Assalamualaikum kepada para readers sekalian. Sebenarnya, aku tak pandai sangat nak mengarang ayat, tapi aku nak luahkan apa perasaan aku sepanjang menjadi mangsa face shaming.
Pertamanya, perlulah aku bagitahu apa yang membuatkan orang face shaming aku supaya korang dapat bayangan macam mana rasa hinanya aku.
Jadi, sebagai seorang perempuan, muka aku berbulu dan bulu2 itu nampak jelas. Tambah pula disebabkan simptom muka berbulu itu, misai di atas bibir memang jelas kelihatan.
Selain itu, bibir aku berwarna gelap dan sentiasa kering. Mata aku pula bulat dan yang peliknya bola mata aku berwarna sedikit kekuningan.
Hidung aku pula, pesek dan kembang sehingga ada satu ketika rakanku mengatakan hidung aku seperti khinzir dan warna kulitku hitam manis.
Dengan mempunyai fizikal yang sebegini aku sering dihina dan rakan2 aku selalu mempersoalkan segala benda2 yang pelik yang ada pada wajah aku.
Kadang2 mereka menjadikan kekurangan aku itu sebagai bahan jenaka, dan aku hanya mampu tersenyum hambar tetapi di dalam hati geram bukan kepalang.
Aku juga pernah dituduh merokok oleh rakan lelakiku disebabkan oleh bola mata yang kekuningan dan bibirku yang hitam.
Aku sumpah sedih pada waktu itu kerana dia mengatakan aku merokok di tengah2 khalayak ramai. Kawan baik aku pun hina aku tengah2 orang ramai dan hal tersebut membuatkan aku dendam dengan dia sampai sekarang.
Aku tidak tahu apa motif mereka menjatuhkan air muka aku sampai macam itu sekali kerana setahu aku, aku tidak pernah menghina fizikal mereka kerana sejujurnya mereka bukanlah dari kalangan yang cantik atau pun hensem.
Disebabkan oleh cacian dan hinaan yang dilemparkan pada aku, aku sampai merosakkan muka aku sendiri. Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab ada sorang ahli kelas aku kerap menyuruh aku untuk membuang segala bulu2 di muka aku dan selepas spm, aku tekad untuk menyingkirkan segala bulu2 pada wajah aku.
Aku pun beli wax untuk buang segala bulu di muka akan tetapi aku yang tidak arif tentang kesan selepas wax telah membiarkan kulit aku begitu sahaja dan kesannya muka aku yang tidak pernah dinaiki jerawat, terus dinaiki jerawat dalam bilangan yang banyak!
Bukan itu sahaja, jerawat itu terus berkembang dan tidak pernah surut2. Dan kesannya aku terpaksa menanggung masalah muka berjerawat sehingga kini dan sudah menjangkau hampir 3 tahun.
Cuba bayangkan muka korang rosak hanya disebabkan terlalu mendengar cemuhan manusia dan kritikan manusia.
Aku betul2 menyesal wax muka sendiri. Memang salah aku sebab tak ikut procedure yang sepatutnya tetapi aku lebih salah kerana terlalu ingin nampak sempurna di mata manusia.
Jadi, point of view aku sebagai manusia yang sering dihina, kebiasaannya yang menghina aku ini ialah daripada golongan yang tidak begitu cantik ataupun kacak.
Aku tidak tahu apa motif mereka menghina wajah orang lain sedangkan mereka sendiri juga bukanlah seperti fazura ataupun fattah amin.
Aku memang salute kebanyakan orang cantik yang aku kenal sebab mereka tidak pernah menghina aku atau mengaibkan aku.
Padahal biasanya kita selalu dengar orang2 cantik dan kacak yang galak mengutuk fizikal orang kan? Tetapi tidak bagi situasi aku. Yang muka ala2 ni je yang over semacam sedangkan mereka dengan aku itu 2×5 sahaja parasnya.
Alhamdulillah setakat ini walaupun dikutuk oleh golongan ini, aku tidak sampai hati pula hendak membalas. Nanti cepat sentap pula. Kalau aku jahat sudah lama aku bagi cermin, suruh mereka cermin muka mereka sendiri sebelum mengutuk wajah orang lain.
So kesimpulannya di sini, janganlah kita suka2 face shaming orang. Sebab sebenarnya dalam masa yang sama kita telah mengutuk ciptaan Allah.
Ciptaan Allah itu cantik2 belaka dan Allah ciptakan kita berlainan rupa kerana ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.
Aku pun sekarang sedang berusaha untuk menghargai diriku sendiri tanpa menghiraukan cemuhan orang terhadap fizikal aku kerana aku tahu, Allah ada rancangan yang terbaik buat diriku.
Sekian sahaja coretanku, terima kasih telah meluangkan masa untuk membaca coretan yang tidak seberapa ini.
Yang benar,
– Kak Melor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit