Assalamualaikum dan selamat hari raya kepada admin dan semua pembaca. Apa pun, maaf jika confession agak berterabur.
Btw, nama saya Hana (bukan nama sebenar). Selamat menyelami kisah saya.
Saya sekarang sudah menginjak 30 tahun, ibu kepada seorang puteri yang comel, bekerja disektor swasta dan seorang yang friendly.
Suami? Kami sudah bercerai enam bulan yang lalu sebelum menyambut Syawal bersama.
Disini saya mahu luahkan dan cerita dari hati saya. Penceraian ini berlaku bukan atas kehendak saya mahupun dia, mungkin ini bukan jodoh kami atau tiada persefahaman yang lain.
Saya redha dengan jalan ini. Lagi pun, saya masih cintakan dia. Saya ringkaskan bekas suami saya sebagai Iz.
Saya mengenali Iz melalui dating app. Kali pertama dia menghilangkan diri dan kali kedua dia muncul semula dengan harapan.
Sejak pertama kali bertemu di dating app, saya jatuh cinta pada keperibadian Iz. Seorang yang lembut, penyayang dan kelakar. Dan kami putuskan untuk bertemu setelah 3 bulan mengenali melalui alam maya.
Mula-mula biasalah, malu mahu pandang muka masing-masing. Bila dipandang, wajah Iz comel rupanya macam budak sekolah, mungkin kerana saiz tubuhnya yang kecil molek.
Wajahnya manis, mungkin mampu menyejukkan mata yang memandang. Beza usia kami adalah 4 tahun, kiranya kini Iz sudah berusia 34 tahun.
Kerjaya pula, Iz merupakan seorang pendidik dan sekarang Iz berada dikampung halamannya di Perak dan mengajar di sana.
Nak dikisahkan kisah cinta kami memang tak berapa indah, Iz tak pernah bawa saya ke tempat yang romantik, beri hadiah atau sweet seperti teman lelaki orang lain. Cukup dengan personaliti Iz membuatkan saya bahagia dan saya happy sepanjang bersama Iz.
Setelah Iz tamatkan pengajiannya di maktab perguruan, kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan. Selepas itu, Iz diposting ke Sabah.
Ketika itu saya di Selangor, sedang berada di semester terakhir diploma. Dugaan bertunang berat juga, cemburu tak tentu pasal, merajuk, bergaduh.
Sebaik saya habis diploma dan dapat kerja yang di inginkan, kami terus bernikah. Dan saya LDR buat sementara Iz memohon untuk mengajar di semenanjung.
Akhirnya setelah 4 bulan menikah, permohonan untuk bertukar lulus dan kami bersama. Mungkin rezeki pengantin baru. Haha.
Kiranya jalan percintaan kami mudah, mungkin kami saling bertolak ansur dan memahami. Tapi tipu tak pernah cemburu dan bergaduh tentang hal remeh.
Dan berapa bulan lagi, saya disahkan mengandung. Mengandung diusia 22 tahun. Dan lahir pada tahun 2013. Comel, seiras wajah saya, ada turun lesung pipit dan senyuman dari Iz. Bahagia bila dapat kandung dan lahirkan zuriat Iz.
Saya ingat lagi, waktu saya masih dalam pantang Iz sering bercakap dengan anak kami; “Izzati, abah janji abah akan jaga ibu dengan Izzati sampai bila-bila…”
Bila ingat balik, sedih bukan? Sebab tiap waktu, anak kami kian membesar, Iz selalu cakap macam tu. Saya cuba tabah, mungkin jodoh kami tak panjang.
Raya tahun ini, agak suram bagi saya dan anak kami. Mungkin disebabkan rasa tak lengkap, tiap tahun bertiga, sekarang hanya tinggal saya dan anak.
Lagi buat saya sedih, bila anak kami tanya soalan, kenapa abah kena raya tempat lain? Abah banyak kerja kat sekolah ke? Dan macam-macam.
Dia hanya budak dan saya sebagai ibu hanya mampu berlapik bicara, berharap bila dia kian menginjak remaja dia akan faham situasi ini.
Saya nak Iz tahu, yang saya masih cintakan dia. Sebenarnya Iz lama menyepi, cuma call apabila perlu dan tanya khabar. Kadangkala, kami berborak seperti biasa, macam tiada apa yang berlaku sama macam masih bersama dulu.
Soal nafkah, Iz tak pernah lupa. Cuma saya seolah tak dapat nak telan dengan situasi yang berlaku, seolah mimpi.
Kami jarang bergaduh, banyak berkongsi pelbagai hal dan saling mencintai. Atau saya terkurang dari segi lain? Entah, mungkin saya sendiri yang lebih tahu tapi tak sedar.
Bila mengenangkan janji-janji Iz yang dia nak jaga saya dan cintai saya sampai bila-bila… Terasa punah hati ni. Bila fikirkan balik, manusia boleh berjanji, tapi Dia lebih tahu dan kadang-kadang kita tak boleh nak buat apa.
Dengar ura-ura Iz pun sudah mahu berumah tangga lagi, sudah ada pengganti. Cuma saya masih disini, berharap kami akan bersama semula dan meneruskan janji-janji itu. Hati saya betul-betul hancur…
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit