Tak Perlu Hidup Bersama Biawak Hidup

Assalamualaikum. Aku Mariam dan of course bukan nama sebenar. Aku seorang gadis dalam 20-an. Aku dibesarkan dalam suasana lelaki2 yang tak bertanggungjawab a.k.a biawak hidup.. Mari aku ceritakan :

Kenapa tidak bertanggungjawab?

1) Gagal menjadi ayah. Gagal beri nafkah kepada isteri dan anak.

2) Poligami tetapi gagal berlaku adil. Banyak lebihkan isteri kedua dan keluarga isteri kedua.

3) Membesar menjadi anak lelaki tetapi gagal menjadi lelaki yang bertanggungjawab.

4) Seorang ayah mampu penuhi segala kehendak diri tetapi gagal penuhi ruang dapur, ruang rumah, ruang kosong dihati si ibu.

5) Anak lelaki yang membesar tetapi sibuk dengan game dan diri sendiri saja. Bekerja untuk sara diri sendiri. Tidak pernah hulur duit kepada keluarga.

6) Mampu menjadi sahabat dan kawan yang baik kepada KAWAN2. Tetapi dirumah menjadi lelaki yang tidak memahami dan tidak bertanggungjawab.

Kenapa aku tekan kan kepada kaum LELAKI? Kerana itu yang aku lihat dan saksikan sepanjang dewasa ini. Lelaki2 dalam hidup aku gagal menjadi lelaki seperti yang sepatutnya.

Bagaimana pula lelaki yang sepatutnya?

1) Faham tanggungjawab sebagai lelaki.

2) Lunaskan nafkah belanja dapur, nafkah isteri, nafkah kepada anak2.

3) Tahu dan faham tanggungjawab sebagai anak lelaki.

4) Lelaki yang bekerja untuk sara keluarga bukan sara diri sendiri kerana sedar keluarga hidup susah miskin.

5) Lelaki yang tahu mengutamakan antara kehendak dan keperluan.

6) Menjadi ayah yang bertanggungjawab.

7) Tidak sibuk isu Faraid, tetapi sibuk menjaga ibubapa yang sakit.

8) Tidak habiskan masa seharian dengan bermain game, melepak, bercinta, makan tidur didalam bilik.

9) Mendidik isteri, anak2 dijalan yang diredhai Allah bukan lagi menjauhkan.

Itu saja yang aku faham bagaimana LELAKI sepatutnya berfungsi. Apa yang aku nak kongsi moga bermanfaat.

Kepada kaum LELAKI.

1) Perhatikan diri anda. Adakah anda sekarang tidak bekerja? Knpa tidak bekerja? Memilih kerja? Atau masih mengharap duit mak ayah? Atau takut untuk keluar dari comfort zone? Atau memang selesa mengharap duit isteri?

Seronok tengok isteri bekerja dan anda goyang kaki dirumah? Atau anda abang yang terlalu sensitif untuk melakukan kerja2 berat? Anda sebagai LELAKI tidak mampu berkerja kerana mempunyai banyak alasan?

Jadi tanya diri anda, sampai bila mahu kekal tidak bekerja? Kekal menganggur? Adakah sehingga kiamat? Tidak mahukah kalian menjadi lelaki yang mempunyai income sendiri? Baik makan gaji atau bekerja sendiri yang penting halai.

2) Adakah anda lelaki yang bekerja?

Sudah beri wang kepada parents bulan ini? Sudah melunaskan tanggungjawab anda sebagai anak lelaki, suami, ayah, atau abng? Adakah anda bekerja untuk sara diri anda atau untuk bantu keluarga?

Adakah anda sanggup biarkan anak isteri kelaparan kerana mahu penuhi kehendak untuk membeli keperluan anda sahaja? Jadinya adakah isteri dan anak2 anda itu milik anda atau milik keluarga dia?

Adakah bil2 didalam rumah anda biarkan kakak dan adik perempuan yang bayarkan sedangkan anda juga menggunakan air dan api?.Adakah anda sudah penuhi craving isteri anda?

Bukan aku mahu ajar bagaimana mahu uruskan duit gaji anda. Tetapi sudahkan anda kongsikan sebahagian rezeki anda bersama insan2 terdekat anda? Atau anda sekadar LELAKI yang bekerja untuk menyara diri sendiri? Menyara diri sendiri?

Ya. Anda beli makanan dan makan sorang, anda mampu beli kehendak anda. Anda tidak pernah ambil tahu segala urusan dirumah. Anda buat rumah seperti hotel, balik kerja makan, Mandi, main game dan tidur. Itulah kitaran anda.

3) Perhatikan diri anda. Adakah anda lantang bercakap soal tanggungjawab? Soal poligami? Soal hukum isteri tidak taat? Adakah anda tidak mahu kalah bercakap soal politik?

Soal kaum anda yang pemalas ada bincang tak? Adakah anda kerap melepak dikedai kopi sehingga larut malam dan berborak soal topik yang tidak berfaedah?

Adakah anda cuma LELAKI yang gempak ketika bercakap. Petah ketika bercakap. Tetapi ZERO bab tanggungjawab? Ya.

Mohon lah sedar diri. Kaum Ku wanita sudah cukup muak dan jelik dengan sikap anda ini. Ubahlah. Biarlah sikap anda seiring dengan kata2 anda. Jangan sembang kosong brader.

Aku berharap cukuplah aku sahaja yang menderita hidup bersama LELAKI spesis ini.Moga tidak berulang kepada kaum Ku yang lain.

Sebagai lelaki. Jika anda ada keluarga. Jika anda ada isteri dan anak2. Anda perlu bertanggungjawab. Belanja dapur, nafkah isteri dan nafkah anak jangan abaikan.

Jadilah ayah dan suami yang baik. Tidak pun suruh anda menjadi sempurna. Cukup saja anda lengkapkan apa yang kurang didalam keluarga.

Lihat pakaian isteri anda buruk, silalah belikan dia pakaian baru. Bila Kali terakhir beli baju isteri? Adakah selepas isteri berkahwin dengan anda?

Lihat barang dapur dirumah anda? Adakah sudah habis atau Masih ada?

Lihat anak2 kecil anda, cukupkah Susu dan pampers?

Lihat anak2 dewasa anda, bagaimana pakaian, makanan mereka? Adakah anda dan anak2 anda mkn berbeza?

Jika anda lelaki bujang :

Lihat orang tua anda, lihat adik beradik anda. Lihat keperluan rumah. Barang dapur cukup kah? Bil2 bagaimana. Ubat- ubatan orang tua anda bagaimana.

Kemudian baru fikir untuk sara anak orang.

Kepada kaum ku, kaum hawa :

Sebelum anda jatuh hati kepada lelaki sila lah check keseluruhan hidup dia.

Bagaimana mahu memeriksa?

1) Lihat bagaimana dia melayani ibubapa dia dan ahli keluarga dia.

2) Lihat bagaimana dia bersama musuh dan rakan2 baik dia.

3) Lihat segala sisi baik dan buruk dia. Tanya diri anda sanggup tak hidup dengan dia?

4) Lihat ( stalk ) media sos**l dia.

Pastikan anda sebagai orang perempuan lihat status kewangan dia. Adakah bekerja atau tidak. Seeloknya pilih la yang bekerja tetap. Dan sebaiknya pilih la lelaki yang sederhana hidup dia. Tidak terlalu memuja kereta H atau aset2 mewah seperti pro video game, motorbike dan hobi mahal.

Jika dia mampu uruskan kewangan dengan baik tidak mengapa. Yang aku tekankan ialah lelaki yang trlalu mngejar glamour sehingga anda mnjadi mangsa diabaikan.

Pastikan sebelum berkahwin, sebagai perempuan fikirlah masak2. Rasa kasih dan cinta sahaja tidak cukup untuk membina hidup dizaman sekarang. Anda perlu hidup bersama LELAKI yang stabil.

Stabil disini bermaksud dia mampu urus duit gaji dengan bijak. Dia faham erti tanggungjawab. Ini sudahlah tidak mampu dan tidak bertanggungjawab tetapi sudah sibuk bercinta, menabur kasih kepada wanita.

Pastikan at least lelaki itu sudah mempunyai aset seperti motor dan rumah sewa sendiri. Adakah anda mahu tinggal bersesak dengan keluarga suami? Sanggupkah menghadap kerenah keluarga mentua? (Terpakai jika suami mempunyai adik beradik yang ramai ).

Pastikan anda periksa juga keturunan dia. Adakah ada background seperti thallasemia? Penyakit genetik? Down syndrome? Cerebral palsy? Hemofilia? Sawan? Autisme?

Adakah anda sanggup jika anak anda juga mempunyai penyakit genetik seperti itu? Tanya diri anda sekarang ketika Masih bercinta. Bukan menyesali takdir selepas berkahwin dan sanggup tidak mengaku anak sendiri.

Sebagai wanita, pilih la lelaki yang anda sanggup hidup bersama. PILIH LAH LELAKI YANG SANGGUP TERIMA ANDA SEADAANYA.

Berkahwin bukan saja soal sedap main saja. Anda perempuan bakal berhadapan dengan sakit pregnant, sakit bersalin, merancang anak, breast pain, membesarkan anak. Jika mendapat lelaki yang bertanggungjawab untunglah nasib anda. Jika tidak, airmata sahajalah.

Oleh itu pilih la yang terbaik. Elakkan memilih biawak hidup. Cukup aku saja yang melalui.

– Mariam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *