Aku Tak Mampu

Assalamualaikum, saya menulis bukan untuk membuka aib namun hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa selama ni.

Perkenalkan diri, saya hanya gadis yang berasal dari kampung dan masih belajar di ibu kota malaysia. Saya anak bongsu yang mempunyai abang dan kakak.

Kesemua adik beradik saya sudah berkahwin. Saya hanya anak bongsu tapi bukan anak kesayangan mak ayah.

Sebelum PM umum untuk melaksanakan PKP saya sudah berada di kampung. Nasib saya baik membawa peralatan belajar saya sekali masa itu. Kakak bersama abang ipar tinggal sebumbung bersama mak ayah.

Ya sudah hampir 7 tahun mereka tinggal bersama mak ayah. Rumah sendiri sudah dibeli namun hanya dibuat sebagai homestay.

Sepanjang belajar saya jarang balik, hanya balik semasa cuti pertengahan semester dan cuti semester sahaja.

Jikalau saya balik dirumah memang bilik tidur kecil ini sahaja tempat gugurnya air mata saya. Sepanjang duduk dirumah perlu pakai pakaian yang menutup aurat. Ya panas, sangat panas.

Saya memilih untuk lepak dibilik bukan sebab mahu tidur ataupun bermain fon tapi disebabkan saya tidak selesa berpakaian 24h menutup aurat dirumah sendiri macam tu.

Tapi mak saya sangat la tidak memahami saya untuk perkara itu. Kadang bila musim panas datang saya sangat la tidak selesa, berpeluh macam mandi.

Tambahan pula, makin lama makin sakit kepala bila pakai tudung lama-lama didalam rumah. Itu belum rasa nak baring lagi, nak baring di ruang tamu tak boleh kerana nanti abang ipar ada, terpaksa la duduk sahaja di kerusi.

Tahun lepas kakak selamat melahirkan baby sulung and mak memilih untuk menjaga cucunya itu semasa kakak kerja. Mak bukan la sihat mana, ada juga masalah kesihatan.

Tapi bagi saya abang ipar sangat la tiada common sense. Abang ipar kerja kerajaan dan pejabat nya sangat la dekat dengan rumah kami.

Kakak hanya akan balik rumah selepas tamatnya waktu pejabat habis kerana tempat kerja nya sangat jauh. Baby sudah setahun memang la sudah pandai kacau semasa kita makan bukan.

Rasa kesian dekat mak, makan sambil pegang baby, yang si abang ipar sedap makan lambat-lambat dan kalau sudah habis makan pun dia akan meratah lauk pauk sampai tinggal sikit.

Kalau sudah siap makan semua dia terus pergi tandas dan masuk bilik. Tinggal la kami yang terkapai kapai nak makan sambil berkepong jaga anak nya.

Kadang abang ipar tu bab makanan pun nak berebut dengan anak buah saya yang lain. Abang ipar ni kalau dia jumpa makanan dia minat memang dia dah lupa orang belakang yang tak makan lagi.

Kalau saya delivery food ke rumah dia yang terlebih makan, kalau nak tunggu dia yang beli memang kena tunggu kakak paksa dulu la.

Pada awal musim PKP haritu hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar.

Ya saya tahu ayah ketua keluarga kami, tapi ayah dah berumur proba*ility untuk kena sakit tu tinggi tapi abang ipar hanya mengharapkan juga ayah yang keluar beli barang. Bila disuruh dibalas pula nanti ayah keluar juga.

Bagi saya dia tersangat lah kedekut dan pentingkan diri sendiri. Beli hanya disuruh bila tak disuruh hanya la buat buat bod0h.

Tak salah nak tengok anime tapi bila dah ada anak ni berpada pada la, bila mak kakak solat atau sibuk di dapur kami akan suruh abang ipar yang tengokkan anak nya, tapi abang ipar boleh tengok anime dan biarkan si anak tu main bukan.

Masa awal puasa telefon ayah rosak dan ayah menyuruh saya yang beli secara atas talian. Tak tahu kenapa tapi saya sedih sangat bila ayah memberitahu kawan sekerja nya bahawa telefon itu abang yang beli dan pos ke kampung.

Ya saya sedih sebab saya beli menggunakan duit bantuan pelajar dan duit saya habis gara-gara telefon itu. Jikalau saya yang membeli barangan untuk mereka banyak la makian terhadap ku, baju tidak cantik la, yang lain lagi lawa la.

Jika tidak dibeli menanya tapi jika sudah dibeli dikutuk nya barang yang saya beli. Sampai satu tahap saya dah menjanjikan dalam diri aku tidak mahu membeli apa apa kepada mereka lagi.

Jikalau abang atau kakak ku yang membeli pujian melambung lambung. Itu belum lagi bila saya yang memasak, makanan masin salah makanan tidak ada rasa pun salah, sekarang saya hanya masak untuk diri saya sahaja.

Hujung tahun nanti saya akan menjalankan latihan industri dan saya telah mendapat tawaran di ibu kota. Namun mak ayah membangkang dan menyuruh ku hanya membuat di tempat saya sahaja.

Bagiku jika aku tidak mahu terlebih terasa dan stress tinggal dirumah baik saya hanya buat latihan industri di ibu kota sahaja.

Benda yang jadi didepan mata membuatkan saya takut untuk mendirikan rumah tangga sendiri. Takut dapat suami yang perangai seperti itu.

Sudah la bebel panjang panjang pun masalah tidak akan selesai bukan. Terima kasih kerana sudi membaca saya berharap kalian semua dapat doakan saya untuk berjaya dunia akhirat.

– pai~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *