Cerita Disebalik Duri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cerita-disebalik-duri/).

Salam dan Hai semua. Bertemu sekali lagi kita. Du di sini. Du sangat berbangga dan berterima kasih kepada pembaca sekalian atas kata kata baik yang kalian berikan..

Sedikit respon buat pembaca yang menyuruh Du untuk jual durian online, terima kasih Du ucapkan atas idea yang bernas itu.

Tapi, Du sekarang tengah struggle kelas online, dan juga berm4tian menyiapkan assignment dan fyp yang masih menggunung. Tapi inshaa Allah kalau ada ruang dan peluang, Du cuba apa yang dicadangkan.

Sebelum bermula, adik Du yang perempuan tak puas hati sebab Du tak mention dia dalam confession seblum ini. Haha.

Maaf adikku. Adik Du yang perempuan ni, akan bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan gerai durian. Dari menyapu sampah, buang sampah, ambik air basuh tangan untuk customer dan sehingga buang kulit durian, dah menjadi tanggungjawab dia. Okay done. Haha.

Baiklah, jom kita masuk ke fasa kedua Cerita Disebalik Duri (CDD) : Ragam Customer

Sebagai penjual durian abah sudah berhadapan dengan ribuan pelanggan. Mana taknya, abah dah berniaga selama +/-25 tahun!!

Jadi ragam pelanggan terkadang menghiburkan dan menjadi modal cerita abah dan aku sebaik pulang kerumah untuk disampaikan kepada ibu dan adik2. Terkadang ada jugak ragam yang memenatkan. Biasalah asam garam orang berniaga.

Baik, pelanggan abah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama bahkaan pelbagai negara!!

Hem aku tak pasti bagaimana nak mulakan kisah ini, … okay,

1. Kalau pembaca masih ingat akan confession aku yang pertwma, aku ada mention tentang customer Rindu Semalam.

Customer ini, boleh aku gelarkan pak cik rindu semalam ini mula membeli durian dekat abah semasa umur aku lebih kurang 7-9 tahun. Setiap minggu pak cik RS ni akan datang semata nak cari rindu semalam. Katanya rindu sangat akan durian itu. Haha.

Abah pulak sejenis penjual yang sangat mudah mesra dengan customer atau kami kata *mudah kamcheng*. Jadi banyaklah topik, spt politiklah, sejarahlah, yang dibincangkan dengan Pak cik RS ni.

Aku suka bila mendengar mereka bersembang. Sebab boleh bukak minda woo.. selepas dari tahun itu, ada beberapa hal yang berlaku, menyebabkan abah terpaksa berpindah tempat untuk menjual durian.

Sebab itu kami terputus contact dengan pak cik RS ini. Dan pada ketika itu, kami tidak mempunyai telefon untuk kami contact pakcik RS ini.

Setelah berdekad lamanya, pada tahun lepas (umurku 21 thun) akhirnya nak dijadikan cerita Allah temukan kami semula dengan Pak Cik RS. Rupanya sepanjang sedekad lebih itu Pak Cik RS mencari abah!

Eh bukan mencari abah tapi mencarik Rindu semalamnya!! Haha. Beliau kata pada abah, beliau cuba mencari durian tersebut di Penang, yang semamngnya terkenal dengan durian. Namun beliau tidak jumpa.

Ya lah manakan tidak, durian tu abah sendiri yang kasi nama haha. Memang tak jumpalah.

Tapi sayangnya, Pak cik RS tidak juga berpeluang untuk makan durian tersebut. Hal ini disebabkan, sudah beberapa tahun pokok durian rindu semalam tidak megeluarkan buahnya. Merajuk barangkali.

2. Aku tak pasti sejak bila customer yang sorang ni start membeli durian dari abah, tapi yang pastinya setiap tahun akan ada muka dia. Haha. Beliau seorang cina. Masa ni, abah dah ada phone. Ala, phone yang tiga tiga sekupang tu. (Sampai sekrang abah pakai phone ni)

Setiap kali musim durian mesti Uncla ni call, “Halo, ada diulian ka? Itu diulian Pulut ada ka”? Ya, customer yang sorang ni hantu durian pulut. Durian ni rasa dia macam pulut. Lemak, pahit sikit, manis, dan liat of course bergas. Letakla harga berapa pun beliau sanggup beli.

Seperti biasa, abah, being an honest, kind, man, akan meletakkan harga yang berpatutan. Hubungan kami sekeluarga dengan, Uncle dan kelurga uncle ini sangat baik.

Buktinya, adik aku yang lelaki mempunyai penyakit athma. Dan, kebetulan uncle ini pengusaha air liur sarang burung walet yang dikatakan ubat asthma. Uncle ini akan supply sarang ini tanpa mengenakan sebarang charge.

Kalau ikutkan harga sarang burung ini mahal (bagi family aku la). Bahkan, uncle ini ada memberikan ubat-ubatan cina seperti ubat ulcer, ubat sakit jantung dsb. Aku tak tahula apa yang abah bualkan dengan uncle ni. Sekali berbual memang makan 2 ke 3 jam. Hahahaha.

3. Aku pernah mention dalam confession sebalum ni, berkat sedekah abah, rezeki kami sekeluarga tak putus putus.

Customer seterusnya ini boleh aku gelarkan sebagai pembawa rezeki buat kami. Terlalu banya bakti yang telah beliau berikan buat kami sekeluarga sejak kami kenal dengan pakcik ini, isteri dan anak2nya pada tahun 2015.

Antara baktinya: abah tidak mempunyai kereta. Pada tahun 2017, aku diterima masuk ke kolej matrikulasi yang terletak jauh dari rumahku. Perjalanan memakan masa selama 2 ke 3 jam. Abah memang bercadang untuk sewa kereta.

Tapi, belum sempat abah menyewa kereta pak cik ini sudah menawarkan diri untuk membantu. Bahkan, di saat aku sampai di matrik tersebut, pakcik ini beri lagi wang saku kepadaku.

Setahun selepas itu, aku ditawarkan ke universiti, dan sekali lagi pak cik ini meenawarkan khidmat bantuannya tanpa perlu kami meminta. Bahkan kali ini, lagi mudah sebab isterinya merupakan pensyarah di uni tersebut.

Setelah menghantar aku, Pakcik pembawa rezeki (PR) dan isterinya membawa kami sekeluarga makan di hotel. Tercengang cengang kami masuk ke restoran hotel bagai rusa masuk kampung.

Ya lah mana taknya, ibu abah tak pernah langsung menjejakkan kaki mereka ke mana mana hotel sebelum ni.

Mereka layan ibu abah, order makanan yang sedap2 seperti kari kepala ikan jenahak, sotong gorenga tepung, dan lain2 makanan yang mungkin kami tak mampu untuk beli… Emm dap..

Bakti pakcik PR dan keluarganya ini tak terhenti setakat itu sahaja.

Setiap kali raya, atau mereka nak pulang ke kampung, pasti mereka akan singgah ke rumah aku untuk memberi bantuan seperti keperluan harian seperti beras, minyak, gula, kopi.

Aku dan adik adik juga rapat dengan anak2 pakcik PR ini yang kami anggap macam adik-adik kami sendiri. Kalau ikutkan nak cerita tentang kebaikan customer abah ni, satu confession pun belum tentu cukup untuk cerita perihal kebaikan beliau sekeluarga.

Customer yang sorang ni datang ketika aku masih berumur 8 bulan lebih (tak boleh berjalan lagi). Masatu, abah kena tolong ibu jaga aku sebab ibu tengah solat. Abah bawak aku ke pangkin durian yang terletak betul2 di hadapan rumahku.

Oh sebelum aku lupa banyak kali dalam confession ini aku sebut tentang pangkin. Pangkin ni maksudnya gerai jual durian. Orang tempat aku panggil pangkin.

Customer ini, nak makan durian di pangkin kami, jadi abah kena la bukak durian tersebut. Tanpa banyak bicara abah terus bagi aku dekat Uncle Cina. Kata abah “boss, pegang ini budak sekejap” haha.

Beraninya abah bagi aku kat Uncle Cina tu.. haha. Patut la selama ni kawan2 aku selalu kata aku ni iras Cina walahal aku bukan keturunan Cina pun. Kini aku tahu dah sebabnya, mungkin aku terkenan dengan uncle tersebut. Haha.

Setelah itu, sama seperti Pakcik RS, kami terputus hubungan selama sedekad lebih. Pada tahun 2018, Allah temukan kami semula dengan Uncle itu.

Abah memang tak ingat dah Uncle tersebut dek kerana ramai customer.. yang mengingatkan abah dengan uncle tersebut apabila dia kata : “You ingatka, I pegang anak you dulu, masa you nak bukak itu diulian?”

Uncle tersebut tercengang melihat budak yang didukungnya dulu kini dah berumur 20 tahun. Hahaha.

4. Seterusnya,

Customer antar4b4ngsa. Abah hanya tahu bahasa 4 perkataan dalam bahasa orang putih, yes, no, oraik (alright), teng yu (thank you).

Jadi di saat customer antar4b4ngsa ni berhenti, aku lah yang menjadi translator tak betauliahnya. Hahah.a. walhal masatu pun aku bertatih lagi nak bercakap dalam bahasa mat saleh.

1. Customer Jepun,

Customer ni datang dengan pemandu pelancong. Jadi aku tak perlu jadi translator (fuh nasib baik, kalau tak segala lirik lagu dalam doaremon aku keluarkan) yang ni aku tak sure sangat apa yang berlaku sebab waktu ni aku sibuk menjadi polis nak tangkap pencuri (permainan polis santri).

2. Customer dari Perancis,

Waktu ni abah pergi ke kedai, aku berumur 13 tahun (tengah cuti dari asrama). Customer ni berhenti dan aku pun start la menjual. Aku buat buat ramah kononnya nak tiru gaya abah bersembang dengan customer lain. Aku tanya la, “where are you come from, sir?”

Dia jawab perancis. Aku punya excited lain macam. Ye lah sebab kat sekolah aku ambik subjek bahasa perancis. Aku pun cuba la bercakap dengan dia, “Je peux parle Francais, mais un peu”.

Dan customer tersebut rancak la sembang sebab bahasa dia kan.. last2 satu apa aku tak paham. Haha.. dok angguk ja. Hahaha.. sian dia.. yang aku faham dia kata, dia suka durian.. dia kata rasanya unik…

3. Customer dari Arab,

Ni ibu dan abah yang cerita, katanya orang arab, bila nak makan durian, dorang tak perlu guna pisau untuk buka durian.. dorang pijak je durian tu sampai terbuka..

Aiyo, ibu abah terkejut tengok dorang buat camtu. Haha.. Ibu abah terasa agak janggal sebab bagi kita orang Melayu, pantangla makanan dipijak-pijak. Namun, lain bangsa lain adatnya.

4. Customer dari Canada,

Customer ni stay dekat area kampung aku selama 2 minggu. Dia selalu berjalan kaki, untuk ke kedai kampung. Dalam perjalanannya, beliau, selalu singgah di pangkin ayah aku. Kalau aku takda di pangkin tersebut, bahasa yang digunakan adalah bahasa isyarat. Haha.

Kalau aku ada, aku lah yang jadi translator untuk abah dan Uncle Gary ni. Abah selalu bagi durian kat uncle ni. Tak banyak, sebijik atau dua bijik ja. Abah bagi, sampai Uncle Gary tolak pelawaan abah. Haha. Mungkin dia dah muak.. Sekarang ni, dah hampir 10 tahun kami tak jumpa dengan Uncle Gary…

Itu lah serba sedikit ragam customer abah yang aku boleh ceritakan.. ada banyak lagi sebenarnya, tapi kalau nak diceritakan 3 hari 3 malam takkan habis. Haha. Gurau gurau.

Kalau pembaca berminat lagi dengan kisah aku, aku akan ceritakan kisah kehidupan kami sekeluarga sebelum musim durian tiba.

Sekian sahaja dari aku, seperti biasa, aku mohon doa dari pembaca sekalian agar aku dan adik adik diberikan peluang berbakti kepada ibu dan abah aku dan memberikan mereka kesenangan. Moga aku dan adik adik menjadi asabab ibu abah aku masuk ke syurga Allah Taala.

Assalamualaikum.

– Du (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *