Westerner Mentality and White Supremacy

Disebabkan baru2 ni kecoh dengan apa yang jadi dekat US jadi aku terdetik nak cerita tentang mereka ni. Aku bukan nak membanggakan puak2 mereka ni tapi nak cerita macam mana perangai mereka yang sebenar.

Nak baca confession aku boleh baca tapi seeloknya jangan kecam lepastu. Lebih baik komen dengan pandangan yang berkhemah. Ambil ilmu yang elok dan buang yang tak elok.

Aku akan cerita secara general je jadi korang jangan anggap aku sebagai acah2 pandai tapi tak pandai pulak nanti. Aku tahu kebanyakkannya suka kecam dulu dari baca sampai habis.

Aku harap korang dapat baca confession aku sampai habis ke penutupnya sebabnya aku nak bagi tahu yang confession aku kali ni memang panjang. Aku takut ada yang tak suka nanti.

Ok aku akan mulakan pasal george floyd ni dulu. George floyd ni orang kulit hitam yang ditahan oleh polis amerika. Semasa tangan dia tengah digarikan, polis amerika ni tekan tengkuk dia dengan lutut secara kasar.

Walaupun george floyd ni kata yang dia sakit dan tak boleh bernafas tapi polis amerika ni tak hiraukan. Memanglah kalau polis nak tangkap penjenayah boleh guna kekerasan tapi apalah sangat si george floyd tu boleh buat?

Tangan dah digari, badan dihempap oleh polis amerika tu, tengkuk kena tekan dengan lutut dan muka ditekan kena jalan tar. Ni nak tahan orang ke nak siksa orang ni?

Jahat2 orang pun ada tatasusila dan cara nak tangkap dia. Bukannya tengah nak tangkap pengintip upahan atau pembvnvh upahan kan pun? Akhirnya george floyd meninggal dunia.

Lepastu ramailah penunjuk perasaan yang atas dasar kemanusiaan ni muncul buat demo dan rusuhan dekat balai polis sehingga polis tu dibuang kerja. Dibuang kerja je okay. Tapi yang menjadi persoalannya kenapa nak buat demo dekat beberapa negeri di amerika tu?

Demo yang dimaksudkan bukannya sekadar tunjuk banner dan serahkan artikel tentang pentingnya hak asasi manusia tapi sehingga merusuh dan memusnahkan kedai2.

Apa ke motifnya tu? Mereka memusnahkan kedai2 nak merompak benda2 yang bernilai seperti tv dan beg louis vuitton dengan tersenyum penuh kegembiraan. Masih sempat nak fikir tentang sesuatu yang materialistik.

Memanglah kedai2 tu ada insurance dan mereka tiada memusnahkan atau merompak rumah2 tapi apa yang mereka buat tu sungguh tak bermoral dan bukan bertujuan untuk buat demo tunjuk perasaan terhadap kem4tian george floyd pun.

Mereka hanya gunakan kem4tian george floyd dan situasi covid19 sekarang sebagai sebab dan punca semata2. Gaya tunjuk perasaan mereka jelas berlawanan dengan tujuan mereka iaitu demo hak asasi manusia.

Hak asasi manusia bukan hanya kepada freedom of speech or human wright semata2. Keamanan dan keselamatan juga hak asasi manusia tapi jelas mereka tidak tahu atau tidak kisah tentang itu.

Sebelum ni mereka habis-habisan berkeras minta kerajaan dia turunkan perintah kawalan. Mereka tentang lockdown atas alasan peratus kem4tian diserang oleh covid19 hanyalah 1% dan juga atas alasan nak bekerja untuk menyara kehidupan serta menjana pendapatan.

Memanglah mungkin 1% untuk terkena covid19 tapi itu sebab negara dia besar dan rakyat dia ramai. Walaupun ramai yang m4ti tapi masih ramai yang bebas hidup kemana sahaja. Mereka tak pakai mask pun atas alasan human wright juga.

Bila ada wilayah atau negeri yang bagi kelonggaran. Kita boleh lihat, apa benda yang mereka serbu dulu? Semestinya bukan pergi bekerja tapi pergi enjoy dekat club, berjemur dekat pantai nak melepak di cafe sambil minum alkohol.

Ini je sebab utama mereka lagi pun mereka berpegang kepada prinsip hak individu dan YOLO iaitu you only live once. Maknanya sesiapa yang takut boleh teruskan duduk di rumah, pakai mask dan buat penjarakkan sos**l tetapi dia kalau boleh dia nak teruskan enjoy.

Di bawah ni aku akan senaraikan apa yang aku dah hadapi sendiri. Ada satu video tu cerita tentang seorang ayah yang menangis atas sebab anak lelaki dia m4ti tapi dia letak kesalahan di bawah covid19.

Ayah dia bukan maksudkan yang anak dia m4ti diserang covid19 tu tapi sebab social distancing jadi anak dia m4ti gantung diri sebab stress tak dapat jumpa kawan2. Ramailah orang yang komen bersimpati dan kata anak dia sepatutnya dapat hak berkawan sebab masih kanak2.

Ya memang masih kanak2 tapi dah berumur 12 tahun bukannya budak2 kecil umur 6 tahun yang tak tahu apa2. Ini sepatutnya tanggungjawab ibu bapa mendidik anak2 dan bermain dengan anak2 di rumah untuk bantu emosi mereka.

Lepastu ada video tentang perempuan muslim buat video tiktok. Ramai non muslim komen yang kata tudung itu bukannya tuntutan agama tetapi hanyalah budaya semata2. Budaya mana yang suruh pakai tudung ni? Siap kata pakai tudung bukan wajib tetapi hanyalah pilihan semata2.

Maaf aku nak bagi tahu yang pakai tudung tu memang wajib tapi tak semestinya bila tak pakai tudung akan ada orang paksa pulak kan?

Nak pakai, pakai kalau tak nak pakai, kita tak boleh buat apa. Mereka kata yang semua negara islam tu sama sebab semuanya kejam, rasis dan ganas. Malangnya bila ditanya dekat mana negara islam dan apa kaumnya?

Tak lain tak bukan hampir majoriti bagi tahu yang negara islam terletak di arab dan orang islam ialah orang arab. Tengok tu. Agama dengan kaum pun tak pandai bezakan masih lagi dengan white supremacy dia tu.

Korang pernah dengar quora tak? Quora ni tempat orang2 tak tahu apa2 dan nak dapatkan pandangan boleh tanya dekat quora ni. Tapi macam biasa quora ni dimonopoli oleh westener sebab yang buatnya pun westener.

Sesiapa yang nak hantar soalan dekat quora mesti hati kena kental sebabnya nanti korang akan dapat kecaman yang soalan korang ni mentaliti rendah dan tatabahasa inggeris korang kualiti rendah.

Tak percaya buatlah. Padahal kita tanya soalan nak dapatkan jawapan tapi banyak betul grammar nazi dekat situ semata2 sebab dorang tu english native speaker. Bangga betul dorang dengan english tu.

Ok jangan salah faham. Belajar english dan guna english tak menjadikan korang westener atau perosak negara pun tau tapi jangan pula berlagak bila speaking tu nanti.

Topik aku yang terakhir. Aku baru2 ni ada follow group ikan2 international ni. Dah group international semestinya speaking london sebab white people ni memonopolikan. Aku tanyalah satu soalan tapi habis aku dikecamnya dan diblok oleh admin group tu.

Aku dah baca dah policy group tu sebelum aku tanya soalan. Policy dia siap kata yang group ini bukan untuk orang expert semata2 tapi untuk orang yang tiada basic sekali. Aku bukanlah orang yang tiada basic langsung tapi dah lama aku tak bela ikan jadi aku tak ingat.

Aku tanya je tapi aku yang kena marah sebab dorang kata aku tak tahu apa2 jadi aku tak payah poyo acah2 tahu. Gitulah bunyinya. Korang nak tahu ikan apa yang aku tanya tu?

Aku tanya tentang ikan laga. Ikan yang memang datang dari negara asean ni dan merantau ke tangan2 westerner tu. Kalau bab2 ikan laga ni, orang mana dan negara mana yang lagi tahu? Tak lain tak bukan mestilah orang dari asia tenggarakan?

Dia siap pertikaikan aku kenapa aku tak letak heater dan kenapa aquarium aku tak besar macam dorang punya yang 10 gallon tu. Aku dah bagi tahu yang aku duduk asia tenggara dan celcius negara aku berapa tapi dorang tetap suruh aku letak heater.

Gila ke apa? Takkan aku nak rebus ikan aku sampai masak? Sebab nak bela ikan laga tak boleh bawah dari 23 celcius masalahnya negara kita mana ada 23 celcius? Nak turun ke 24 celcius pun susah kecuali malam dan hujan je.

Jadi dari situ yang aku tahu dorang tu tak cerdik mana. Dorang tak reti pun nak convertkan celcius ke fahrenheit tu. Suhu yang terbaik untuk ikan laga ialah 78-80 fahrenheit iaitu 26-27 celcius kita atau kata mudah ialah suhu bilik kita yang biasa tu.

Bila aku kata malam suhu turun antara 24-27 celcius dah dorang gelabah beruk kata aku ni kejam bagi ikan aku sejuk. Ni mesti dia ingat suhu 24-27 fahrenheit negara dia.

Maaflah aku tulis banyak sangat dah macam bebelan pulak kan? Tapi aku harap korang baca confession aku sampai habis supaya korang tahu macam mana dorang punya mentality dan white supremacy tu. Tinggi bebenor level nya sampai tak terfikir dek akal.

Aku harap malaysia yang berbilang kaum ni jangan jadi macam westener terutamanya orang amerika sana. Nak tengok movie dorang boleh tapi jangan ikut mentaliti dorang tu. Dorang amat suka bergaduh, berperang dan provoke2 ni.

Memang betul bercuti ni negara orang tu best tapi bak kata pepatah hujan emas di negara orang, hujan batu du negara sendiri. Dorang tu asia tenggara pun tak tahu dekat mana.

Kalau kita lihat satu dunia lebih eloklah kita sokong negara asia tapi kalau diberi pilihan dalam asia lebih baik kita sokong negara di asia tenggara dan jika kita diberi pilihan lagi jangan malu untuk pilih negara malaysia sendiri.

– ~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *