Cerita Disebalik Duri

Salam dan hai semua! Aku Durian, mesra dipanggil Du. Umurku 22 tahun, dan masih belajar di sebuah IPTA. Itu serba sedikit pasal diri aku dan oh lupa pulak nak mention, aku sedikit single. Huhu.

Okay, skip pasal aku. Tujuan aku tulis confession disini untuk aku ceritakan pengalaman menjadi anak kepada penjual durian. Ya durian yang ada duri duri tu. Hehe.

Ayah aku seorang pekerja kampung. Activity kerja ayah aku, tak menoreh getah, pergi hutan panjat asam, petai dan adalah beberapa jenis buah lagi. Itupun ayah aku panjat pokok milik orang. Tahu tahu sajalah, bila hak orang, kena la bahagi2 hasil jualan tu.

Selalunya ratio pembahagian 60/40. Ayah aku akan ambik yang 60. Ibu pulak surirumah dan aku ada 3 orang adik beradik. 2 perempuan seorang lelaki. Hidup kami tidaklah melarat dan tidaklah mewah (kalau aku rajin aku cerita lagi tentang realiti hidup dikampung.. hehe)

Aktiviti kampung ayah akan terhenti apabila tiba musim durian. Best sangat bila musim durian tiba. Bukan sebab durian, tapi sebab musim ni lah kami akan dapat duit lebih sedikit berbanding hari2 biasa.

Kalau selalu gaji ayah RM900 sebulan, kalau musim durian gaji ayah mungkin akan dapat RM 100- RM200 setiap hari.

Okay, berbalik pada durian tadi. Musim durian kalau dekat area rumah aku ni, akan tiba pada bulan Mei-Jun dan Disember-Januari. Selalunya begitulah saban tahun.

Tapi kalau nak jadi rezeki atau orang kampung aku kata ‘tangan mau’ musim durian akan tiba lebih dari 2 kali setahun. Itupun terjadi kepada orang2 tertentu sahaja. haha.

Selalunya musim durian ni, abah akan pajak kebun dari orang lain. Abah tak punya kebun sendiri jadi kenala pajak.

Ouh pajak tu maksudnya sewa kebun dari orang lain. Selalu harga pajak bergantung kepada lebatnya buah dan bilangan pokok durian. Biasanya RM1000. Kalau tidak pun, ayah akan beli buah dari peraih.

Okay, settle bab nak cari sumber durian. Sekarang bab how we as family semua turun pandang tolong abah. Adik aku yang lelaki akan naik bukit tolong abah ambik durian. Aku pulak akan berus/ bersihkan durian2 dan kemudian jual.

Untuk pengetahuan semua, aku telah dilatih untuk menjual durian sejak umur aku lima tahun lagi.

Ayah aku akan tunggu dekat pangkin durian tu sambil tengok aku menjual. Pada mulanya aku tak suka sebnarnya sebab aku pemalu, tapi ayah aku kata nak latih aku ada confident bila berdepan dengan orang banyak.

Yes, berkat didikan ayah aku, alhamdulillah, aku boleh la berurusan dengan orang tanpa takut. Hehe, plus jadi debaters. Ibu aku macam biasa memasak la untuk kami yang cari makan ni.

Menjadi anak seorang penjual durian ada ups dan downnya. Haha. Aku dapat bezakan rasa durian kampung dan durian kahwin (D24, musang king), durian baru luruh dan durian yang dah lama luruh.

Aku tak tahu la ini satu kelebihan ke tak. Haha. Cuma aku nak bagitau unpopular opinion about durian ni. Sebnarnya, rasa durian kampung wayyyyyy to good daripada durian kahwin. ( tapi citarasa orang kan berbeza).

Tambah2 kalau durian kampung datang dari bukit. Serious authentic gila rasa dia. Ada yang rasa bergas, ada yang lemak2 manis, ada yang lemak2 pahit. Yang pasti semua sedap…

Aku boleh katakan abahh aku ni sorang yang sangat lah kreatif dan merapu. Haha sorry bah. Abah aku ada menamakan durian kampung mengikut cita rasanya.

Yang aku tahu, durian Rindu Semalam, Pulut, Amarah, Jantung. Di sebalik setiap nama ada sebabnya teersendiri. Macam Rindu Semalam tu sebab bila kita makan, esok kita akan rindu nak makan buah tu lagi.

Tapi, memang betulpun!! Dengan isi ‘kucing tidurnya’, rasanya yang liat2 leamk manis berkrim, colournya yang kuning kemerahan memang menambat sesiapa pun.

Buktinya, abah ada seorang regular customer yang akan datang setiap minggu just untuk beli rindu semalam. Hehe. Tapi tu lah sejak gerai durian kami berpindah tempat, kami lost contact dengan customer tersebut.

Baik, setiap customer yang berhenti berlainan ragamnya. Ada yang baik, ada yang mula mula acah sombong last2 mesra, ada yang acah acah nak beli sikit last2 borong semua dan paling aku terkesan, ada 2-3 orang customer yang sampai jadi adik beradik. Siap boleh datang setiap kali raya. Haha.

Customer Mat saleh, Jepun semua ada. (Kalau berkesempatan aku cerita tentang ragam2 customer yanng aku ingat, best best)

Setiap kali customer beli durian kat ayah aku, mesti aku akan dengar ayah aku cakap, “mintak mintakla semua durian tu elok” “mintak mintakla durian tu sedap” sebab kita kan tak tahu isi dalam durian tu macam mana.. cuma, kita boleh agak isinya daripada pengalaman kita merasa durian tersebutlah.

Untuk pengetahuan pembaca isi dan rasa durian juga berlainan dari pokok ke pokok. Dalam satu pokok, rasanya akan sama.

Ye lah macam peribahasa dulu2 kata, dalam setandan pisang, bukan semua elok begitu jugak durian. Itu sebab kami akan berdoa agar semua customer dapat beli durian yang elok.

Selain itu, ayah jugak sorang yang pemurah. Pemurah sangat. Haha. Arwah tokwan aku sampai kata, “mu takkan boleh senang kalu mu bisnes gini”.

Mana taknya, setiap kali musim durian, ayah akan sedekah durian dekat orang kampung yang takda kebun durian macam nenek2 tua, mak saudara tok saudara semuala. Walaupun ayah pajak durian tu, dan bukan ayah punya, tapi, itulah ayah, empatinya pada orang melebihi dirinya sendiri.

Tapi tulah berkat sedekah ayah, rezeki kami sekeluarga tak pernah putus. Ada ja rezeki yang tak disangka2 muncul.

Oh lupa pulak, kadang2 ayah akan bawak sebakul durian bagi kat cikgu2 sekolah. Katanya sebagai tanda terima kasih sebab mengajar kami adik beradik. Sebab itu, sampai sekrang ada cikgu2 sekolah rendah aku yang masih contact dengan kami sekeluarga.

Tapi semenjak pkp ini, pendapatan ayah aku sebagai penjual durian terjejas. Ayah tak menjual durian kepada customer tapi ayah jual durian kepada peraih. Bila jual kepada peraih ni, murahla sedikit harganya. Kurangla sedikit pendapatan ayah masa musim kali ni.

Tapi apa2 pun yang berlaku aku pasti akan ada hikmahnya. Aku tak sabar untuk habis belajar dan kerja agar ayah boleh berehat dan tak perlu naik ke bukit lagi.

Badan ayah yang sudah agak tua, rambut ayah yang dulunya hitam kini sudah banyak putihnya, lutut ayah yang selalu sakit tapi ayah masih terpaksa memerah keringat lagi demi keluarga.

Pembaca sekalian mohon doa dari kalian semoga aku, dan adik2 beroleh kejayaan dan supaya ayah dan ibu dipanjangkan umur agar mereka sempat merasa hasil tangan anak2 dan bagaimana hidup senang.

Yang benar,

– Du (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *