Assalammualaikum and salam sejahtera readers. Aku harap admin akan post confession ni and semua orang tahu apa yang aku rasa.
Aku dulu ditinggal kerja oleh mak aku masa aku umur 2 bulan. Ya aku menyusu badan mak aku tak sampai setahun pun. Aku membesar dengan ayah yang selalu takde masa untuk diluangkan masa aku kecil dulu.
Aku ni dibesarkan oleh banyak penjaga disebabkan parents aku ni bekerja dan takde siapa nak jaga aku. So kisahnya badan aku mula gemuk ni since aku duduk dengan sorang nenek ni. Dia selalu bagi makan aku sedap-sedap.
Aku ni suka makan ayam and paling tak suka ikanlah. Kalau nenek tu tak sempat masak, dia selalu order delivery nasi goreng cina. Tu badan aku makin gemuk tu.
Bila aku dah naik tingkatan 2, aku seolah-olah tak dapat kawal cara pemakanan aku. Ya, makanan dekat kantin sekolah tu semua aku dah pernah rasa and aku makan dalam porsi yang berlebihan.
Kadang-kadang tu kawan aku tegur, “Banyaknya kau makan.” tapi aku senyum jelah. Walhal aku malu bila kawan aku tegur macam tu.
Badan aku mula kembang dan dah macam badan makcik-makcik. Tinggi aku pun takdelah tinggi mana, sekadar 160 cm masa tu, and berat aku 70 kg. Ya, kau bayangkan budak 14 tahun , dah cecah berat 70 kg. Aku takde rasa apa-apa perubahan pada badan aku.
Hujung tahun 2019, mak ayah aku mula kritik fizikal aku. Mak aku ada kata “Kau ni dahlah gemuk macam lembu.” terasa habis lah aku. Tapi aku diam jelah.
Kemudian, mak aku ni selalu sangat body shaming aku. Dia cakap aku ni besar macam tong sampah lah, badan macam makciklah, panggil aku Enot. Aku serious terasa gila.
Aku pernah balas balik lepas mak aku body Shaming aku. Aku cakap, “Mak tahu tak mak tengah Body shaming saya?” Lepastu mak aku imitate aku. Aku menangis dalam bilik sebab mak aku tak faham aku.
Lepastu aku ni terasa pressure pada diri aku, mak aku selalu ungkit badan aku masa aku kecil-kecil dulu dan compare badan aku dengan kawan-kawan aku. Tak cukup dengan tu, muka aku pun dib**itkan sekali.
Ya, aku ada masalah kulit muka berjerawat disebabkan resdung. So, mak aku akan bandingkan muka kawan-kawan aku yang flawless tu dengan muka aku yang banyak sangat flaw.
Aku boleh naik stres dengan kritikan mak aku. Aku sangat-sangat terasa. Siapalah mak aku tu nak judge aku ni. Aku tak pernah nak minta untuk jadi gemuk dan hodoh macam ni.
Ayah aku juga satu kepala dengan mak aku. Jadi, aku takde tempat mengadu yang aku sakit sangat dengan kata-kata mak.
Aku mengalami mental disorder, dan aku muntahkan balik makanan yang aku dah makan. Tapi tu tak lama sebab tekak aku rasa sakit dan aku tak tahan sangat. Jadi aku berhenti buat macam tu.
Aku stres dalam 2, 3 bulan mencari alternatif nak kurus dalam masa yang singkat. Tapi tak semua diet tu aku boleh ikut. Lebih-lebih lagi diet air sahaja.
Aku khuatiri berat badan aku akan naik sebab dikatakan diet air ni takkan bertahan lama sebab metabolisme kita akan berkurang dan menyebabkan makanan sukar untuk dibakar.
Jadi aku pun give up. Aku mula makan tak ikut porsi yang sesuai dan berat badan naik lagi sampailah 78 kg. Tahun ni ya, aku dapati memang berat badan aku naik mendadak, dan orang-orang mula tegur aku termasuk senior aku sendiri.
Malu? Memang malulah. Cikgu aku sendiri pun kadang-kadang tegur cara aku makan depan kawan-kawan aku. Panas muka aku ni.
Makanan yang kat atas meja tu aku tengok je. Aku ingat nak buang, yelah dah orang tengok aku makan, tapi nanti membazir pula. Jadi aku terpaksa teruskan makan.
Aku sekarang masih berhadapan dengan kritikan dan body shaming oleh mak ayah aku. Membuatkan aku betul-betul terasa hati dan meninggalkan bekas di hati aku.
Pada mulanya, aku bercerita dekat kawan-kawan aku pasal mak ayah aku body shaming ni, diorang sendiri pun tak percaya.
Hari ni aku dah mula start diet. Alhamdulillah haru pertama diet, aku mampu control pengambilan makanan secara berlebihan. Tadi pun ayah aku bawa balik durian, aku makan dua ulas je, lepas tu aku masuk bilik.
Doakanlah aku supaya aku dapat badan ideal aku. Aku harap hidup aku berubah selepas aku berdiet dan kuruskan badan.
Terima kasih sebab membaca luahan aku. Aku harap korang yang diluar sana yang ada kisah sama macam aku, bolehlah korang survive dalam keluarga yang suka judge dan kritik fizikal ini.
– Calico (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit