Ayah Sayang Abdullah Tak?

Assalammualaikum semua. Hari ni aku nak cerita sedikit pasal ayah aku.

Yang baik kita ikut.. yang mana tak baik aku harap kita jadikan sempadan. Aku tak pernah mengarang sepanjang ini. Aku just nak share je cerita tentang ayah aku ni.

Ok aku ada adik bongsu lelaki.. namanya Abdullah. Jarak umur aku dengan Abdullah ialah 19 tahun.

To make short… aku perasan Abdullah ni lain dari kanak- kanak yang lain bila mana guru tadika Abdullah ada bagi tau Abdullah lambat dari kawan-kawan yang lain.. nak hafal ABC pun ambil masa setahun..

Selain tu,yang aku perasan, masa Abdullah berumur 4 ke 5 tahun.. Abdullah masih lagi pelat, tak pandai menggunakan lebih dari pada 3 patah perkataan.

Aku juga ada perasan, Abdullah lebih meniru gaya kartun yang dia suka. Kalau dia marah.. dia akan ikut gaya kartun tu.. macam tu juga bila dia nak berkomunikasi dengan orang lain.

So, sebagai kakak sulung yang ada kereta aku ada minta izin ayah untuk bawa Abdullah ke hospital untuk berjumpa doktor pakar. Tapi ayah aku tentang. Ayah perlekehkan aku.

Ayah cakap, “eleh… nanti dia dah besar dia tau la cakap betul2..”

Aku berkeras. Bagi aku benda tu abnormal sebab umur Abdullah dah 5 tahun. Aku pun bawalah Abdullah jumpa pakar.

Macam – macam pakar aku jumpa. Speech therapy, pakar ENT dan macam – macam lagi lah. Aku ikut setiap temujanji yang telah diberi.

Untuk pengetahuan semua, aku jumpa pakar daripada hospital kerajaan. Ada pakar yang tiada di hospital berhampiran dengan rumah, jadi aku perlu ke hospital besar… yang jauhnya lebih kurang 50km perjalanan sehala.

Yang paling mencabar , jika waktu appointment clash dengan waktu kerja. Nak tak nak aku kena ambil CRK. Tapi tak pe.. masa tu aku belum berkahwin..dan yang lagi penting aku masih tinggal serumah dengan mak n ayah..

Setiap kali aku dan Abdullah bersiap-siap nak ke hospital, ayah akan perli. Tapi aku sabar. Aku pekakkan telinga. So.. akhirnya pakar sahkan Abdullah sebagai OKU (masalah pembelajaran).

Bila Abdullah dah naik sekolah.. Abdullah kena masuk aliran khas, iaitu PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi).

Alhamdulillah… Allah permudahkan urusan Abdullah sepanjang berada dalam program tu. Abdullah dapat elaun EMK berjumlah RM1800 setahun. Syukur.

Aku memang pesan pada mak duit elaun tu guna masa – masa kecemasan untuk pendidikan Abdullah. Mak aku jer yang tahu Abdullah ada elaun.

Ayah aku tak tau.. sebab semua berkaitan persekolahan Abdullah aku yang uruskan. Aku tak nak Abdullah rasa susah masa aku nak sambung belajar (ayah aku buat hal.. kalau nak aku cerita)

Ayah aku ni takde sumber pendapatan tetap. Kebun ada. Tapi harga getah tak menentu. Kalau dulu ayah masih ada kudrat untuk menoreh getah. Tapi sekarang, ayah tak larat.

Anak- anak memang hulurkan ayah duit setiap bulan. Bil-bil ayah tak pernah bayar sejak kami adik beradik ada kerja sambilan semasa habis SPM. Perbelanjaan rumah semua adik beradik sediakan.

Masa awal tahun aritu, aku ada berbincang dengan mak, aku nak keluarkan duit elaun Abdullah..aku nak masukan dalam tabung haji.Bila aku suarakan tentang duit tu, mak aku senyap je.. diam jer. Aku tak syak apa2..

So aku pun wasep guru kelas Abdullah untuk ambil buku biasiswa untuk buat pengeluaran. Masa dapat reply dari guru kelas aku dah berdebar2..Adrenalin aku bergetar kencang. Aku rasa cemas. Guru kelas Abdullah reply macam ni,

“Kami tidak menyimpan buku bank Abdullah. Buku bank adalah bawah simpanan ibu bapa”

Aku terus call emak.. Mak aku cakap dia tak pegang buku bank Abdullah. Ok tak pe..

Aku terus call ayah. Masa call tu aku rilek-rilek jer (walhal aku dah cuak). Aku tak nak ayah nampak sangat yang aku syak benda tak best pasal duit elaun Abdullah, aku borak-borak macam biasa.

Kemudian, aku tanya aku nak buku bank Abdullah. Aku bagi tau la.. sekarang Abdullah dah tingkatan 2…

Kalau dari Darjah 1 sampai Tingkatan 2 duit elaun ada lebih kurang RM10000. Baik masuk dalam TH. Boleh simpan untuk tabung pendidikan Abdullah. Aku bagi bagi pendapat la..

Ayah aku cakap… buat apa keluarkan duit tu.. duit bank Abdullah pun tak banyak.. ada dalam RM500 lebih jer..

Aku terduduk. Aku terdiam.

Aku tanya… ayah buat apa dengan duit tu.. kalau ayah keluarkan duit elaun untuk bayar duit buku dan PIBG setiap tahun.. tak kan baki tinggal RM500 lebih.. walhal… segala persiapan masuk sekolah setiap tahun aku n adik beradik lain sediakan.

Ayah aku cakap.. dia guna duit tu untuk berubat.. Bukan jumpa doktor tau.. dia jumpa bomoh2 untuk berubat. Kadang-kadang dia batuk tak henti-henti dia jumpa bomoh.

Apa-apalah semua bomoh. Dia bergaduh dengan mak aku pun dia jumpa bomoh. Adik beradik aku selalu bergaduh pun dia jumpa bomoh. Semua bomoh.

Entah mana silap ayah.. bomoh yang dia jumpa semua nak kan duit. Ayah percaya. Yang aku sedih duit pendidikan Abdullah… habis hangus. Ayah guna untuk tujuan dia sendiri. Aku tak tau nak cakap apa dah.

Lepas dari hari aku call ayah.. ayah ada call aku balik.. ayah cakap aku tak de hak untuk tanya mana duit Abdullah. Dia ada cakap Abdullah anak dia. Duit Abdullah duit dia. Ayah cakap dia boleh bawa la Abdullah jumpa doktor sendiri.

Ayah cakap lagi, aku yang memandai-mandai bawa Abdullah jumpa doktor sedangkan dia boleh bawa Abdullah sendiri jumpa doktor.

Lepas insiden tu… mak aku ada bagi tau mata Abdullah juling..

Aku bagi tau mak… sekarang ni aku tak boleh uruskan macam dulu. Aku kerja lain negeri. Aku ada komitmen pada keluarga aku juga, tambah pula aku ada baby.

Aku minta ayah bawa pergi hospital dekat dengan rumah untuk dapatkan rawatan awal.

Masa boleh rentas negeri aku balik kampung. Ayah masih tidak buat apa-apa. Ayah tak bawa pun Abdullah ke hospital atau klinik pun. Sedangkan setiap bulan dia kena ke hospital untuk ambil ubat kencing manis dia.

Aku sedih dengan sikap ayah acuh tak acuh dia.

Doakan mata Abdullah kembali normal ya kawan-kawan. InsyaaAllah aku akan cuba fikirkan cara untuk dapatkan rawatan Abdullah.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *