Belum Terlambat Untuk Menyimpan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih admin sebab sudi siarkan penulisan ini.

Hai semua! Rohit di sini. Ini adalah perkongsian ketiga di iiumc. Sebelum ini ada berkongsi pasal

1. Dilema Suri Rumah

https://iiumc.com/dilema-surirumah-2/

2. Betul ke nak kahwin?

https://iiumc.com/betul-ke-nak-kahwin/

Terima kasih atas segala komen dan nasihat. Perkongsian sebelum ini ramai tak setuju bila aku cadangkan untuk berkongsi duit hantaran.

Itu kan cadangan, jangan emosi. Hehe. Ada yang kata “dah tahu tak cukup duit kenapa kahwin?”, “ko ni tak hargai langsung bakal wife ko”, dan macam2.

Apa2 pun terima kasih. Mungkin tips itu pointless. Semuanya bergantung atas budi bicara dan perancangan pasangan.

Sebelum kahwin aku beli rumah dan faham2 la kan banyak duit nak pakai. Jadi kami setuju untuk aku settlekan urusan rumah dan hantaran kami kongsi. Boleh terima tak alasan ni? Haha.

Sebab mak aku bagi syarat sebelum kahwin kena beli rumah, kebaikannya untuk kita gak nanti lepas kahwin.

Suami mana yang tak nak hargai isteri. Aku yakin setiap orang sentiasa hargai pasangan dengan cara sendiri. Salah aku sebab tak kuat kerja dan tak buat banyak part time masa bujang. Pastu sibuk nak kahwin! Adudu.

Ok lah, kita masuk ke perkongsian kali ini. Tahun ni umur dah melonjak awal 30an, tapi simpanan masih semput2.

Aku akui kesedaran untuk simpan agak lambat dan aku akui gak tak terlambat untuk kita bermula. Bak kata orang jawa “better late than never”.

Hari ni nak kongsi 5 TIPS UNTUK MENYIMPAN. Mungkin ramai yang dah buat dan tak salah untuk kita ajak kawan2 lain kan? kan? kan?.

1. SIMPANAN WARNA

Biasanya simpan duit warna hijau dan oren. Segala transaksi kita kena pastikan yang kita tak guna dua warna ni iaitu RM5 & RM20.

Bila ada je dalam dompet dua warna ni, terus asingkan kat bekas khas. Memang perit nak simpan. Kadang2 dompet dah nipis tapi disiplin kena ada. Biasalah bisikan syaitan suruh ambil sikit. Kita kena kuat!

Kalau rasa berat boleh mulakan dengan hijau dulu. Baru ni saja kira RM5 yang aku kumpul mula bulan jan sampai April dalam RM400. Makin naik semangat untuk teruskan. Nak best mula awal tahun dan buka akhir tahun.

Duit syiling boleh masuk kategori ni. Segala jenis duit syiling yang ada terus masukkan dalam tabung. Gunakan cara yang sama, mula awal tahun dan buka akhir tahun.

2. SIMPANAN GANDAAN

Simpanan gandaan ni aku tengok kat youtube. Kita boleh mula dengan gandaan 2. Konsep menabung adalah mingguan. Minggu 1st RM2, minggu 2nd RM4 dan seterusnya.

Setahun ada dalam 53 minggu. Maknanya pada minggu ke 53 tu gandaan kita akan jadi RM106. Kalau boleh maintain dengan gandaan RM2 sampai hujung tahun kita akan dapat lebih kurang RM2.8k++.

Sesetengah orang mungkin rasa alah setakat nak simpan RM2k setahun senang je. Tapi bagi siapa yang tak boleh simpan banyak bulan2 macam aku boleh la guna cara ni.

3. SIMPANAN LUPA

Simpanan lupa biasanya kita buat potongan gaji. Kebanyakan akan simpan ke Tabung Haji, ASB, SSPN untuk anak, HIBAH untuk isteri, dan sebagainya.

Kita bermula dengan 10% daripada gaji untuk simpanan lupa. Contohnya gaji 2k, minimum kita perlu simpan adalah 200 sebulan. Kalau lebih lagi bagus. Sikit2 asalkan berdisiplin itu yang paling penting.

Simpanan lupa makna kata kita simpan dan lupakan. Jangan usha dan rindu kat dia. Kalau sekali dah jeling dia nanti kita gatal nak ambil sikit. In case kita terambil gak, makanya ganti lah balik ye!

4. SIMPANAN KECEMASAN

Ini adalah simpanan kritikal. Kalau kita tak nak kacau simpanan tetap/ lupa, pastikan segala pembayaran yang melibatkan amaun yang banyak kita roling guna duit ini.

Cadangan minimum adalah 5% daripada gaji kita. Macam contoh kat atas gaji kita 2k, paling minimum kita simpan 100 sebulan.

Contoh kecemasan adalah masa hujung bulan, kereta rosak, renew roadtax insuran, dan macam2 lagi. Kalau ada promosi potongan 70% baju tu bukan cemas ye, itu syaitan. Woha!

5. SIMPANAN AKHIRAT

Setiap individu/ keluarga ada perancangan kewangan. Perancangan pula kena disusuli dengan strategi dan disiplin.

Dalam kita rancang kehidupan dunia, jangan lupa rancang untuk kehidupan yang abadi. Kemampuan individu berbeza. Ada yang rajin buat ibadah, rajin buat kerja amal, rajin bagi orang makan, dan sebagainya.

Walau apa pun jadi, jangan lupa untuk sedekah. Target setiap hari RM1. Hari jumaat kita bagi lah special sikit sebab penghulu segala hari. Kita set RM5 atau RM10. Tabungan inilah duit kita yang sebenar.

Jika diberi kesempatan boleh buat wakaf dan infak. Semoga amalan kecil kita menjadi asbab untuk kita mendapat rahmat Allah dan ganjaran syurga. Aamiin.

………………………………………………………………………………

Akhir kata, tak mengapa kalau kita lambat untuk mula menyimpan. Yang bermasalah kalau kita belum bermula.

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang kat atas, sebab pandangan ke atas akan menghilangkan rasa syukur. Pandanglah ke bawah. Kita akan rasa tenang dan cukup sekadarnya.

Nikmat tu datang dalam pelbagai bentuk. Setiap kali bangun tidur, ucapkan alhamdulillah dan rancang hari kita.

Bersyukur, bersyukur, dan bersyukur sebab anda orang beriman! Bersyukur masa dapat nikmat & bersabar masa diuji.

– Rohit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *