime dengan perempuan lain.
Memang agak banyak masa sebab aku dah sediakan bibik jadi kerja rumah totally bibik buat. Isteri aku bekerja jadi aku taknak susahkan dia dengan kerja rumah. Masak pun tak. Kami take turn bungkus makanan kat luar.
Isteri aku memang tak minat masak dan aku pun tak paksa. Lagipun kedai banyak. Beli je lah.
Aku takde masalah tentang hal ni walaupun ada kawan-kawan yang merungut isteri tak masak, tak kemas rumah dan sebagainya. Pada aku, isteri aku sudi lahirkan zuriat keturunan untuk aku dah cukup.
Dari awal perkahwinan lagi aku tak expect benda-benda macamtu dari seorang isteri sebab kami berdua berkongsi perangai yang sama part kerja rumah ni. Baik aku, baik isteri kami dua-dua tak suka buat kerja rumah.
Yang peliknya anak sulung aku suka. Dia selalu tolong bibik lipat baju, gosok baju sekolah sendiri. Takde siapa suruh tapi aku dengan isteri biarkan je. Eloklah kalau suka.
Dan lagi isteri aku seorang wanita yang tough dan independent juga. Bukan jenis nak manja-manja, nak menghadap aku 24 jam. Dulu masa bercinta lain lah. Dah kahwin ni takde lah dia nak buat macamtu lagi. Dia suka buat hal sendiri – tengok drama.
Masa dia tengok drama memang aku ni invisible. Tu “me time” dia jadi aku tak kacau. Aku pula jenis tak main game jadi aku takde alone time macam tu.
Mungkin sebab tu bila aku jumpa R aku jadi macam budak-budak dapat mainan baru. Ralit. Dan isteri pun dah biasa aku takde dengan dia jadi dia tak fikir sangat.
Anak-anak selalunya main sesama sendiri. Kalau aku atau isteri join kami kena halau sebab tak mengikut piawaian cerita yang mereka tengah main. “Daddy dah tua mana boleh jadi prince charming”. Mak dia pula tak boleh join sebab asyik nak bagi nasihat.
Member dah susun storyline tiba-tiba mak dia datang bagitau tak boleh macamtu macamni. Sudahnya mak dengan bapak dua-dua kena duduk depan tengok berita. Iklan: Ni exactly ayat anak nombor dua aku. Anak nombor dua ni kenapa selalu keluar statement luar kotak eh?
Kalau hari biasa, anak yang sulung dah sekolah jadi malam pergi tuisyen. Anak kedua pergi mengaji. Anak ketiga pukul 8 dah tidur.
Alhamdulillah aku memang dikurniakan anak-anak yang serba mendengar kata dan tak buas. Jadi memang tak banyak benda aku dengan isteri kena uruskan. Kalau diorang main sepah-sepah pun bibik yang akan kemas. Rezeki aku dapat bibik yang efficient.
See? Aku memang banyak masa. Nak berborak pun isteri tak layan. Jadi sebabtu aku boleh layan whatsapp, facetime dengan R. Kami facetime kejap je. Kadang-kadang sambil aku tunggu lauk kat kedai aku facetime lah dia. Aku selalu kena outstation jadi time outstation lama lah sikit.
Fikir-fikir balik memang aku je yang facetime dia. Dia tak pernah facetime aku. Mungkin betul aku je yang perasan.
Apa-apa pun aku dah dapat pengajaran. Ujian aku dah lepas; tak tahu lah apa lagi ujian lepasni. Tapi alhamdulillah setakat ni rumah tangga aku aman.
Dan ada betulnya – bila kita jaga rumah tangga, rahmat dan rezeki tu melimpah. Aku tak pernah susahkan isteri dengan kerja rumah jadi rezeki aku murah. Walaupun hire bibik segala, tetap ada duit lebih setiap bulan. Sebabtu agaknya aku rasa aku mampu poligami.
Hakikatnya sepanjang aku berhubung dengan R memang ada je benda jadi. Mungkin sebab aku tak bahagiakan isteri walaupun isteri aku kata takde beza pun masa tu. Dia memang ada syak aku ada perempuan lain tapi sebab aku sentiasa ada kat rumah dia tak fikir sangat.
Dan bila outstation pun, aku sentiasa dengan bos aku jadi dia tahu aku tak melencong ke mana-mana. Dia kenal rapat dengan bos aku dan bos aku pun suka inform kat dia aku ada kat mana apasal entah.
Lepas habis episod aku dengan R, kami dapat rezeki baru – dengan mudahnya loan lulus dapat beli rumah baru dengan joint loan. Rumah ketiga untuk aku, rumah pertama untuk isteri. Anak ada tiga kan jadi cari lah rumah tiga biji untuk setiap seorang.
Rumah pertama aku dah habis bayar jadi aku terus tukar hakmilik letak nama isteri. Duit sewa rumah tu pun aku serahkan pada isteri untuk collect every month.
Andai kata aku diuji lagi dan kalah; sekurang-kurangnya isteri aku tak merempat. Takde siapa minta diuji tapi kita semua tak tahu apa akan jadi masa depan kan?
Lepas 3 bulan aku stop contact R, aku terus naik pangkat. 4 tahun aku kerja dalam pangkat yang sama, hilang je R dari hidup aku terus naik pangkat. Lain macam rezeki yang Allah bagi.
Dalam tempoh 4 tahun aku berskandal (ataupun berperasan sendiri) tu, isteri aku yang naik pangkat. Allah tak tidur. Allah bagi sesuatu atas kesabaran dia.
Dia tak pernah nak serang aku, check telefon aku, soal siasat aku walaupun dia ada prasangka. Tak tahu lah kenapa. Tapi ternyata Allah menilai setiap perbuatan dia dan bagi ganjaran.
Sebabtu aku tak marah bila kalian kecam aku. Sebab semua yang berlaku ada hikmah. Ujian yang Allah datangkan pada aku disusuli hikmah yang berlipat ganda. Ujian kalian tak tahu lagi macam mana.
Jadi, kalian boleh ambil cerita aku sebagai iktibar. Setiap yang Allah takdirkan untuk berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan pernah buruk sangka dengan Allah.
Sekian. Cukup lah kat sini. Takkan nak buat part III pula. Muntah pula orang baca nanti.
Terima kasih semua. Aku doakan kalian semua bahagia dengan pasangan masing-masing. Doakan aku dan isteri juga ya.
– Zhaf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit