Suami Biawak Hidup Meny3ksa Kehidupan Isteri

Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu ketika mana sedang menjalani latihan industri di Mahkamah Syariah.

Suatu hari ketikamana bertugas di kaunter khidmat pelanggan hadir satu pasangan di hadapan saya. Isteri tersebut merupakan seorang muallaf (dulu beragama Kristian), mereka duduk di hadapan saya.

Si suami pun ceritakan masalah mereka, katanya dia suruh saya nasihatkan isterinya yang nak bercerai dengan dia. Saya pun mendengar dan cuba untuk menasihati mereka supaya tidak bercerai.

Namun begitu, tak sedap hati ini memandang wajah si isteri tersebut yang berlinangan air mata seolah-olah menangung beban dan emosi terlalu lama dan tiada siapa yang mampu membantu beliau.

Ditebak saya dengan suatu persoalan, is there anything wrong with her husband, something doesn’t add on in their story. Seolah-olah ada sesuatu yang di sembunyikan oleh isteri kerana kehadiran suaminya di situ.

Saya pun menyuruh si suami tersebut keluar dahulu supaya saya boleh menasihati isterinya baik-baik kerana si suami tadi agak menganggu saya dalam proses konsultasi kelayan tersebut.

Selepas suami keluar saya pun katakan kepada isteri tadi, Puan ada apa yang puan sembunyikan sebenarnya yang betul-betul menjadi alasan untuk puan bercerai dengan suami puan tersebut?

Menitis air mata isteri tadi dan dia berkata begini:

“Ustaz, saya ni muallaf ustaz, saya masuk Islam kerana ketenangan dan keindahan agama ini, tapi ustaz kenapa kehidupan saya lagi merana ustaz, kalau begitu lebih baik saya pulang ke agama asal saya sahaja.” Ujar beliau kepada saya.

Saya membiarkan beliau menangis air mata bercucuran membasahi pipi beliau agar terubat segala kesedihan di hatinya. Saya pun mengambil tisu dan memberikan sedikit air kepada beliau.

Saya pun menjawab pertanyaan beliau sebentar tadi dengan menyatakan:

Puan, Islam itu tidak salah puan, yang salah itu penganutnya yang jahil dan tidak mengamalkan prinsip Islam yang sewajarnya.

Islam tidak pernah menzalimi hambanya akan tetapi hambanya yang saling menzalimi diantara satu sama lain.

Puan perlu tabah dan sabar kerana Allah tidak akan uji kita jika kita tidak mampu menanggungnya. Allah itu maha Adil dia tak akan menguji hambaNYA berlebihan.

Puan tadi meneruskan penceritaan beliau:

Ustaz, suami saya tu baru keluar penjara, tidak bekerja, beliau sering menyakiti saya, saya sampai kene bekerja untuk menyara diri sendiri dan beliau, gaji saya dah la sebulan 900 sahaja.

Dengan nak bayar sewa rumah, bil-bil utiliti, dengan dia mengamuk nak dadah ambil duit saya. Tertekan saya ustaz, tertekan saya dengan perilaku suami saya tu.

Sebab tu saya tekad ajak beliau datang harini ke mahkamah ni sebab saya nak bercerai saya dah tak tahan. Tetapi dia duk pujuk saya taknak bercerai. Apa perlu saya buat ustaz? Ustaz boleh ke bantu saya?

Saya pun menyarankan beliau memfailkan tuntutan fasakh dengan bantuan peguam JBG atas alasan di bawah s3ksyen 53 (1)(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor yang menyatakan bahawa;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

Saya juga menyuruh beliau ke JBG dengan membawa segala bukti yang ada serta bukti pendapatan beliau kerana JBG hanya melihat kes yang ada merit sahaja sebelum menerima sesuatu kes tersebut.

Pada bulan seterusnya saya melihat beliau hadir ke mahkamah untuk tuntutan fasakh dengan wajah yang sudah tidak lagi sedih malahan kuat dan beliau mampu mengukir senyuman.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya. Dan saya pun berlalu pergi kerana selesai tugas saya menyampaikan dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Oleh itu, pesanan saya kepada sang isteri jika suami sudah seperti biawak hidup hingga menyebabkan dharar syarie dan menyebabkan hidup anda menderita akibat lazim menyakiti atau menganiayai anda, mohon lah penceraian secara fasakh.

Kerana anda perlu merasa gembira dan bahagia, bukanlah hidup dalam kesengsaraan mahupun penderitaan yang panjang sehingga terkorban kesihatan diri dan jiwa anda.

Kepada mereka yang belum berkahwin, jangan hanya seronok bercinta sahaja.

Sebelum berkahwin banyakkan istikharah, banyakkan menyemak latar belakang bakal pasangan anda. Agar kelak anda tidak terjatuh dalam penderitaan yang berpanjangan.

– Muhammad Amirul Akmal Ismail (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *