Sifat Al-Haya’ Yang Semakin Menipis Dikalangan Wanita

Masyarakat terdahulu agak berdukacita jika diberi anak perempuan. Tak kisah dari mana-mana peradaban pun. Mereka tidak menganggap perempuan ini sebagai seorang manusia yang berharga yang wajar disayangi dan dikasihi.

Mereka menganggap wanita ni akan memalukan keturunan dan kaum keluarga. Dan sentiment begitu masih ada walaupun tidak biasa dikalangan kita. Yang masih tersisa, terdapat perbezaan layanan antara anak lelaki dan perempuan.

Yang memliki anak perempuan, jangan berduka. Rasulullah juga dah sampaikan berita gembira melalui hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,

“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,

“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Pendidikan untuk anak-anak perempuan ini sangat luas, dan satu sifat atau akhlak yang paling penting adalah Al-Hayya’.

Anak perempuan perlu dididik dengan sifat malu. Betul?

Malu macam mana yang dikatakan ‘malu’?

Dalam bahasa arab, malu itu ada dua. Satu al-hayya’, dan yang kedua al-khojal.

Al-hayya’ bermaksud perasaan dalam hati yang menghalang kita dari berbuat perkara yang keji, maksiat atau ‘aib. Kita rasa malu nak buat benda buruk.

Malu dari kata al-hayya’ ni, maksudnya semuanya baik belaka. Sebabnya al-hayya’ ni akhlak yang ditekankan dalam Islam. Hadith Rasulullah daripada Imam Muslim ada menyebutkan:

“Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah al-hayya’.”

Al-khojal pula lawan kepada Al-hayya’. Malu yang ada masanya baik, dan ada masanya tidak baik. Sekiranya kita memiliki Al-khojal secara overdose, boleh menimbulkan penyakit jiwa. Dan malu yang datang dari al-khojal ini adalah fitrah yang ada dalam diri kita. Perlu diurus dengan baik.

Contohnya Al-khojal ni bila kita nak present paper dekat conference. Kita jadi nervous, malu campur-campur takut. Padahal kita perlu sampaikan ilmu yang kita dapat dari research yang kita buat tu. Oleh itu kita perlu lawan sifat al-khojal tu.

Atau contoh lain, dalam situasi begini, seorang perempuan ni yang naik public tak sempat nak kejar koc wanita. Terpaksa duduk dekat koc campur waktu naik KTM.

Dia dapat duduk, tapi sebelah dia tu sempit ya amat. Tiba-tiba ada orang lelaki datang duduk sebelah

Dia jadi gini:

Kalau dia duduk diam takut-takut nak cakap dekat laki tu. Redha dan pasrah seadanya, itu al-khojal. Malu tak bertempat. Patut kena fight hak dia.

Tapi kalau dia menegur lelaki tu cakap ‘tempat ni sempit, tak sesuai awak duduk, dahulukan lah saya sebagai perempuan’. Atau dia bangun beredar sebab dia nak jaga jarak, maka itulah sifat al-hayya’

Kalau naik Air Asia, nasiblah hang, takkan nak berdiri sepanjang flight wei. Kalau berani (sebab al-hayya’ tu hidup), boleh lah cakap minta tukar ke, boleh ke wei?

Jadi dah faham kan?

Al-khojal ni malu yang tercela yang kadang-kadang tercela dan dikutuk sebab menghalangi kita dari melakukan aktiviti, yang halang kita dari bertanya, menghalang kita dari menuntut hak-hak kita dan boleh jatuh kepada sifat mazmumah.

Takpe slow-slow fahamkan konsep dulu. Penting untuk bezakan jenis-jenis malu ni.

Dua-dua ini (al-hayya’ dan al-khojal) adalah sifat malu. Sebagai ibu dan bapa, malu macam mana yang kita nak terapkan dalam diri anak-anak kita. Perkara ini perlu jelas. Kalau tak jelas, takut akan jadi kesilapan dalam pendidikan anak-anak nanti.

Al-hayya’ ni adalah perasaan malu dengan Allah. Ini adalah malu yang paling utama kita kena tanam kepada anak-anak. Baik lelaki mahupun perempuan. Selepas itu baru didik anak malu dengan manusia.

Dah jadi kebiasaan kita kan biasa dengar pesanan-pesanan:

“Eh, jangan buat gitu, malu kat orang nanti”

Sekarang kita cuba ubah ucapan kita

“Wahai anakku, jangan buat buat begini, sebab nanti jadi ‘aib depan Allah”

Kita yang mengucapkannya pun pasti ada rasa kelainan kan?

Jadi boleh la kita ubah. Daripada kita ikatkan perbuatan anak-anak kepada pandangan manusia, kita alihkan kepada ikatan dengan Allah.

Era social media ni lagi-lagi kena pesan dekat anak-anak. Sebab mudah betul anasir-anasir maksiat melekat.

Mungkin dikalangan rakan sebaya mereka tak hairan jika lalu iklan (yang tak diundang) drama comolot ke, iklan membuka aurat ke waktu dia tengah layan You Tube atau layan kartun dekat TV.

Benda-benda ni yang akan mencuri hati anak-anak kita ni nanti, senang bergetar hatinya melihat bahan-bahan yang pelik begitu. Ter’activate’ perasaan ingin tahu. Malulah Allah tahu mata ini pernah melihat perkara yang tak perlu.

Ish.. insof sekejap. Susah kan nak ajar kesolehah sedangkan yang mengajarkannya pun tak soleh mana, Sedih.

Belum lagi dah menginjak jadi anak gadis lagi banyak sumber yang akan mencuri hati anak-anak perempuan kita.

Anasir media social satu hal, lelaki hidung belang satu hal lain. Lelaki hidung belang yang guna media social untuk curi hati anak-anak kita, berganda-ganda lagi bahaya.

Bahaya kalau dia rasa media social itu hal peribadi. Hanya dia dan pc/ smartphone/ tablet dalam bilik dia. Sibuk mengupload gambar selepas bersolek dan mendedahkan rambut. Buat gitu tak malu pulak ye?

Sebab tu sejak dini lagi anak-anak perempuan ini perlu dididik dengan al-hayya’. Sebagai ibu bapa, gali ilmu untuk faham al-haya’ itu macam mana.

Setakat ini dulu untuk kali ini, jika bermanfaat boleh share.

– Fazirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *