Keluarga Toksik

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih admin kalau confession saya ini disiarkan. Aku Koko, bukan nama sebenar. Aku berumur 20-an. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat toksik.

Ayah seorang nelayan dan ibu seorang suri rumah. Aku ada 5 orang adik beradik iaitu Abg long, kak ngah, kak lang, kak uda dan aku. Aku adalah anak bongsu dalam keluarga.

Kisah aku bermula sejak kecil lagi. Ketika aku kecil, kami hidup agak susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Semasa di sekolah rendah, kami pernah makan nasi dengan minyak ikan dan garam sahaja. Semasa ibu dan ayah tiada di rumah, kakakku tidak masak nasi untuk aku sekali padahal masa itu umurku baru 9 tahun.

Ibu ku pula sering mendahulukan kakak dalam segala hal. Sewaktu kakak bersekolah, boleh dikatakan setiap hari ibu menyediakan sarapan. Habis sahaja kakak bersekolah, ibu berhenti membuat sarapan untuk aku.

Abang ku pula bersekolah di asrama. Jadi aku tak banyak bercerita pasal dia.

Aku terasa dengan sikap ibu. Semasa kakak ingin menduduki peperiksaan SPM, ibu membelikan kakak set alat tulis. Namun semasa aku SPM, ibu tidak menyediakan apa-apa keperluan. Mungkin doa sahaja.

Ayah aku pula seorang yang agak kedekut. Semasa bersekolah rendah aku hanya mendapat duit belanja 30 sen untuk sekolah rendah darjah 1, 2, 3. Darjah 5, 6 aku dapat 50 sen. Kalau sekali dengan sekolah petang atau sekolah agama aku dapat dua kali ganda dari jumlah tersebut.

Semasa aku di tingkatan 1, 2, 3 aku hanya dapat RM1. Di tingkatan 4, 5 dapat RM2. Dan paling banyak aku dapat RM3 iaitu semasa tingkatan 6. Pada suatu hari semasa aku masih di sekolah rendah, aku tercicir dompet.

Cikgu bertanya siapa kehilangan dompet, aku pon ambil dompet tu dari cikgu. Cikgu tanya aku, kamu belanja sehari berapa. Aku cakap lah 30 sen. Lepas tu cikgu hulurkan RM5 kat aku suruh buat belanja makan.

Masa di tingkatan 6 pula, aku tertinggal dompet di surau. Bila aku nak ambil balik dompet tu, ada seorang pelajar junior tanya akak belanja RM3 ke setiap hari. Kalau saya tak cukup duit banyak tu. Aku terdiam dan berlalu pergi.

Ibu ku sangat menyukai kakak. Aku hanya akan dapat makan sedap bila kakak balik sahaja. Bila kakak tiada di rumah. Ibu akan masak lauk macam orang pantang. Bahkan tiada pon ayam. Lauk ayam hanya aku boleh makan semasa kakak aku balik dan waktu hari raya sahaja.

Ibu sangat pilih kasih, semasa aku pergi surau pada waktu malam masa tu ada ceramah. Ibu aku bersembang dengan kawan dia, kawan dia cakap baik si Koko ni. Ibu aku cakap dia tak baik, kakak dia lagi baik. Lepas tu mula lah puji kakak tinggi-tinggi.

Jika mahu berjalan ke luar pula, aku adalah orang terakhir yang ibu akan pelawa. Jika kakak tidak mahu pergi dia akan mengajak aku.

Kakak hanya bekerja selepas tingkatan 6. Manakala aku pula dapat menyambung pelajaran di universiti. Kakak dan ibu sering memerli aku dah berkata bahawa aku budak ‘universiti’, ‘belajar tinggi’.

Aku sangat stress dengan kata-kata mereka. Sambung belajar atau tidak bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan dan diungkit.

Jika aku melakukan sebarang kesalahan walaupun tidak sengaja pasti akan dikatakan, nama je pelajar universiti tapi otak letak kat mana tah. Hampir seluruh ahli keluarga aku mengata begitu kepada ku.

Lagi satu aku agak susah nak berkomunikasi dan berkawan dengan orang baru. Ini kerana aku sering dipulaukan oleh ibu ku. Ibu hanya bercakap dengan abang dan kakak sahaja.

Aku terasa dengan sikap ibu yang pilih kasih.  Aku tak minta untuk dilahirkan pon, tapi aku dilayan seperti tidak wujud.

Sewaktu aku ingin bersembang dengannya, ibu hanya memaling wajahnya ke tempat lain dan tidak respond dengan soalan ku. Jika jawab pun lepas 10 minit baru aku mendapat respond.

Aku ibarat sebuah tunggul yang bernyawa. Oleh itu, aku banyak duduk di dalam bilik sekiranya berada di rumah.

Kawan-kawanku selalu update stories di social media dan kebanyakkan daripada diorang balik cuti sem makan makanan mak. Tetapi, aku hanya makan makanan sendiri.

Setiap makanan yang aku masak jarang dijamah oleh ibu dan kalau ada pun ibu cuma makan secebis atau sesuap. Malahan ibu pernah berkata kepada ku,

“Aku tak hingin nak makan makanan yang ko masak”. Aku juga tidak pernah masak dengan ibu, kerana apabila aku ingin masak sekali dengannya, ibu terus ke ruang tamu menonton tv.

Semasa cuti sem kawan-kawan aku selalu update status happy duduk rumah makan makanan mak, mak ayah bagi duit belanja masa duduk rumah dan beli barang online setiap minggu.

Tapi aku kena kerja cari duit belanja untuk menampung perbelanjaan aku di universiti. Ayah ada bagi duit tapi satu sem dalam RM200 sahaja kerana ayah aku tahu yang aku pinjam PTPTN mesti ada duit.

Tapi aku sangat berjimat menggunakan duit PTPTN. Semasa di universiti aku tidak pernah meminta ayah duit untuk beli baju program, alat tulis mahupun buku rujukan. Semuanya aku beli sendiri.

Ye, aku tahu aku tak boleh membandingkan kehidupan aku dengan orang lain. Tapi aku tertekan dengan sikap keluarga aku.

Ketika aku menelefon ibu, ibu tidak pernah sekali pon bertanya adakah aku okey atau happy dekat universiti. Sekali pun tidak pernah. Ibu selalu menelefon kakak sehingga sejam lamanya, bercerita itu dan ini.

Apabila menelefon aku hanya 2 minit itupun hanya untuk bertanya khabar sahaja. Kawan ku pernah bercerita dia setiap hari menelefon ibunya untuk bercerita hari-hari yang dia lalui. Aku hanya mendengar dengar muka yang happy namun jauh di sudut hati, aku sangat cemburu.

Masalah yang aku perasan dalam keluarga aku adalah ibu lebih menyayangi kakak daripada aku. Segala-galanya kakak. Jika kakak ada kesalahan ibu akan tutup sebelah mata.

Ibu juga akan mencari setiap kesalahan yang aku lakukan. Dia akan cerita kepada kakak semuanya dan ditambah tokok. Ibu dan kakak akan mengata aku tak kiralah semasa aku berada di ruang tamu atau berada di dalam bilik.

Kadangkala semasa di dalam kereta ibu akan mengata pasal aku kepada kakak. Jika di rumah boleh menangis dalam bilik tapi kalau kena mengata kat luar/umum takkan nak menangis depan orang kan. Iye, aku pernah menangis depan orang. Orang mesti ingat aku dah tak betol.

Kakak pula akan menceritakan keburukan aku kepada suaminya. Jadi, semua orang membenci aku dalam keluarga. Apabila kakak sudah mempunyai anak, anaknya tidak diajar untuk menghorm4ti orang. Bersalam dengan aku pun tidak mahu.

Walaupun aku pernah membuat kebaikan tapi ibu tak pernah ingat. Kesannya sekarang, aku susah untuk berkomunikasi dengan orang dan aku sudah biasa dengan persekitaran dan orang yang toksik.

Jika aku kena marah dengan sesiapa aku tak rasa takut, sebab aku dah biasa. Jika aku diminta untuk memberikan pendapat di sekolah atau universiti, aku susah nak cakap sebab semasa di rumah aku banyak diam dan kurang sangat berkomunikasi.

Akhirnya barulah aku tahu, ibu tak suka aku sebab muka aku persis kakak dia yang dia benci.

Tapi, aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga. Disebabkan aku dipulaukan, dihina, diumpat dan dikata depan2 membuatkan aku tidak tahan menanggung tekanan emosi.

Semua orang boleh cakap aku tak bersyukur, tapi korang tak berada di tempat aku. Hanya yang pernah melalui je yang akan faham.

Ada suatu masa yang membuatkan aku sampai berdoa semoga aku cepat meninggal supaya ibu happy bila aku sudah tiada nanti. Astaghfirullah. Maaf, sebab aku sangat kecewa dan sedih hidup dalam persekitaran yang toksid ini.

Sebagai kesimpulan, aku berharap semua orang yang masih ada anak atau bakal mempunyai anak, terimalah dan hargailah anak-anak korang seadanya.

Sekiranya tiada perkara baik yang mahu diucapkan baik simpan sebab setiap kata-kata ibu bapa adalah doa buat anaknya. Jangan pernah pilih kasih, jangan pernah berdendam dengan sesiapa dan jangan biarkan anak korang ters3ksa emosi.

Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh anak, ajarkan dengan cara baik dan seeloknya berbincang. Anak tidak minta untuk dilahirkan di dunia tapi minta disayangi secukupnya.

Aku doakan semoga korang dapat keluarga yang bahagia. Doakan aku dapat keluarga mentua dan pasangan yang menerima buruk baikku dan menyayangiku sehingga ke syurga. Aamiin.

Yang ikhlas,

– Koko (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *