1001 Kebaikan Suami Disebalik Kekurangannya

Untuk confession sebelumnya, (https://iiumc.com/1001-kebaikan-apabila-ibu-bekerja/).

Assalamualaikum semua pembaca. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession saya yang bertajuk 1001 Kebaikan Apabila Ibu Bekerja tempoh hari. Tak sangka confession tersebut mendapat lebih dari 4.3K sukaan dan lebih 2.3K kongsian.

Terima kasih juga kepada semua pembaca kerana mendoakan kebaikan saya dan keluarga. Alhamdulillah perkongsian saya tu rupanya dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu bekerja di luar sana untuk terus berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat.

Kehidupan saya sebenarnya tidaklah perfect. Tidaklah gembira dan bahagia setiap masa. Resam perkahwinan ibarat bahtera yang belayar dilautan luas. Kadangkala belayar dilaut tenang, kadang kala hebat dilanda ombak.

Dalam confession yang lalu, mungkin ada pembaca yang boleh menghidu ketidakpuasan hati saya pada gaji suami apabila saya nyatakan gaji jurutera Malaysia lagi sikit dari bangla jual karpet, gaji suami tak naik-naik, dan saya tak nak fokus atau fikir pasal gaji suami yang saya tak boleh nak ubah.

Ya, memang saya tak puas hati dan sampai sekarang saya masih berusaha ‘mengubah’ suami saya. Bayangkan lah, anak makin bertambah, gaji suami tak bertambah-tambah! Mujurlah gaji saya bertambah tiap tahun. Boleh lah menampung keperluan dan kehendak keluarga yang makin besar.

Memang saya pernah terbaca yang kerjaya jurutera di Malaysia ni ada masalah. Selalunya jurutera Malaysia underpaid dan dilayan macam buruh kasar.

Tapi disamping itu, saya rasa ada sebab lain yang menyebabkan gaji suami saya tak naik-naik. Malah hampir semua side income yang dia cuba usahakan juga menemui kegagalan.

Suami saya sukar bangun pagi dan tidak berdisiplin pergi kerja. Setiap pagi saya yang bangun dulu. Selalunya saya kejut suami tapi tak nak bangun-bangun. Saya dah siap mandi, solat subuh, nak keluar pergi kerja, dia masih melingkar atas katil lagi.

Kejut macam-macam cara. Siram air pun pernah, dia boleh buat batu, pejam mata juga lepas kena siram! Haih geram! Kejut cara menggoda lagilah tak boleh pakai, dengan saya-saya masuk kerja lambat nanti!

Dulu selalu la juga bergaduh pagi-pagi sebab tak tahan dengan perangai dia yang tak berdisiplin pergi kerja. Lama-lama dah penat nak gaduh. Sepatutnya dia masuk kerja pukul 8.00 pagi tapi pukul 10.00 – 11.00 pagi baru masuk kerja!

Bila saya risik dengan kawan sepejabatnya, kawan dia kata, kalau di syarikat lain dah lama kena buang kerja tu, bos dia pun tak tahu nak nasihat macam mana.

Bila saya bincang dengan suami, dia cakap waktu bekerja dia flexible. Masuk lambat, balik lambat la. Masuk tengahari kira half day. Tak masuk kerja, potong gaji. Senangnya dia bercakap, kan.

Dulu saya yang siapkan anak-anak dan hantar ke taska dan tadika sebelum pergi kerja. Suami selalunya masih tidur lagi masa saya keluar.

Lepas tu saya fikir, kalau terus macam ni makin naik lemak la dia. Saya kena fikir cara nak paksa dia bangun awal, solat subuh, pergi kerja awal. Jadi saya suruh dia yang siapkan anak dan hantar anak pergi tadika dan taska.

Saya ingatkan dia akan bangun awal la sebab terpaksa siapkan anak dan hantar pergi tadika, anak masuk kelas pukul 7.30 pagi. Rupa-rupanya dengan anak-anak masuk kelas lambat!

Cikgu mengadu anak selalu masuk kelas lambat, dah pukul 10.00 pagi baru sampai, banyak ketinggalan apa yang cikgu ajar. Haihhhhh!! Memang berperang lagi lah kami masa tu.

Sampai hari ni pun sama, saya dah siap nak keluar pergi kerja, suami masih atas katil. Suruh cepat siap mandi, solat, pergi kerja, sejuk katanya. Padahal dia dah keluar bilik kejutkan anak-anak solat subuh tadi. Anak dah solat, bapaknya masuk bilik sambung tidur! Huhu!

Sebelum saya keluar tadi saya cakap “Amboi relax nya tidur. Kita dah lambat nak pergi kerja. Dia boleh relax sambung tidur lagi. Hantar anak sendiri ye.” Saya pun keluar.

Kalau dia bangun awal dan siap sama dengan saya, saya yang akan hantar anak pergi ke pengasuh. Bila dia malas nak bangun, saya suruh dia yang hantar, sebab saya nak dia terpaksa bangun juga hantar anak.

Dia tak kan sanggup nak layan anak bila anak minta nak sarapan, nak berak, nak kencing, sepahkan rumah, dan buat bising.

Suami saya juga culas bagi nafkah. Bukan pada saya je, pada ibubapanya pun dia jarang sangat bagi. Takde lah nak dengar ayat “Isteriku, ambil lah RM250 ini sebagai nafkah buatmu bulan ini. Berbelanjalah ikut suka hatimu”. Mimpi!

Dulu saya tak berkira dan fikir susah senang bersama dengan suami, saya selalu bayarkan dulu segala hutang, bil-bil, pengasuh dan lain-lain sebab gaji saya masuk dulu. Ingatkan nanti dia transfer la duit kat kita balik. Takdenye dia transfer.

Sabar punya sabar, saya fikir tak boleh jadi ni, kena bagi dia lebih bertanggungjawab sara keluarga. Saya pun biarkan dia tanggung dan bayar sendiri segala hutang rumah, kereta, bayaran taska, tadika, roadtax insurans kereta, bil-bil dan barang dapur.

Gaji saya, saya simpan atau beli apa yang saya nak beli untuk keluarga. Saya sangka itu boleh buat dia makin kuat kerja rupanya sangkaan meleset. Dia makin kuat berhutang pula! Sampai berhutang dengan Ah Long. Huhu!

Dia suka keluar melepak sampai awal pagi. Ntah apa yang disembangnya lama sangat. Kat rumah takde pula nak sembang dengan anak isteri. Kalau tak keluar melepak, dia akan layan internet sampai pagi.

Bila tidur lambat, bangun pun lambat la. Bila kita nasihat, dia degil! Saya kenal semua kawan-kawan dia. Hp dia pun saya selalu check.

Terjebak ajaran sesat. Sebab tabiat dia suka melepak malam-malam tu la dia pernah terjebak dengan kumpulan ajaran sesat batiniah. Belajar pasal hakikat makrifat. Pergi belajar agama lepas pukul 12 malam sampai pukul 3 pagi.

Saya investigate pasal ni sampai tahap saya contact dengan pegawai agama bahagian pencegahan ajaran sesat. Suami pernah cakap nak bawa saya pergi tempat tu untuk belajar agama.

Saya tak nak. Tempat tu banyak kali kena serbu dengan pejabat agama. Kitab yang mereka guna memang dah difatwakan haram oleh majlis agama tapi pada pengikut ajaran tu, itu semua propaganda dan penganiayaan saja.

Lepas famili mertua dapat tahu, dia pun stop pergi belajar agama kat situ. Dah tentu kena ‘basuh’ dulu dengan familinya la. Habis semua rahsia keluarga pun bocor masa tu. Baru mertua tahu macam mana perangai anaknya.

Mesti pembaca tertanya-tanya mana saya jumpa suami saya ni. Saya kenal suami sejak dibangku sekolah lagi. Tapi masa tu kami tak bercinta. Suami seorang yang pendiam jadi tak banyak yang kami sembangkan semasa di sekolah, mungkin tak sembang langsung kot! Huhu.

Suami seorang pelajar yang cemerlang juga di sekolah. Kami lost contact beberapa tahun lepas sekolah. Lepas habis belajar di universiti, kami terjumpa balik dan berkawan semula.

Mula-mula kawan biasa. Bila dia dengar ada lelaki lain nak masuk line, dia cepat-cepat propose saya jadi girlfriend dia. Saya terus terima! Sebab saya rasa saya kenal dia dah lama, dia bukan stok budak nakal di sekolah, cakap sopan, budak baik, budak pandai, bukan sweet talker.

Ayah saya pesan hati-hati dengan lelaki sweet talker, selalunya mata keranjang. Dia pun ada ciri maskulin yang saya suka.

Kemudian kami bertunang. Pada saya fasa bertunang tu la saya nak tahu hati budi bakal suami saya. Kalau ok, proceed kahwin, kalau tak ok putus tunang. Saya pernah minta putus tunang. Tapi suami (masa tu tunang) m4ti-m4ti tak nak kami putus tunang.

Saya minta putus tu sebab saya rasa yang dia tak boleh jadi pemimpin yang baik bagi saya. Pemimpin sepatutnya jaga kita baik-baik kan, tapi dia macam tak jaga pun. nasib baik saya pandai jaga diri.

Kalau tak, haih. Dah bertunang hampir setahun tapi dia belum kumpul duit lagi nak kahwin. Suruh saya pula buat pinjaman. Memang tak lah saya nak buat. Nak kata selalu belanja saya, mana ada.

Dipendekkan cerita akhirnya kami kahwin juga. Keluarga mertua yang sponsor segala perbelanjaan perkahwinan. Dia anak bongsu, anak kesayangan.

Pernah saya rasa nak bercerai. Tapi ada saja perkara yang buat tak jadi bercerai. Ahli keluarga muncul memujuk. Tiba-tiba kereta rosak, nak tak nak kena call suami juga datang tolong. Anak sakit, kena sama-sama jaga anak. Macam-macam lagi lah yang buat saya terpaksa berbaik balik dengan suami.

Mungkin ini jawapan bagi doa yang selalu saya panjatkan pada Allah. Saya selalu mohon pada Allah berikan jodoh yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat.

Saya berserah diri pada Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi setiap hambaNya. Semua yang berlaku atas kehendakNya jua. Sangka baik pada Allah. Allah tidak menzalimi hambaNya.

Allah nak bagi pahala yang berlipat kali ganda pada saya. Memang sepatutnya suami yang bimbing isteri, yang sara keluarga. Tetapi jika isteri yang bimbing suami dan bantu sara keluarga, pasti besar ganjaran pahala bagi sang isteri.

Saya fokus pada kebaikan-kebaikan suami. Suami tak pernah berkasar dengan saya. Sentiasa bercakap lembut. Tak pernah naik tangan. Dia solat walaupun sering terlalai. Dia boleh dan pernah jadi imam pada kami sekeluarga.

Dia berusaha tambah pendapatan dengan buat side income walaupun tak banyak hasilnya. Dia potong rumput di laman, basuhkan berak anak, mandikan anak bila disuruh, tolong juga kerja-kerja rumah.

Dia jaga saya masa saya sakit dan berpantang. Bab nafkah, dia dah bagi nombor pin kad bank dan password online banking kan. Overall saya rasa dia suami yang baik. Dan saya tahu dia sayang dan cintakan saya dari pandangan mata, sentuhan dan layanan dia pada saya.

Kuncinya sabar dan redha. Redha yang ini semua Allah yang beri. Suami tu Allah yang beri. Tak kan saja-saja Allah beri suami tu pada kita. Sangka baik. Allah nak beri pahala.

Ikut garis panduan yang Allah dah bagi. Taat pada suami selagi tak langgar syariat. Layan suami. Jaga maruah sebagai seorang isteri. Walau buruk macam manapun perangai suami, tetap kena taat padanya.

Kebahagiaan perlu dicipta dan dicari, kebahagiaan tak datang sendiri.

Apepun, rumahtangga ni bertahan atas kehendak Allah jua. Kita hanya boleh berdoa dan berusaha. Selebihnya berserah diri pada Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

– Atinadeen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *