Assalamualaikum. Nama aku F. Perempuan berumur 28 tahun. Berkahwin, berkerja dan ada anak-anak. Cukup kat situ pengenalan pasal diri aku.
Terima kasih kerana sudi baca confession ni. Aku tak pandai menulis sangat. Tapi aku cuba. Dengan harapan, kalau bermanfaat, boleh la korang ambik sikit dari cerita yang nak aku kongsi. Panjang juga. Harap korang tak bosan nak baca lama-lama.
Bahasa yang aku nak guna ni Bahasa pasar kita la kut. Maaf ya pencinta Bahasa baku. Aku nak bacaan kali ni dihadam santai dan ringan. Tajuk aku bagi untuk confession kali ni, pengalaman peribadi sebagai pesakit anxiety dan d3pr3ssion.
Long story short, aku terkena serangan anxiety semasa PKP ni. Aku semacam lupa dan had no idea yang aku deritai adalah anxiety. Walhal aku pernah sakit yang sama macam ni.
Aku imbas, sekitar 9 tahun lepas. Masa tu aku seorang pelajar degree di salah satu IPTA dalam negara kita. Masa aku sakit dulu, aku bincang dengan mak, disebabkan rawatan menemui jalan buntu, aku decide nak berhenti saja belajar dan apply lagi uni lain bila aku sembuh.
Eh lupa pulak nak cerita, apa symptom yang aku lalui masa tu. Aku sakit peut yang amat. Semacam bloating, pedih, macam gastrik yang teruk, macam menikam-nikam tembus ke belakang badan. S3ksa. Nak berjalan ke kelas pun terbongkok-bongkok. Akhirnya tak pergi.
Kawan-kawan suruh aku rehat di surau. Ingat lagi, waktu tengahari dorang dating hantar makanan dan tengokkan aku. Terima kasih sangat. Tu antara moment yang aku kenang dalam bersahabat.
Ada lagi, aku tak mampu siapkan diri aku nak ke kelas, kawan aku pinjamkan baju kurung dia (sebab aku tersadai di bilik dia, tak dapat balik rumah), dia pilihkan baju, pastikan aku ke kelas.
Berubat? Banyak aku cuba. Dari ustaz, sampai ke hospital pakar. Ada yang cakap buatan orang, ada ustaz bagitau ada mayat tersangkut dekat aku. Katanya aku dah terpijak tempat ‘dia’ tu. Wallahualam.
Aku semacam ikut je la ke mana family bawa aku berubat as long as patuh syariah. Tu tak masuk lagi, kawan-kawan Nampak aku makan banyak gila. Tapi dorang tak tegur. Diam-diam je. Hahaha. Seram plak kan part ni.
Pastu dorang datang ‘check’ rumah sewa aku, katanya di bilik aku memang ada ‘benda’. Nak pulak aku ni jenis suka bersendiri, baca quran lepas asar di bawah pokok rending depan umah. So ‘benda’ tu memang suka aku lah. And macam-macam lagi.
Bab hospital pulak, aku pergi banyak klinik. Entah aku sampai tak ingat. Tapi ada dua yang aku ingat. Di hospital aku jumpa Dr. check punya check, aku normal. Urine, blood test. Scan. Semua result clear.
Sampai last resort, Dr minta family aku decide nak buat scope, since ujian tu costly, dan aku takut sakit, aku bagitau mak aku rasa tak payah. Kita cuba alternative. Mak aku setuju.
Dan yang kedua aku ingat, satu klinik ni. Masa ni aku dah tak pergi kelas. Tak pasti. Rasanya cuti semester. Aku merayap sorang-sorang naik kereta. Lepastu rasa nak ke klinik. Mungkin masa ni serangan anxiety tak teruk, cuma malam-malam dan tak boleh tidur.
Aku drive dan pergi jumpa Dr ni. Aku cerita semua yang aku lalui. Berapa lama sakit, rawatan dan semua la. Dia renung dan tanya aku, aku ada kawan? Aku cakap ada tapi masa pergi kelas la.
Dr tanya lagi, aku ada jalan-jalan? Aku cakap tak de. Window shopping? Tak de. Mungkin Dr tu randomly tanya benda yang normal student buat. Aku jawab semua taka da.
So Dr minta aku cerita apa aku buat sehari-harian di kampus. Aku beritahu aku ada target, aku nak excel belajar, lepastu aku nak jadi super baik aka muslimah la.
So aku letak target aku mesti belajar all out, mengaji setiap hari satu juzuk dan solat sunat bla.. bla.. dan no excuse at all. Fullstop. Rehat tak ada. Tidur sekadar ambil syarat. Makan laju-lajau sebab pensyarah aku pernah cakap, budak pandai tak buang masa.
Dr bagitau, dia rasa aku anxiety. For the first time aku dengar perkataan anxiety dalam hidup dan aku tak tahu apakah bendanya tu. Aku tanya Dr lagi. Dr kata dia ada pesakit, datang mengadu sakit jantung, tapi bila check all clear.
Tapi dia sakit dan etika seorang Dr perlu percaya apabila pesakit mengadu sakit. Dan akhirnya tahula yang pesakit tu ada anxiety.
So Dr bagi aku ubat tidur tapi tak banyak sebab satu kesalahan jika bukan psikiari memberi ubat sebegitu kepada pesakit. Dr minta aku cari ‘seseorang’ untuk berkawan, meluahkan rasa, berseronok and whatever. Ubah gaya hidup. Aku faham dan aku berubah.
Eh tiba-tiba kau rasa panjang gila pulak membebel. Tapi memang panjang pun. Sebab semua aku rasa penting.
Ok tak pe. Korang tertanya-tanya tak aku level apa masa belajar? Aku sebenarnya asal budak biasa. Tak tahu kenapa dan buat apa nak pandai. Bila masuk uni, aku rasa eh why not aku cuba jadi pandai. Best ke ha jadi rujukan kawan-kawan, dapat dean list. Nak rasa jugak kan.
Ha dari tu la. Aku memang dapat dean list. Aku dapat biasiswa JPA, mungkin rezeki la kan, sebab nak sakit tu ko tak tahu.haha. aku belajr macamni, aku tak nak ada satu page pun aku tinggal.
Ko bayang jap, buku tebal 300 muka surat, setiap helai aku pastikan aku selak dan tahu apa benda tu. Kena hafal jugak. Hasilnya, masa aku dah terkulai balik kampong sebab sakit, dua tiga orang kawan aku call bagitau result aku dapat 100% untuk satu subjek ni.
Soalan essay. 8 soalan. Paling tinggi aku rasa pensyarah boleh bagi 98% kut. Full tak boleh like macam sempurna bak buku pulak kan. Tapi itulah aku.
Aku tak perasan, aku dah ada symptom anxiety. Maklumlah, masa zaman tu mana ada pendedahan. Internet pun ciput-ciput je. Aku teringat balik, pernah aku lupa bawa pen pegi kelas, dia punya panic tu, macam nak pengsan. Tu tanda korang tau tak. Aku tak tahu.
Sampai dah teruk, baru aku flashback and rasa oh patutla begitu dan begini. Ada banyak symptom, kang muntah pulak korang baca. Kalau nak tau lagi, request la part 2. Haha. Konpiden kan ko.
Ok. Sekarang aku sesat tak tau nak cerita part mana ni. Haha. Ha ok. So 9 tahun lepas punya cerita tu. Aku end up, ubah life style. Masa tu aku 20 tahun. Aku kahwin. Yes, kahwin okay. Dengan student juga. So dia la ‘seseorang’ yang Dr suruh aku cari. Aku namakan dia C.
Alhamdulillah. Aku ke kelas semester depan tu sebagai F yang baharu. Lebih tenang, kurang perfectionist-nya. Satu semester aku lalui dengan C, dan aku pregnant. Next semester aku holiday beranak. Berseronok jadi mak.
Dan akhirnya beberapa tahun lepastu aku dan C grad. Tapi dia awal sikit dari aku la. Ni pun korang boleh request kalau nak tau eh camne plak tetiba sakit tak sampai sebulan masa cuti sem tu jugak kahwinnya. Bila kenal yada2. Haha.
So pendek cerita, aku sembuh macam tu je. Ubah life style. Aku banyakkan beri masa pada diri. Berseronok jejalan dengan C. aku banyakkan rehat. Itu sahaja.
So berbalik kepada highlight aku kena serangan kali ni. Masa PKP ni. Ha, baru nak masuk ni tadi muqaddimah saja ya.
Aku bukan apa, aku share, sebab benda ni boleh kena kepada sesiapa sahaja, mungkin harini aku, esok ko, harini saya dan esok dia. Dan dia adalah pembvnvh senyap sumpah ko tak perasan like eh bila pulak aku d3pr3ssed. What? Anxiety??
Aku kena kali ni. Basically sebab aku belum Berjaya suaikan diri dengan kerjaya. Tak sampai setahun kerja. Dah kepulak PKP. Aku baru perasan. Sebenarnya aku release tension bila berjalan.
Aku memang takda self conscious ya. Aku tak tahu bila lapar, bila marah, bila penat, sebab aku suka jawab OK. Ni bahaya k. Ko jawab je la kalau tak ok. Lama-lama ko akan hilang self conscious.
Keliru. Tak tahu apa ko rasa. Self care. Self love. Semua kelaut cina selatan. Ha korang check la. Kalau korang ada ciri aku ni, berhati-hatilah kawanku.
Aku jenis banyak gila nak buat, padahal aku ni cepat penat. Letih. Tapi nak buat itu ini mengalahkan superman. Basically aku fikir nak buat orang keliling aku seronok. Tanpa aku sedari, aku membakar diri.
Sebenarnya tak perlula ko jadi lilin, menerangi orang dan ko cair. Ko jadi la pelita, ko terangi jugak, tapi ko tak terbakar. Cuma pandai-pandaila refill minyak tanah tu. Sama macam badan kita, kena recharge. Sebab bila jadi isteri, mak, anak, pekerja, adik, sahabat, memanglah ko akan kekeringan.
Jadi, pesan aku, jaga diri dulu. Itu sama sekali bukan sejenis self fish. Ko Cuma akan mampu jaga orang lain, bila diri ko terjaga, nanti kalau dah ko tersakit begini, ko ingat ko boleh nak jaga orang lagi?
Eh pehal aku rasa tergarang tetiba pulak ni. Tak, aku kena tegas k kalini. Dengan diri dan korang.
Jap. Sikit lagi aku nak cerita part serangan aku kalini. Aku kena gastrik. Yes aku sangka gastrik. Especially di tempat kerja. Pijak je office ko mula. Ha macam magik kan. Tapi betul. Orang anxiety memang macamni, ada benda trigger dia.
Macam aku memang tempat kerja. Dua minggu aku gastrik teruk ambil ubat berpapan habis, dua tiga klinik pergi dan aku dah mula rasa enough. Aku kenyang makan ubat. Aku bagitau Dr aku nak direfer ke hospital. Aku ingat lagi, masa aku nak pergi klinik tu, aku di office, memang sakit gila.
Kawan takde ya. Semua work from home. aku terbongkok-bongkok nak pergi klinik. Aku tunggu lift walaupun lebih kurang 30 saat, aku dah rasa macam setengah jam. Nak duduk bersila depan lift segan pulak. Aku berjalan kaki ke klinik lebih kurang 20 minit jalan kaki.
Korang jangan tanya kenapa jalan, aku tak waras kan masa tu. Tengahari. Lunch hour. Panas lit-lit. terbongkok dan aku menaham tangis dan emosi yang dasyat. Dan aku akan pastiakan Dr tengok aku menangis bila aku sampai nanti.
Seperti yang dijangka, aku bagitau Dr jangan tanya aku apa-apa lagi. Biar aku MENANGIS. Ya tuan puan. Aku minta masa untuk menangis. Sebab emosi dan fizikal aku dah tak tahan menanggung sakit. Lepastu aku bongkar sejarah 9 tahun lepas dan yes Dr tu refer aku ke psikitiari (betul ke aku eja).
Dan sekarang aku dibawah rawatan psikitiari. Dan aku dimasukkan ke wad juga ye kawan-kawan kali ni. Fuh hebat ujian kali ni. Aku nak cerita lagi. Tapi penat pulak tulis. Dan takut korang tido kalau baca.
So aku nak pesan ni la k, No 1. Jangan ragu untuk ke psikitiari. Anda takkan tiba2 rasa perlu ke psikitiari. Tengah seronok, saja nak pergi jumpa psikitiari. Tak mungkin kan? So kalau korang ada rasa tu, pergila. No harm k.
Sakit berasaskan mental ni sama je dengan macam kencing manis pe semua tu. Cuma di Malaysia, masih kurang awareness tu. Tapi aku warning korang, pastikan jiwa korang sihat. Sebab percayalah kami pesakit anxiety sangat menderita bila kena serangan.
Like kalau demam, ko makan ubat dan ko akan rasa ok, jap lagi baikla ni. Tapi anxiety tidak ya. Aku ulang, TIDAK. Ko akan sakit fizikal, dan akan ada virus pergi hack otak ko bagitau habisla ko akan m4ti. Ko takkan baik. So tu beza sakit biasa dan sakit melibatkan mental atau jiwa ni.
No 2. Kalau ko perlu ambil rawatan atau ubat. Ko steady. Sama macam mak kita makan ubat darah tinggi tu la. Ko tak yah panic sangat. Dr tahu yang terbaik. Dan ko boleh saja tanya like Dr adakah saya akan bertukar jadi hulk lepas makan ubat ni? Ok aku gurau.
Ko boleh tanya, Dr adakah saya akan bergantung sepenuhnya kepada ubat ni? Ko boleh tanya. JANGAN TAKUT.
Biasanya ko akan ada tempoh makan ubat. Dan ko akan diminta tinggalkan ubat bila Dr dah monitor and confirmkan ko dah sampai di stage normal kembali. Yes. Kita akan normal. Gembira tak? Heheh. Masa tu kita bebas. Aiyaiyai.
No 3. Kalau sebelah ko, tepi katil ko, kawan mak ko ada sakit ni, ko support la sikit bro. bukan kena bayar. Ko kena percayai apa yang dia bagitahu, kalau sakit ke. Sebab ko tengok la, patah tangan memang ko nampak. Sakit dihati siapa je yang tahui.
Sakit berasakan mental ni memang takda orang nampak ya. Nak pulak memang spesis kami menjawab SAYA OK sambil tersengeh.
Ko ingat orang tahu kami tengah sakit. Tapi kalau time kena serangan tu memang la. Aku pun dah tak cakap ok. Aku dh bertukar jadi kak limmsz. Haha. Tak aku serious. Memang sakit. Fizikal dan mental. lelah.
No.4. walaupun aku tau nasihat aku ni berterabur, aku harap korang paham la ye. Kalau aku dah bagitau ni korang tau korang ada ciri-ciri seperti diatas, bawak-bawak la ubah lifestyle tu.
Hidup ni memang kena lakukan yang terbaik. Tapi tak bermaksud ko kena lakukan sampai memudaratkan kan? Take life easy. Chill. Ada hari kita jatuh, esok kita panjat la sesame. Ok? Sayang dan jaga diri ko dulu. Tu bukan selfish la. Please. Janji k?
Ok dah la tu. Kalau korang rasa aku ni membantu, amalkan dan sebarkanlah. Kalau nak part 2 korang request la.hahahahah. ok tu je. Bye2. T.A.K.E C.A.R.E.
– F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit