Assalamualaikum semua, nama aku Izzati (bukan nama sebenar). Aku berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pembantu pensyarah di sebuah IPTS.
Harini aku sangat bahagia kerana sudah genap 1 tahun 6 bulan aku ‘bebas’ dari dibelenggu hidup bersama lelaki laknatullah dan keluarga mentua yang kejam.
Kehidupan aku mula terperangkap dalam kegelapan apabila aku dijodohkan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali dengan lama dan aku tidak bercinta dengan dia.
Kisah bermula pada tahun 2018,aku namakan bekas suami aku sebagai Arwah (aku hanya tahu di sudah lama m4ti dalam hidup aku).
Aku sangat menyukai mak arwah pada mulanya kerana sikap mak arwah yang sangat peramah namun sebenarnya tips untuk memilih mak mentua adalah cari yang tidak terlalu ramah kerana ramahnya itu sebenarnya mulut jahat.
Malam pertama perkahwinan aku bersama-sama Arwah, aku tidak disentuh oleh Arwah malah Arwah siap memesan kepada aku agar aku sabar menunggu sehingga dia bersedia menerima aku.
Aku terkejut lalu terus menangis namun tidak berkata apa-apa kerana aku akur dan aku sedang memikirkan sesuatu.
Dipendekkan cerita, setelah 3 bulan kami berkahwin, dan dia masih belum menyentuh aku, Allah membuka suatu kebenaran buat aku. Suatu petang selepas Arwah pulang dari kerja, ya terlupa, Arwah bekerja sebagai Staff Nurse di hospital swasta, jadinya kerja dia banyak shift.
Pulang dari kerja, Arwah tertido dan aku mengambil phone Arwah untuk check Whatsapp sebab hati aku kuat mengatakan Arwah ada perempuan lain.
Alangkah terkejutnya aku dan aku tidak mampu berkata apa-apa selain menangis tidak henti apabila sangkkan aku betul tetapi arwah bukan ada perempuan lain TETAPI ‘PEREMPUAN’ LAIN.
YESSS!!!! ARWAH SUKAKAN LELAKI, Arwah seorang gay ! segala whatapp bersayang-sayang, ber baby-baby, serta yang tidak senonoh seperti i taktahan tengok u, i rindu u, lama i tak hisap u, A LOTS ! Subhanallah. Apa ujian Allah buat aku.
Aku akhirnya memutuskan untuk bercerai pada awal 3 bulan perkahwinan, tetapi Arwah tidak mahu melepaskan aku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Aku pula b****h sebab percaya dan memberi peluang kerana aku anggap manusia tidak lari dari membuat silap. KENAPA AKU BOD*H?? SEBAB ARWAH BERKALI-KALI TIPU AKU JUGA LEPAS PADA HARI ITU.
Setiap kali dia kantoi tipu aku, aku akan minta cerai dan dia tetap berkata dia tidak akan ceraikan aku. Selepas hari itu, aku dah terbiasa makan hati dan aku tidak menangis lagi. Aku berserah pada takdir Allah
Bulan ke 4 , kami pindah ke Kuala Lumpur kerana Arwah berjanji akan berubah dan dia telah pun mendapat kerja yang lebih bagus di sana. Aku hanya menurutdan waktu ni aku masih belum tahu betapa jahatnya ibu mertua aku.
2 hari aku baru sampai di KL, ibu mertua aku menyuruh adik ipar aku untuk datang ke KL dan teman aku untuk mencari kerja di sana. tidak habis penat aku mengemas rumah lagi sebab Arwah terus bekerja dan sepanjang aku hidup dengan Arwah.
Arwah tidak tahu membuat apa-apa kerja rumah dan hanya tahu bermain game Pubg dan ‘melayan’ kekasih laknatullah dia.
Segala makan minum, beli lauk, masak, basuh baju, kemas rumah hanya aku yang akan buat even selepas aku dapat kerja, aku akan keluar kerja 6 pagi- 7.30 malam smpai rumah.
Kalau hari Arwah offday, dia hanya main game dan suka melaram, GAY NI RUPANYA SANGAT PENTING KAN PENAMPILAN DAN MULUT CEREWET SEPERTI PEREMPUAN, Satu hari arwah kantoi lagi dengan aku, rupanya dia bercinta dengan MA lelaki dekat tempat kerja baru.
Aku tak terkejut pun, aku hanya berkata, KALAU U BOLEH KAHWIN DENGAN LELAKI, I BAGI KAHWIN DAH, PAPA. Sekali lagi aku mintak dia ceraikan aku supaya dia boleh hidup dengan lelaki tu. TAKKK JUGAK dia berkeras takkan ceraikan aku.
Jadi, apa aku buat, aku cari pasal dengan bekas adik ipar aku, perempuan, aku namakan MINAH. Minah ni dia punya jahat pun level tinggi macam mak dia. Dia suka peduli duit ringgit dan hal rumah tangga aku dengan Arwah.
Minah ni pun dah kahwin hari sama kami kahwin tapi Minah ni tak bahagia dengan suami dia sebab dia tak boleh mengandung.
Dan suami dia hari-hari mintak anak tapi Minah tak bagi suami dia kahwin lain (aku ni kalau lah Arwah nak kahwin lain, kahwin laa janji pasangan tu PEREMPUAN). Begitulah kisah Minah.
Aku block Minah dan aku bagi tahu Arwah aku taksuka Minah masuk campur rumah tangga kita. Pastu aku bagi tahu lagi, aku juga tak suka Mak mentua aku atur kehidupan aku.
Arwah rapat dengan adik da maknya sebab dia kan gay lembut-lembut gitu dari kecil mak dia bawak Arwah pi zumba dengan perempuan-perempuan. Jadi bila tengok perempuan, Arwah jadi takda nafsu la. tapi kalau tengok lelaki, hati Arwah berbunga-bunga.
Jadi, satu hari mak Arwah datang KL dan diaorang tempah motel murah (mak arwah tak bekerja dan bapak Arwah kerja hari-hari angkat ikan ja) sebab tak nak duduk rumah aku.
Kebetulan aku kena kerja dan Arwah cuti, dia bagi tau aku nak pi tidur dengan mak dia. OK go lah, dia dah laa 2 malam tak jumpa aku, lepas tu dia nak tido dengan mak dia so total 3 malam dia tak jumpa aku.
Balik dari jumpa parents dia, dia termenung muka macam marah aku, rupa-rupanya Mak dia SURUH DIA PIKIR BALIK SAMPAI BILA NAK SIMPAN AKU ! (Finally plan aku berjaya).
Aku dengan selambanya cakap BAGUSLAH, JOM CERAI SEBELUM I BAGITAU MAK U YANG U NI GAY. Menyirap darah dia tapi dia taknak jugakkk wehhh ceraikan lagi.
(SEBAB YELAH , MANA ADA PEREMPUAN SANGGUP KAHWIN DENGAN GAY, KO TAHU TAK RISIKO PENYAKIT AIDS?!!!) SO AKU NAK LARI LAA.
Tambahan, dia cakap aku bukan isteri baik sebab rumah tak reti kemas elok-elok, tandas cuci tak bersih dan macam-macam. ALAHHHH SO LETS CERAI JELAH aku jerit.
3 hari berlalu dia s3ksa aku. Aku drive pergi mahkamah nak tuntut fasakh tapi lama oiiii setahun tak settle. Aku balik dengan sedih hati lepas tu bertambah sedih aku dapat tahu ayah aku sakit then masuk operation tak berjaya (Alhamdulillah sekarang dah sihat).
Pagi esok hari, aku nekad, aku mesti bercerai, Ya Allah bantulah aku.
Finally, Arwah ceraikan aku dengan talak 3. Tapi diluar mahkamah, jadi kena balik kampung halaman untuk ke mahkamah. Selepas lafaz, aku tolong hantarkan semua barang arwah dekat tempat baru dia sebab kereta tu milik aku, dia ada motor ja.
Last aku pesan, JANGAN PERNAH CARI PEREMPUAN LAGI JIKA TAHU DIRI TAK MAMPU TINGGALKAN LELAKI.
SELAMAT TINGGAL KENANGAN HITAM.
– AKU BAHAGIA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit