Hi semua. Assalamualaikum dan selamat hari raya pada pembaca iium confessions. Sebelum ni aku ada confess pada page ini iaitu :
1. Kisah 3 Sepupu, (https://iiumc.com/kisah-3-sepupu/)
2. Masalah Keluarga vs Masalah Kerja, (https://iiumc.com/masalah-
Aku attach juga cerita cerita di atas supaya korang faham apa yang aku nak ceritakan sebab aku rasa kedua dua cerita tu ada relate pada cerita yang aku nak sampaikan ni.
Post ni agak panjang. Sebab aku nak yang baca ni faham full story. Aku tak nak buat cerita berepisod sebab aku tengah ada mood nak karang ayat. Nanti kalai mood aku kelaut memang tak sambung cerita lah jawabnya.
Bila hari raya datang kebetulan atau tidak, aku akan triggered balik apa yang jadi antara aku dan saudara aku. Kali ni ter teriggered balik bukan sebab hari raya tapi bila memikirkan apa akan jadi masa depan, lagi lagi lah bila mak aku kata,
“Kita ni tak ada siapa pun yang kita boleh harapkan, yang sana macam tu, yang sini macam ni”.
Betul apa yang mak aku cakap, dalam hidup kitorang susah senang kitorang tak ada siapa yang kitorang boleh harapkan. Saudara? Jauh sekali. Ibarat terpadam sudah saudara dalam kamus hidup kitorang terutamanya aku.
Ayah aku mempunyai 12 adik beradik dan ayah aku anak bongsu. Arwah nenek aku lahirkan ayah aku waktu umur 43 tahun. Kalau ikutkan dah macam beza umur nenek dan cucu dah lagi lagi lah waktu dulu dulu.
Ayah aku pula berkahwin dengan mak aku waktu umurnya 28 tahun dan aku dilahirkan sebagai anak sulong waktu ayah aku berumur 29 tahun.
Kiranya waktu aku dilahirkan, di rumah nenek aku bunyi bayi menangis kembali bergema. Kali terakhir sepupu aku dilahirkan sebelum aku, 6 tahun lepas iaitu tahun 1989. Aku dilahirkan tahun 1995.
Membesar sebagai anak sulong dan kebetulan akulah cucu yang paling tua lahir 90 an membuatkan aku bukanlah sepupu pilihan untuk dibuat kawan sebab waktu aku bawah 5 tahun pun ada sepupu aku yang dah kerja, yang nak kahwin, dan yang paling ramai masih di bangku sekolah.
Majoriti sepupu aku lahir antara lewat 70 an dan 80 an. Sepupu aku paling tua sebaya mak aku dan tahun ni diorang dah cecah umur 50 tahun dah. Aku ada 2 orang adik sepupu (di sinilah function cerita kisah 3 sepupu di atas).
Tapi kedua dua diorang anak bongsu sekaligus pak cik, mak cik dan sepupu kami akan lebih beri perhatian kepada diorang berbanding aku si sulong yang sentiasa kena mengalah pada si bongsu walaupun bukan seibu sebapa.
Selama aku menjadi anak tunggal, aku seronok dapat bermanja dengan sepupu aku dan adakalanya aku menyendeng dengan abang sepupu tapi dia lari dari aku. Aku tak tahu kenapa dia buat begitu waktu tu aku masih kecil umur 3 tahun. Aku sangat rapat dengan adik sepupu yang seorang tu.
Jadi aku masih rasa aku masih ada sepupu. Sepupu aku yang nak kahwin pula selalu mengambil aku untuk bawa jalan jalan sebagai persediaan dia untuk menjadi ibu.
Maklum lah aku ni budaknya baik, kalau dah duduk satu tempat hanya itulah tempat aku sampai bila takkan berganjak jadi aku mejadi pilihan sepupu aku untuk berlatih menjadi ibu. Lagipun kami duduk tak jauh. Tak silap aku satu kawasan je rasanya.
Aku boleh ingat kejadian abang sepupu aku lari dari aku tapi samar samar dan sepupu aku yang melayan aku seperti anak dia kerana nak berlatih jadi ibu tu, mak aku yang cerita aku tak ingat pun. Terasa juga diri dipergunakan.
Masa berlalu. Adik sepupu aku yang aku rapat pun dah seronok bermain di syurga agaknya meninggalkan aku di dunia yang penuh kepalsuan. Allah ambil sepupu aku tapi gantikan adik aku pada tahun yang sama.
Adik aku, cucu bongsu dalam keluarga besar ayah aku tapi sayang dia tidak dipedulikan macam mana adik sepupu aku dapat perhatian.
Beza umur 2 tahun membuatkan kami seolah olah pesaing “Siapa lagi hebat”. Antara kami siapa dapat pujian, siapa pandai buat itu buat ini.
Aku dan dia selalu bergaduh bagaikan anjing dan kucing. Ada saja tak kena. Jika berbaik pun sekejap je dan bergaduh lebih lama. Selalu berebut mainan. Aku ni anak orang susah jadi mainan trend terkini mimpilah aku nak dapat jauh sekali bawa ke kampung.
Jadi kalau aku nak main bersama mainan tersebut adik sepupu aku dan anak buah aku (anak sepupu aku yang ambil aku jalan jalan tu) aku kena ikut syarat diorang a.k.a diorang buli aku lah.
Tapi penyudahnya aku tak pernah dapat pun main mainan tu memang mimpi ke bulan lah jawabnya. Kalau dapat pun sesaat je.
Bila aku bawa mainan baru aku dan ajak diorang main sama sama tak beria diorang main dengan aku. Ye lah mainan aku bukan trendy pun, main saidina kan, sape je nak main saidina.
Hari raya pertama 2004 aku berebut channel tv dengan adik sepupu aku dan anak buah aku. Lepastu sepupu aku yang paling tua datang leraikan kitorang dan dia menangkan adik sepupu aku tu atas sebab aku paling tua. Bila dah kena marah maka terpaksalah aku undur diri dengan hati yang sebal.
Kenapa aku yang tua saja kena mengalah, aku tak punya perasaan ke macam diorang? Kami selalu bergaduh dan tiap kali ada campur tangan orang tua ditambah perangainya yang suka mengadu domba akhirnya dia dimenangkan lagi dan paling menyedihkan yang memenangkannya pun ayah aku.
Begitulah nasibku. Mak cik pak cik aku pula ada saja cari point untuk memuji dia depan tuan badan atau pun tanpa dia yang pasti semuanya depan aku. Tak terkecuali arwah nenek aku. Aku memang lambat pandai serba serbi mungkin itulah point yang membuatkan aku tak diberi perhatian agaknya.
Hari raya pertama 2006, aku ada terbuat benda yang sangat memalukan tak eloklah dipandang tapi bukan sengaja maklum lah budaka budak tak cukup akal lagi.
Maka esoknya sebelum aku pergi ke jamuan raya saudara yang dekat dengan rumah nenek aku, tiba tiba aku kena sound setepek dengan sepupu aku paling tua sebab benda tu depan mak aku, mak aku pun join marah.
Aku pulak tak tahu apa apa. Sepupu aku yang lain masuk campur untuk backup aku. Ye backup aku, kalini aku terbela walaupun aku salah.
Sepupu aku yang itu satu figura yang terselah sifat sukakan budak budak, happy go lucky, periuh dan tiap kali aku bergaduh dengan adik sepupu aku dia juga akan menangkan aku. Penyelamat keadaan dan pembela aku.
Bila aku tak ada kawan dia datang temankan aku. Terhibur aku dengan dia. Tapi disebabkan umurnya yang hanya muda setahun dengan mak aku kalau ada kenduri tak boleh lah selalu dia join aku sebab dia ada tugas dia sendiri.
Dia layan sepupunya sama rata. Siapa je budak budak yang tak pernah rapat denga dia. Nama pun pengasuh taska kan. Waktu aku menulis cerita tentang dia terbayang aku gelagatnya. Tapi Allah pinjamkan dia pada aku tak lama (aku ada ceritakan kisah dia pada Kisah 3 sepupu).
Selepas pemergian dia, tiap kali aku balik kampung, kosong, hambar, pilu dan sayu. Tiada lagi figura yang akan membela aku, tiada lagi yang akan pujuk aku bila aku bergaduh. Tiada lagi yang akan ajak aku berkawan dengannya bila aku bersendirian.
Raya aku tiada makna lagi. Hanya meraikan kerana ada di kalendar sahaja.
Waktu aku berumur 12 tahun aku diuji dengan sakit gatal yang teruk satu badan sampai luka. Luka yang teruk sangat. Macam nanah tapi tak. Sakit tu tak berjangkit pun. Pergi ke klinik dah, tapi lega lepas kena inject je lepastu esoknya sakit balik.
Waktu aku baru sakit aku, mak aku dan adik aku ada balik kampung sebelah mak aku untuk ubatkan adik aku secara kampung. Lepastu baliklah juga kampung sebelah ayah sebab tak jauh pun kampung tu lebih kurang dalam 10km. Ada sorang pak cik aku ni dia boleh jugalah ubatkan orang sikit sikit.
Dan cara rawatan dia pakai kunyit hidup. Waktu balik kampung ayah aku tu, pak cik aku ada waktu tu. Dia nampak je luka gatal aku kat tangan aku. Lepastu kitorang pun balik rumah. Aku tak ingat siapa yang minta tolong pada pak cik aku untuk ubatkan aku.
Pak cik aku tak sudi pun ubatkan aku. Bila aku bertarung dengan sakit tu dan dapat berita tu, aku rasa betul betul down. Tak ada semangat aku nak sembuh. Sampai hati pak cik aki buat aki macam ni. Apa salah aku? Kenapa dunia tak adil.
Sudahnya aku menderita 3 bulan sakit macam ni sambil kena fokus pula UPSR. Alhamdulillah lepas macam macam ubat aku makan atau dimandikan aku beransur sembuh.
Sakit sakit aku awal tahun pun Alhamdulillah aku dapat 2A2B1C dlm UPSR. Dugaan kat sekolah Allah je tahu. Betapa peritnya aku menanggung beban kerana sakit yang hanya 3 bulan.
Aku dipulau dan diejek dengan teruk sekali. Kalau pak cik aku sudi ubatkan aku dan berkat dengan berubat dengan dia mungkin aku boleh sembuh dengan cepat. Tapi sayang seribu kali sayang. Kalau orang tak sudi tak boleh nak paksa.
Waktu ni aku sudah mula membina kebencian dalam hati aku. Kemuncak ceritanya. Selepas aku dapat result UPSR ayah aku bagi aku ‘bercuti’ pula ke rumah mak cik aku, mak kepada adik sepupu aku yang selalu aku gaduh tu. Aku tak sangka perangai mak cik aku macam ni.
Mak aku pernah percayakan dia sebab mak aku cerita pasal perangai ayah aku pada dia. Lepas aku bercuti kat rumah dia, aku rasa nilah kesalahan terbesar mak aku kerana percayakan adik beradik ayah aku. Sungguh diorang langsung tak boleh dipercayai.
Waktu aku duduk di rumah dia, kalau ada benda tak betul aku buat mak cik aku akan marah dan dia seolah olah salahkan mak aku sebab salah didik aku. Bila anak buat salah tak marah pula. Contoh kalau tak nak kawan aku ke.
Bila ayah aku datang rumah mak cik aku, waktu aku tengah mandi aku dengar mak cik aku cerita keburukan aku (aku tak sedar pun benda ni tak betul ye lah aku baru 12 tahun kowd time ni) kat ayah aku tanpa dia tegur aku. Seriously, dia tak tegur aku pun kesalahan yang aku buat.
Tetiba cite kat ayah aku. Kau rasa? Aku diam je dalam bilik air tu. Ayah aku pula sokong je statement mak cik aku tu. Aku keluar bilik air memang bad mood gilalah. Abang sepupu aku pulak tegur aku sebab lama mandi then aku tengking dia.
Ye la tegur aku sambil senyum macam kerang busuk lepas aku dengar mak kau mengata aku. Memang salah timing la bro!!! Terus lepas tu dia dah tak berani usik aku dah. Apa dia ingat aku ni baru 12 tahun aku tak reti marah ke.
Malam tu ayah aku keluar dengan abang sepupu aku yang senyum macam kerang busuk tu. Aku pula tinggal kat rumah mak cik akulah. Sebelum solat maghrib adik sepupu aku yang ‘musuh’ tu duk ejek aku kot tak silap.
Aku ni bengang dengan mak dia tak habis lagi. Dia pula ejek aku. Sudahnya aku tarik telekung dia sampai ke bawah. Muncung sedepa dia. Aku ingat biasa2 je. Rupanya lepas solat dia mengadu kat mak dia.
Mak dia sound aku lah. Terus aku masuk dalam bilik balik. Menangis aku wei. Berkurung aku. Sudahlah mak dia baru lepas mengata aku kat ayah aku, dia buat hal pastu report kat mak dia.
Sedangkan 4 hari aku duk rumah dia, selalunya dia yang buat benda tak best ngan aku. Mak dia tak kisah pun anak dia buat salah. Lepas mak dia tu dapat tahu aku menangis dalam bilik.
Bertambah luka kat hati aku ni. Mak dia kata macam macam pada aku. Kata aku ni sensitif, tak reti bergaul lah. Ye aku memang loser pun. Lagi lagi bila dia cakap macam macam pada aku malam tu. Dendam aku tak habis lagi wei.
Ayah aku ada belikan aiskrim. Aku pergi dapur, aku makan aiskrim yang ayah aku belikan, makan sorang sorang je aku. Aki tinggalkan sikit gila. Ye la sakit hati aku dibuatnya. Terbalas dendam aku.
Bila aku remaja, aku mengaku aku tak pandai bergaya. Ye lah keluarga aku bukan senang jadi aku tak sanggup nak minta duit untuk beli barang yang akan nampak aku bergaya.
Jadi adalah mak cik aku kata dengan mak aku dalam telefon yang “ikin tu buat apa nak pakai baju cantik cantik, bukan dia pandai bergaya pun”.
Aku dengar dari mulut mak aku, aku kata “rumah kata pergi kubur kata mari, ada hati nak cakap pasal bergaya!” Bengang aku dibuatnya. Jadi bertambah tambah lah kebencian yang memang dah ada dalam diri aku.
Oklah aku pun dah tulis kemuncak Saudara vs Aku. Ada cerita tak settle lagi. Tengoklah kalau aku rajin aku tulis. Itupun kalau ramai yang tak kecam aku.
Harap harap korang faham lah jalan cerita aku. In Sha Allah rajin kot aku nak karang. Sebab kalau sambungannya, aku nak cerita macam mana pulak layanan diorang tiap kali datang rumah aku dan macam mana aku berhadapan dengan diorang sekarang.
FYI, sekarang bila aku jumpa diorang aku buat2 yang diorang ni baik je ngan aki tak pernah buat salah aku. Tapi trust me untuk buat ni semua bukan autom4tik dalam diri aku ye. Ada orang yang menyedarkan aku untuk berpura pura sebab kebaikan.
Ok lah selamat bekerja. Terima kasih!!!
– Ikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit