Terima Kasih Bapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nur harap confession ini disiarkan oleh admin dan terima kasih jika ada yang sudi membacanya.

Terima kasih kepada CPA kerana sudi mengolah cerita pendek Nur menjadi satu kisah yang tersusun untuk senang dibaca.

Aidil fitri ini mengingatkan kembali sejarah hitam yang paling sakit untuk Nur kenangkan. Berbelas tahun Nur cuba jejak dan mencari keluarga bapa serta ibu.

Apabila dapat dikesan, Nur tetap kan hati untuk bersua muka dan akhirnya Nur dihalau ibarat pengemis yang datang meminta makanan.

Dewasa Nur di rumah anak yatim. Ibu meninggal semasa melahirkan Nur. Menurut ummi (pegawai yang bertugas di rumah asuhan anak2 yatim) yang menjaga Nur.

Semasa Nur berusia 4 tahun bapa telah menghantar Nur ke pusat jagaan anak-anak yatim kerana bimbang tiada siapa yang akan menjaga Nur selepas bapa meninggal.

Ummi kata, bapa mengidap barah paru2 tahap 3. Bapa Nur merupakan mualaf yang telah dibuang keluarga kerana menikahi arwah ibu Nur.

Tamat SPM, Nur bekad untuk sambung belajar ke IPT. Siang Nur belajar dan malam pula Nur bekerja di sebuah Restoran China Muslim. Alhamdulillah Nur berjaya dan kini Nur berjawatan sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah swasta.

Jodoh Nur dengan seorang lelaki Islam. Alhamdulillah Nur dikurniakan sepasang cahaya mata. Hidup Nur di kelilingi oleh insan yang menyayangi Nur. Namun jauh disudut hati, Nur tetap ingin mencari keluarga bapa dan ibu Nur.

Alhamdulillah, sebelum Ummi bersara, Ummi ada serahkan fail peribadi bapa Nur. Fail tersebut mengandungi surat kem4tian arwah ibu, salinan sijil kelahiran bapa dan surat doktor yang menyatakan tentang sakit bapa.

Sudah lama Nur minta fail tersebut daripada Ummi, malangnya fail tersebut telah hilang kerana pusat jagaan anak2 yatim sering berpindah randah.

Alhamdulillah sebelum Ummie bersara, Ummi terjumpa kembali fail yang Nur cari ketika sedang mengemas barang2nya. Melalui kod negeri kelahiran Nur tahu bapa berasal daripada Sabah cuma Nur tidak tahu di mana tempat nya.

Sekarang Nur sudah ada alamat penuh kediaman bapa di Sabah. Sebelum ini, sijil kelahiran Nur hanya mencatatkan alamat tempat tinggal lama Nur sahaja.

Menurut jiran lama yang mengenali bapa Nur, setelah menghantar Nur ke rumah anak yatim. Bapa hidup sendirian. Bapa sakit teruk, kadangkala batuk berdarah. Bapa selalu menyebut nama Nur.

Nur ada bertanya kan tentang arwah Ibu, mereka juga menceritakan seperti apa yang Nur tahu. Ibu meninggal ketika melahirkan Nur. Ibu tiada saudara lain kerana ibu juga berasal daripada rumah anak2 yatim.

Bapa sakit teruk. Hanya jiran2 yang datang membantu sehingga lah satu hari ada seorang lelaki yang mengaku abang kepada bapa datang membawa bapa pergi.

Gembira nya hati Nur bukan kepalang kerana Nur tahu bahawa Nur bukan bersendirian di bumi Allah ini.

Nur bulatkan hati untuk ke sana bertemu keluarga bapa. Nur bawa anak2 Nur sekali supaya mereka kenal dengan keturunan mereka. Datuk, nenek, pakcik dan makcik mereka.

Aidil fitri dua tahun yang lalu Nur bersama anak2 terbang ke Sabah. Perjalanannya terlalu jauh kerana kampung bapa terletak di pedalaman Sabah.

Setibanya di alamat yang diberi, Nur berani kan diri perkenalkan diri Nur dan menunjukkan gambar bapa kepada mereka. Rupanya mereka tidak pernah berubah. Mereka menghalau Nur keluar daripada rumah itu.

Mereka kata kalau bapa tidak mengahwini ibu dan memilih untuk menjadi Muslim, nenek dan datuk Nur mungkin masih ada.

Oleh kerana bapa anak yang paling kecil dan manja, nenek dan atuk sangat kecewa dengan keputusan bapa memeluk agama Islam untuk mengahwini ibu. Datuk dan nenek sangat merana rindu kan bapa. Hanya itu yang mereka ulang2 jerit kan kepada Nur.

Pakcik Nur yang sulong menyuruh Nur balik dan jangan datang lagi. Nur merayu kepada mereka agar mereka membawa Nur ke kubur bapa. Malangnya mereka berkeras tidak mahu memberitahu di mana bapa dikebumikan.

Mereka hanya meminta supaya Nur percayakan mereka bahawa bapa telah dikebumikan sebagai seorang Islam. Nur jadi ragu2 dan kurang percaya. Hari ketiga Nur datang lagi.

Tapi kali ni Nur tak terus masuk ke dalam pagar seperti kelmarin. Perlahan Nur menyusur pagar kayu sehingga membawa ke belakang rumah yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman sayur2an.

Allahurabbi… Betapa terkejut nya Nur bila melihat sesusuk tubuh tua yang kurus tanpa baju… Wajahnya tak tumpah seperti dalam gambar yang hampir 34 tahun Nur simpan.

Nur lihat bapa tenang sahaja memetik tanaman di kebun. Bapa Nur masih hidup rupanya… Nur yakin itu adalah bapa Nur.

Tapi… Nur tidak berdaya untuk melangkah kaki lagi ke rumah itu. Nur bimbang Nur akan dihalau lagi seperti kelmarin. Lagi remuk hati jika yang menghalau Nur itu bapa Nur sendiri.

Jadi Nur putuskan untuk hanya melihat bapa dari jauh walaupun hati sedang sarat dengan kerinduan.

Nur yakin bapa ada alasan nya sendiri kenapa bapa tidak mahu bertemu atau mencari Nur. Nur harap alasannya itu dapat menyelamatkan bapa di titian Mustakim kelak.

“Bapa… Nur balik dulu… Nur rindu bapa… Tapi Nur tak mahu susah kan hati bapa… Tenang lah bapa di sini bersama keluarga tercinta. Terima kasih kerana tidak membuang Nur di kaki lima atau di lorong2 gelap. Terima kasih kerana letak kan Nur ditempat yang selamat…”

Nur doakan bapa masih lagi seorang Muslim. Nur harap Nur akan bertemu bapa lagi. Tapi bukan di waktu terdekat ini.

Nur rindu dalam masa yang sama Nur takut akan kecewa jika bapa sendiri yang menolak Nur. Nur bimbang jika itu berlaku, Nur pasti akan menjadi asbab bapa melangkah ke Neraka… Nauzubillah.. Doakan Nur kuat yer…

– Nur Sumaiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *