Suami Dia Yang Tak Bagi Kerja, Kita Pula Yang Panas

Assalamualaikum semua. Nama aku Ana. Aku ni sebenarnya nak tulis baik-baik, penulisan yang teratur. Tapi sekarang aku beremosi dan sedih. Aku straight forward jelah ya.

Aku terbaca satu confession yang menjawab confession seorang isteri yang nak kerja tapi suami tak kasi tu, (https://iiumc.com/jawapan-balas-buat-sang-isteri-alim-tapi-jahil/).

Semua yang confessor lelaki tu cakap semua betul. Semua tu memang terkandung dalam kitab-kitab ulama. Cuma mungkin dia buat kesimpulan sahaja dan diringkaskan.

Tapi semuanya memang benar. Cuma yang aku sedih bila ramai wanita-wanita yang duk komen bagi hujah masing-masing.

Yang petik nama isteri mulia Rasulullah s.a.w pun ada. Salah fakta sirah tu satu hal. Dahla berbini2 nabi je. Panggil pun khadijah je macam geng2 dia. Takde adab. Tapi still nak nampak mantap hujah dia, dia petik sikit nama Sayyidah Khadijah. Kesian…

Dalam agama ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu kifayah ni menjadi kewajiban sebahagian sahaja dalam satu kelompok. Dah suami dia pilih nak isterinya hanya berkhidmat untuk rumahtangga, supaya bahtera yang dibina sempurna apabila ibu sentiasa ada. Salah ke?

Sibuk pulakkk ada yang kata untuk kemaslahatan umat lah yada yada yadaa… instead of dia seorang, ramai lagi yang punya PHD, yang suaminya tak marah untuk bekerja, atau mungkin single, atau mungkin takde halangan, yang boleh bekerja…

Hal itu dibenarkan syarak… sebab sesetengahnya nak kerja bukan sebab nak kerja, tapi sebab nak merasa bebas sedikit. Tak semua… tapi ada yang macam ni. Part nilah yang agama nak jaga.

Cuba pilih untuk hormat keputusan orang lain. Nak ikut kepala kauu je. Konon pada kau, bini dia ada PHD dia kena kerja. Dengki kan, suami dia nak layan isteri dia macam queen sebab suami dia pilih untuk tak bagi bekerja.

Biar dia lah.. dosa ke dari segi agama? Tak! Bahkan kalau suami dia rasa itu jalan untuk elak fitnah, bahkan dituntut. Yang korang kesal sangat kenapa?

Jangan disebabkan ada lelaki yang jahil yang tak bagi isteri kerja, dan dalam masa yang sama tak bagi nafkah, korang nak pukul sama rata suami2 yang lain. Sampai ustaz-ustaz pun terkena.

Sampai ada yang kata… nanti ostad2 kalau bini nak beranak, jangan cari doktor perempuan, cari doktor laki sebab pegangan si ostad tu tak bagi bini kerja.. la hawla wala quwwata illa billah…. Suami bagi isteri kerja tu tak wajib, samdhol.. fardhu kifayah je…

Keputusan atas suami, izin pun atas suami…. TAPI menjaga maruah dan aurat isteri tu WAJIB. Jadi, kalau ada doktor wanita, dahulukan doktor wanita. Ke kau tak faham jugak?

Agama tak halang pun selagi pekerjaan tu membawa kebaikan pada masyarakat. Tapi bersyaratlah. Kalau dalam kitab syarat no 1 kot izin suami tu.

Aku sangat2 kagum pada wanita yang bekerjaya yang masih memenuhi tuntutan dirumah. Juga yang benar2 menjaga ikhtilat dan jauh dari tabarruj. Tapi adakah semua wanita mampu?

Oh satu lagi. Nak jawab sikit pasal Sayyidah Khadijah tu. Ya, beliau memang bekerja, punyai bisnes besar. Bahkan beliau adalah wanita yang paling kaya dikalangan kaum quraisy.

Tapi beliau pergi keluar jual dagangan sendiri ke? Pergi kedai beli stok sendiri ke? Pergi restoren berurusan dengan klien sendiri? Bahkan tidak! Beliau sangat menjaga kehormatan diri dan ikhtilat.

Beliau upah sepupunya untuk menguruskan perniagaannya. Bahkan selepas menikah dengan Rasulullah s.a.w, habis harta beliau diinfaq untuk agama. Jadi jangan nak bagi contoh separuh2 suka suki petik2 nama beliau untuk besarkan hawa nafsu kau.

Kau nak kerja ikut Sayyidah Khadijah, konon. Tapi kau ambik part beliau kerja je.. part taat pada suami, jaga ikhtilat waktu kerja, korban harta untuk suami kau tak nak ambik..

Oklah.. aku mintak maaf sebab tulis secara improper macam ni. Tapi aku rasa cara ni je boleh buat korang faham, daripada ayat skema, ayat buku. Bukan korang faham pun. Baca pun tidak.

Apa2 pun jomlah muhasabah diri.. mengajilah kitab-kitab bekenaan hak2 suami isteri… banyak.. contohnya Muhimmah, Uqudullujain, dll..

Ulama dulu terang secara terperinci dan teliti bab ni… bila dah khatam baru nampak hikmah dan betapa adilnya aturan yang Allah s.wt tetapkan untuk suami dan isteri.. Wallahu alam.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *