Suami Dari Neraka

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Antara nikmat, ujian dan musibah dalam perkahwinan, rasanya saya sekarang di fasa menerima musibah (bala) atas perbuatan suami saya selama ni.

Usia perkahwinan kami baru 5 tahun, tapi selama 5 tahun ini lah saya ditipu dan dicurangi dia. Ketika usia kandungan masuk ke -8bulan ( anak kedua), suami kantoi selama ni ada wanita lain. Perhubungan mereka bukan sahaja di tahap bercinta, tetapi sehingga ke bilik tidur.

Ya, selama mana usia perkahwinan kami, selama itulah hidupnya bergelumang dengan zina, dosa dan maksiat. Suami menangis merayu-rayu memohon ampun dan maaf pada ketika itu.

Saya fikir siapalah saya untuk menghakimi dosa-dosa yang dia lakukan, saya maafkan walaupun hati ini berkecai habis. Dengan harapan taubat yang dia mohon bersungguh-sungguh kepada Allah swt.

Bila mengenangkan sikap dan perangai suami sepanjang perkahwinan kami, fahamlah saya. Rupanya dia tidak pernah jujur dan setia dengan saya. Seringkali anak pertama saya dimarahi olehnya ketika menggangu dia bermain handphone.

Tidak cukup itu, dari awal perkahwinan saya sering ditinggalkan pada hujung minggu dengan berbagai-bagai alasan yang dicipta. Sehingga dalam keadaan sarat pon, dia masih begitu.

Mesti para ibu sangat faham bagaimana perasaan saya, buat semua kerja rumah tanpa ditolong dan menjaga seorang anak yang berumur 3tahun (sangat lasak ) dalam waktu yang sama tengah sarat mengandung.

Alhamdulillah, saya seorang wanita yang bekerja, bergaya dan berjaya memliki aset pada usia muda. Sepanjang perkahwinan, sayalah yang banyak menanggung – dari isu rumah, bil air, bil elektrik, coway, astro, susu, pampers, belanja dapur dll sehinggalah anak sudah 2 orang pada ketika ini.

Kerap kali saya nasihatkan suami bila melibatkan isu nafkah – yakni nafkah isteri dan perbelanjaan rumah.

Suami ?? Suami boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai kadar keberhutangan sangat tinggi. Gaji dia setiap bulan habis membayar hutang “personal loan” sahaja.

Pernah saya terfikir, kenapa hidup kami selalu ditimpa masalah, dari segi masalah kewangan dan lain-lain. Setelah semuanya terbongkar, benarlah, tiada keberkatan dalam hidup jika sering melakukan dosa dan maksiat.

Setelah disiasat, wanita tersebut merupakan seorang Jururawat yang bekerja di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Tidak cukup dengan itu, ketika kandungan saya genap 9 bulan, suami memaklumkan, wanita tersebut telah mengandung.

Kali ke -2 saya lihat dia menangis, suami ada meminta wanita tersebut menggugurkan kandungan, memandangkan itu hasil perzinaan.

Namun, wanita itu tetap berkeras mahu mengandung anak luar nikah tersebut. Malahan, wanita tersebut bangga dengan perbuatan tersebut.

Keesokannya, dalam keadaan sarat, saya ke Pejabat Agama bagi mendapatkan solusi masalah rumah tangga yang saya hadapi. Kepada kaunselor saya luahkan semuanya, aduan terhadap suami dan wanita tersebut saya maklumkan.

Syukur saya dapat kaunselor yang memahami, atas saranan kaunselor tersebut, dia meminta saya settlekan urusan berpantang dan bersalin dalam keadaan tenang dan sabar.

to be continue…….

– Ms Bougainvillea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *