Diari Si Lelaki Songsang

Salam sejahtera kepada pembaca. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin yang sudi keluarkan confession aku. Aku seorang bakal mahasiswa di Selangor.

Jujur aku rasa hidup aku makin lama makin sepi & kosong. Hidup aku penuh dengan kekurangan. Penuh dengan rasa terhimpit & bersalah yang menghantui jiwa aku.

Baru-baru ni aku disahkan menghidap D3pr3ssion dan Anxiety Disorder. Kadang-kadang cenderung ke arah Social Anxiety. Apa benda yang buat aku rasa terhimpit?

Jujur takdir aku tidak seperti manusia-manusia normal yang lain. Aku hanya ada keluarga. Sedih ke, gembira ke diorang lah tempat aku berkongsi perasaan-perasaan tu. Aku tak ada kawan baik. Kawan pun adalah dalam 3, 4 ketul je.

Jangan terkejut kalau aku cakap followers aku pun belas-belas je. Sebab apa? Aku nak bersos**l tapi dihimpit dengan penyakit anxiety disorder dan yang kedua aku terhimpit antara kehendak hati dengan hukum agama.

Sememangnya bila diuji dengan mental illness makin hari makin ramai menjauh dan memilih untuk tinggalkan aku.

Ada yang takut nak dekati aku. Ada yang menganggap aku terlampau lemah, overreaction. Walau berbuih mulut aku cuba jelaskan keadaan aku diorang tetap fikir semua yang jadi disebabkan pemikiran aku sendiri termasuk masalah gay aku.

Berkenaan cerita gay aku. Alhamdulillah aku tak pernah terlibat dengan homos3ksual. Kalau adapun aku pernah disentuh dengan sepupu lelaki dan kawan lelaki aku.

Perkataan redha dan sabar mudah untuk kita ucap tapi tak mudah dan sangat berat untuk kita aplikasikan benda ni dalam hidup. Sampai sekarang aku masih dilanda badai.

Saat aku menulis ni pun aku dalam keadaan yang lemah. Hati dan jiwa aku sangat tak stabil. Sampai aku benci dengan diri aku, benci dengan perintah agama, hilang keyakinan dengan Allah.

Ye, aku tahu aku tak sepatutnya fikir macam tu. Aku sayang Allah & aku yakin Allah pun sayangkan aku. Buktinya sampai hari ni bila hati aku terusik untuk cari pasangan sejenis dekat apps2 gay aku akan rasa bersalah dan takut.

Jelas sekali Allah masih peliharakan hati aku, Allah masih memandang aku, Dia masih mengharapkan aku untuk bersama dengan Dia.

Aku bersyukur perasaan bersalah dan tak selesa dengan suasana songsang masih ada dalam hati aku. Kekalkan dan teguhkanlah perasaaan ini dan peliharalah aku daripada landasan yang terkutuk.

Sejak tahun 2016 hingga kini aku cintakan seorang lelaki. Lelaki yang istimewa di mata aku.

Aku tak tahu apa sebab kukuh yang membuatkan aku tak henti2 dan jemu untuk cintakan dia. Cuma apa yang aku boleh cakapkan aku cintakan dia disebabkan sikap dia yang soft spoken, peramah & caring.

Aku ni jenis superb introvert jadi bila ada lelaki yang macam tu selalu dekati aku buatkan aku tertarik dan cepat selesa dengan dia.

Dia cikgu aku, aku student dia. Kelakar? Ye, memang kelakar. Korang boleh gelak sebab aku pun rasa macam tak logik dan tak sepatutnya. Umur dia 29 tahun (2020). Sejak habis sekolah aku dah tak jumpa dia.

Hari demi hari rasa sakit sangat sebab aku rindu dia tapi aku tak boleh jumpa dia. Aku tak boleh call dia, text dia. Kitaorang pernah jadi kawan. Yerp, dia sejenis yang boleh berkawan dengan student.

Hari-hari aku pergi bilik guru semata mata nak jumpa dia dengan alasan nak ‘belajar’. Walhal tu bukan nawaitu aku yang sebenar. Aku suka tengok dia senyum. Cukup sempurna dekat mata aku.

Tanpa aku sedar aku tanam perasaan cinta. Aku semai benih cinta tu. Aku berharap dia akan suka aku. Waktu tu tahun 2015.

Setahun lepas tu aku dapat tahu dia dah nak kahwin. Hati aku kecewa sangat. Aku tahu aku tak ada hak untuk rasa macam tu apatah lagi nak jeles. Sampai sekarang aku sedih bila tengok gambar dia dengan wife dan anak dia.

Sekali lagi aku cakap, aku tak patut sedih dan cemburu. Masa tu lah aku tersedar daripada angau dan cinta songsang aku. Aku dah tersilap langkah. Aku mula berpijak di bumi yang nyata.

Hubungan aku dengan dia mustahil untuk sampai ke jinjang pelamin. Macam mana penerimaan keluarga? Apatah lagi hukum agama yang sememangnya takkan mampu untuk aku ubah.

Paling penting dah terbukti dia pilih perempuan tu. Sampai 1 tahap aku confess perasaan aku dekat dia. Guna nombor lain yang dia tak tahu. Aku tak introduce diri aku, aku cuma cakap aku cinta dia dan tak patut sebagai lelaki untuk suka dia.

Malangnya, aku dapat rasakan dia tahu siapa pengirim mesej tu. Dia mula jauhkan diri daripada aku. Bila selisih bahu dia takkan senyum macam biasa, apatah lagi nak pandang aku. Sebelah mata pun tak.

Biasanya dia akan tegur aku bila kitaorang selisih bahu walaupun sepatutnya aku lah yang tegur dia dulu sbab aku student. Tapi dia tak macam tu. Dia yang tegur dulu. Tak sempat aku nak tegur dulu.

Tapi sekarang dah berubah. Sampai lah aku habis sekolah. Aku hanya pandang dia dari jauh. Aku tahu perpisahan antara kitaorang dah tak lama.

Sekarang aku dah makin boleh kawal perasaan cinta aku dekat dia. Tapi tipu lah kalau cakap tak ingat langsung dekat dia. Sebab rasa rindu tetap ada. Aku tahu semuanya ambil masa.

Kepada pejuang2 kecelaruan naluri sekalian. Aku tahu korang mampu lawan semua ni. Aku diuji dengan perasaan songsang dan mental illness. Sekarang pun aku dah mula makan ubat anti d3pr3ssant (Escitalopram). Sungguh ujian kita terlampau berat.

Fikirlah apa tujuan sebenar kita dicipta di muka bumi ini. Sama ada jadi hamba nafsu atau hamba Yang Maha Agung. Benar, bukan mudah. Mungkin selamanya kita perlu berjuang.

Aku sendiri takut untuk lalui fasa kehidupan di universiti yang jauh daripada keluarga. Aku takut mimpi ngeri aku jadi kenyataan. Doakan aku ye ;) Percayalah kau takkan bahagia hidup bergelumang dengan dosa.

Hati takkan pernah tenang. Pilih lah kebahagiaan dan keseronokan yang bersifat sementara atau abadi? Sekali lagi aku ulang, perjuangan ni sangattttttt beratttt.. Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Titipkan dalam hati kau yang Allah sayangkan kita. Kita adalah insan yang terpilih. Siapa tahu berkat kesabaran dan kecekalan kita menjadi asbab kita menjadi penghuni di syurga firdausi?

Allah Maha Adil. Selagi kau yakin pada Dia percayalah kau takkan mudah untuk tersasar dari jalanNya. Ni bukan ayat cliche. Tapi ni lah kenyataan Dalam Al Quran banyak kali Allah sebut mengenai kesabaran.

Yang penting jagalah solat kita. Aku pun masih berusaha untuk lengkapkan solat aku walaupun kadang solat 5 waktu aku pun tak sempurna. Dengan solat kau terlindung daripada kemungkaran.

Tak percaya try lah istiqamah dulu. Kau akan nampak hasilnya lepas beberapa bulan.

Selebihnya kalau kau rasa tak kuat, makin d3pr3ss dek masalah gay ni berjumpalah dengan kaunselor atau psychologist. Tak bermakna kau tak waras. Tapi tu lah salah satu usaha dalam perjuangan kau. Aku pun dah cerita masalah naluri aku dekat doktor psikiatri aku.

#We’refighters

#Jihad

– Mr H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *