Untuk part I, (https://iiumc.com/hutang-akhirat/).
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku ada post baru ni berkenaan hutang akhirat.
Ada beberapa orang komen dan aku selalu nampak komen macam tu bila orang post luahan mengenai ketagihan p0rn0 dia.
Jujur, kau takkan tahu dan faham apa yang orang-orang macam ni struggle nak lawan nafsu dalam diri dia. Sama je macam orang yang minat sesama jenis. Ini semua kejahatan yang dalam diri kita sendiri. Nafsu yang tak nampak yang sentiasa menghasut kita.
Nabi sendiri ada ajar doa untuk dijauhkan daripada nafsu yang jelik. Bila ada yang komen tak takut ke m4ti bila buat benda macam tu sorang-sorang?
Duduk sorang-sorang tu kau sorang je buat benda tak elok. Orang lain ok jek. Perbuatan ini kalau tak kena kat kau, kau memang boleh cakap macam ini.
Waktu bersendirian ni macam-macam bermain dalam kepala. Waktu inilah kau suka stalk kesalahan orang lain, waktu inilah kau mula explore diri kau sendiri, waktu inilah kau mula macam-macam.
Iye, ada orang waktu sendirilah dia beribadah.. Itulah beza ujian masing-masing.
Bukan senang orang yang dah berpenyakit ini nak sembuh. Jadi aku pesan siap-siap elakkan atau kurangkan duduk bersendirian, kau tak tahu selagi kau tak diuji.
Sebab tu aku dulu sibukkan diri aku dengan aktiviti outdoor, volunteers… Bila kita tengok alam, tengok orang lain kita akan sedar dalam hidup ini banyak tujuan. Bukan sibuk puaskan nafsu sendiri je.
Nasihat aku ini terpakai untuk orang yang berpenyakit macam aku. Orang yang tak diuji kau mungkin tak faham, tapi janganlah melemah dan mengeji sikap kami ini.
Kami sendiri struggle nak lawan, tambah orang macam kau yang tambah rasa bersalah kami. Kau tak faham kan?
Siapa yang pernah alami masalah macam aku, nasihat aku banyakkan bersedekah… Masa sedekah tu niat; Ya Allah lemahkan nafsu ku, ya Allah terimalah taubat ku, ya Allah kuatkan keimanan aku, ya Allah bantulah aku.. Bantulah aku…
Kita nak lawan diri sendiri ni memang perlukan Allah. Orang lain tak faham, lagi dikecam kau… Orang lain akan tanya kenapa kenapa kau buat? Tahu kan dosa? Salah?
Kau akhirnya akan rasa lebih bersalah pada diri kau. Kau langsung nanti salahkan Tuhan sebab uji kau macam ini dan tak bantu kau. Walhal kau terkesan dengan sinisnya manusia yang suci daripada diuji penyakit ini.
Yang ada niat nak berubah, mula sekarang. Tak apa jika terjatuh, tapi cepat bangun. Bila sekali terjatuh, bangun dua kali. Denda diri. Kalau aku buat lagi, aku kena solat sunat taubat dua rakaat. Banyak kali aku buat, banyak kali aku gandakan solat taubat aku.
Nafsu ini bila kita lawan dia, dia akan lemah. Bila kita ikut nafsu ni, dia akan jadi TUAN kita. Tak kisah kau gay, kau lesbian, kau kaki p0rn0.. Ada niat nak berubah, cuba ikut nasihat aku ini.
Sampai satu tahap kau sendiri akan rasa tahap kesihatan kau merosot.. Badan rasa lemah, otak rasa tepu, hari hari kau rasa tak bermaya.. Itu semua kesan sebab bertuankan nafsu.
Percayalah, aku dah lalui semua itu. Bukan mudah nak berubah, tapi kena kuat usaha untuk diri kau, masa depan kau dan akhirat kau.
Apa apa sekalipun penyakit, masalah yang orang kongsi pertama sekali dengar.. Tak tahu nak cakap apa peluk.. Bila cakap sabar, bila cakap kau je macam tu.. Serius, kau tak membantu langsung. Bahkan kau lah orang yang menambahkan lagi beban orang.
Setiap orang ada masalah masing-masing. Sebenarnya bila kau dah dengar, kau bagi nasihat pun dah cukup. Tak perlu nak menyalahkan, atau tambah beban dia.
Aku tulis kali ini nak betulkan fahaman orang yang ‘suci’ daripada penyakit ini. Syukur, syukur kau tak diuji macam ini. Sakit ini berdarah dalam hati, kadangkadang sampai benci diri.
Akhir sekali, sama-samalah kita jaga aurat kita, jaga pandangan, jaga hati kita daripada rasa suci dan baik.
Terima kasih admin jika publish luahan hati ini. Aku sangat hargai medium macam ini untuk berkongsi nasihat dan cerita hidup yang tak semua orang rasai. Yang baik, ambil lah. Yang buruk juga tataplah.
Hidup ini setiap hari diuji dengan sesuatu yang tidak disangka dan dijangka. Allah uji sebab syurga itu mahal.
Doakan aku, doakan saudara-saudara kita yang diuji dengan penyakit akhir zaman ini. Peperangan dengan diri sendiri. Moga Allah jaga kita. Aamiin.
– Hamba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit