Aku tak tahu kenapa aku tulis semua ini. Mungkin sekadar nak luahkan apa yang terbuku di mindaku. Aku adalah anak bongsu dari 5 beradik. Kami dibesarkan oleh mak aku setelah ayah menceraikan mak, waktu aku masih di bangku sekolah rendah lagi.
Aku tak berapa ingat apa yang terjadi pada hari itu, namun ikutkan cerita abang dengan kakakku, mak dan ayah bercerai kerana ayah terpikat dengan seorang wanita dari kalangan orang berada.
Ya, keluargaku adalah kelas pekerja. Hidup kami tidaklah sampai tidak cukup makan, dapur tak berasap begitu, kami hanya mampu membayar bil bulanan, cukup barangan dapur.
Pemergian ayah dari hidup keluargaku sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang amat mendalam kerana kami hilang seorang pencari nafkah. Tapi aku, salute mak aku, menjadi ibu tunggal, mak aku mampu menyekolahkan kami hingga ke universiti.
Aku sekarang dah berumur menjelang lewat 20an. Dalam sepanjang tempoh hidupku, aku selalu memerhatikan semua orang di sekeliling aku. Orang yang aku selalu perhatikan adalah mak aku.
Maklah yang selalu berada di sisiku sepanjang hayatku. Kalau aku ingat balik, selepas penceraian itu, mak aku lebih bekerja keras. Abang-abang dan kakak-kakak aku pada hujung minggu akan buat kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Aku pula dilarang buat kerja sambilan. Abang-abang dan kakak-kakak aku, mereka tidak membenarkan aku untuk buat kerja sambilan di luar, tetapi untuk bantu mak di rumah.
Di rumah aku selalu tolong mak mengemas rumah, memasak, mengemaskini buku lejar perbelanjaan dapur. Itulah sahaja yang dapat kubuat untuk membantu emak.
Waktu aku meperoleh 5A dalam UPSR, aku ditawarkan untuk belajar di SBP, namun mak melarang aku untuk pergi. Kerana alasan mak, aku masih tidak mampu berdikari. Abang-abang dan kakak-kakakku pun setuju. Tetapi alasan itu tak berapa munasabah bagiku.
Jadi aku korek cerita dari abang aku yang No.3. Setelah aku “rasuah” No.3 dengan top-up RM10, abangku bagitahu yang mak aku tidak benarkanku untuk pergi belajar di SBP, kerana mak aku tak sanggup untuk hilang lagi seorang yang dia sayang dari sisinya.
Aku terdiam, betul ke mak pernah kata begitu? Mak aku adalah seorang yang penuh rahsia.
Di sebalik senyumannya penuh dengan duka yang mendalam. Mak aku tak pernah meroyan hilang akal, mahupun buka cerita. Mak adalah seorang wanita yang “full of composure”. Jadi memang susah untuk aku bayangkan yang mak aku akan buka cerita.
Tetapi aku pernah beberapa kali mendengak mak aku menangis, waktu aku melewati bilik tidur emak di larut malam untuk pergi ke bilik air.
Apabila aku nak sembang dengan mak akan hal itu, mak cuba untuk mengelak dari bercerita. Mak menepis persoalanku dengan bertanya akan progresku di alam sekolah, atau bertanya akan perbelanjaan keluargaku.
Selain dari bekerja sebagai “technician”, mak aku juaga berniaga nasi lemak. Gaji technician dan kerja sambilan abang-kakakku tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluargaku. Jadi mak berniaga nasi lemak, dengan menjualnya di warung berdekatan.
Yang menjadi “mangsa” mengupas bawang, memotong cili kering adalah abang No.1 dan kakak No.2 ku. Aku amat beruntung mempunyai abang-kakak yang mampu memikul beban bersama mak aku. Seperti setiap perniagaan, ada untung-rugi nya.
Kadang-kadang kami rugi banyak. Dan apabila itu berlaku, mata mak akan mula nampak merah; mungkin sebab kerap kali menangis. Kami adik beradik cuba sedaya upaya untuk menceriakan mak, kadang-kadang kami ajak mak berjalan-jalan di tepi pantai, pergi berkelah di air terjun.
Aku takkan mampu merasai berapa banyak beban yang makku tanggung, namun aku tahu beban yang dia tanggung adalah besar. Umpama putaran jam dinding, hidup kami sebegitu, hari demi hari, tahun demi tahun.
Fast-forward, aku sekarang menuntut di universiti sebagai pelajar pascasiwazah. Mak aku masih lagi bekerja kuat, masih lagi berniaga nasi lemak, namun akan berpencen dari post techniannya.
Abang No.4 ku pula masih menemannya di rumah, kerana No.4 membuat keputusan untuk tidak menyambung belajar, dia membuat keputusan untuk mewarisi perniagaan mak aku.
Abang No.1 sudah berkeluarga dan menetap di utara, Kakak No.2 pun sama, sekarang bekerja di KL. Di hari pernikahan bagi kedua-dua abang No.1 dan kakak No.2, makku tersenyum lebar.
Entah, baginya, mak telah berjaya membersarkan dua orang anak yang baik. Di hari pernikahan abang No.1, abang berjanji untuk tinggal dekat dengan mak, dan membuat keputusan untuk menolak tawaran bekerja di Pulau Pinang.
Namun, setelah mak tahu akan itu, mak mendesak agar No.1 menerima tawaran itu, so sampai sekarang No.1 masih menetap di utara semenanjung. Bagi mak, yang penting adalah kestabilan keluarga yang abang No.1 telah bina.
Kakak No.2 setelah berkeluarga, dikurniakan dua cahaya mata. Setiap hujung bulan kakak No.2 akan bawa keluarganya balik ke rumah emak.
Mak sangat sayang akan dua orang cucunya itu. Tiap kali, sekiranya mereka balik, mereka akan tidur di bilik tidur mak. Kehadiran mereka membuatkan mak gembira. Aku pun tumpang gembira.
Namun sejak akhir-akhir ni, aku sedikit sebanyak resah akan mak. Mak semakin tua, umur mak mencecah lewat 50an. Kalau ikutkan, jangka hayat orang Malaysia mencecah 78 tahun. Aku semakin bimbang akan jumlah masa yang ada untukku bersama mak.
Mak tak pernah meninggalkan kami adik beradik. Maklah yang banyak buat “sacrifice to the whole family”. Aku tak minta apa-apa, cukuplah untuk aku gunakan masaku bersama mak. Senyuman mak, dengat kedut di kening nya, suaranya, aku akan sentiasa merindui semua itu.
Rinduan itu membuatkan aku selalu “homesick”. Rinduan itu juga membuatkan aku takut. Takut untuk kehilangan mak suatu hari nanti, apabila masanya dah tiba.
Aku tidak dapat membohongi kata hatiku yang aku tak nak berkahwin semata-mata nak menjaga mak di hari tuanya (walaupun ada abang No.4 untuk menjaganya). Kebahagiaan maklah yang paling penting buatku.
Suatu hari, di petang hujung minggu yang mendung, aku bertanya kepada mak. “Mak… Mak, bahagia tak?”,
Mak menjawab, “bahagia. Kenapa tiba-tiba bertanya?”
“Tak adalah mak, saja je bertanya.”
“Tiqa, tahu tak, mak tak pernah menyesal akan hidup dan keputusan mak. Kerana bagi mak, semua itu memberikan kebahagiaan kepada mak.” Mak tersenyum.
Aku terkedu, mak tak pernah “buka cerita”.
“Mak rasa sangat bahagia. Kebahagiaan mak terletak pada kebahagiaan anak-anak mak. Suatu hari nanti, kalau mak dah tak ada, mak nak korang adik beradik hidup bahagia OK? Kalau dah berkeluarga nanti, jagalah rumah tangga Tiqa dengan baik tau! Jangan jadi macam mak!”
“Kenapa ni mak? Tiba-tiba je!” Air mataku mula menitis. Kata-kata mak itu cukup menyentuh perasaanku.
“Tiqa, nak tahu tak? Waktu ayah melafaskan cerai dahulu, hati mak hancur. Mak tak tahu nak buat apa. Mak tak tahu nak menyara korang lima adik beradik berseorangan. Masa itu, dalam fikiran mak hanyalah lafaz nikah dengan ayah Tiqah.
Mak cuba nak ingat balik, waktu mak dengan abah bersama. Mak cuba cari di mana silap mak, sampai abah nak ceraikan mak. Mak cuba nak selamatkan rumah tangga mak yang mak dan ayah telah bina.
Tetapi mak buntu. Mak tak tahu di mana salah mak, apa yang mak telah buat, sampai ayah Tiqa cari perempuan lain. Tetapi, mak mengalah, kerana ayah betul-betul terpaut akan perempuan itu. Mak tak mampu nak bermadu. Ayah Tiqa pun sama. Jadi kami bercerai.
Selepas tu, mak tak kuat, tetapi mak tahu, mak nak buat yang terbaik untuk sara anak-anak mak. Mak betul-betul bahagia sekarang. Abang dengan kakak Tiqa dah berkeluarga, bekerja. Tiqa pun dah boleh hidup sendiri. Mak rasa bahagia akan semua itu.” Mak tersenyum.
Senyuman mak itu menyejukkan hatiku. Mak tak pernah ceritakan segalanya padaku. “Tapi mak, Cuma abang No.1 dan Kakak No.2 je yang dah kerja, dah berkahwin.” Jawabku.
“Ye, mak tau. Abang no. 4 akan kahwin tahun depan. Mak dah sembang ngan abang no.4 tadi. Lepas tu, giliran Tiqa. Tiqa kena kawin tau. Tiqa dah nak cecah umur 30. Mak nak timang cucu. Mak nak masa raya, rumah mak penuh dengan cucu.” Sambung mak lagi.
Aku terkedu. Mak dah set her mind yang aku kena kahwin. So aku nak lari dari sembang dengan mak pasal aku kena kawin, aku terus tanya mak. “Tapi mak, abang no. 3 kena kahwin dulu sebelum Tiqa. Takkan Tiqa nak kawin cepat.” Balasku.
Muka mak terus berubah. Dari senyum terus bercampur dengan linangan air mata. “Tiqa tahu tak abang No.3 dah bercouple?” Aku menggelang kepala buat-buat tak tahu. “Ye ke. Mak tahu!” Aku terdiam. Alamak mak tahu! Rahsia abang No.3 pecah?
Aku bisu seribu bahasa. “Mak tahu yang abang No.3 bercouple dengan rakan bola sepak sekolah menengah dia dulu”. Aku cuba nak mempertahankan abang No.3. Macam mana mak boleh suspect?
“Tapi mak, dorang cuma best friend je kan? Abang No.3 bukan gay la mak! Abang No.3 straight! Tak de bengkang bengkok!” Aku masih lagi mempertahankan abang No.3 ku dari jadi suspect mak. Aku tak nak mak jadi resah dan murung kerana abang No.3 aku bercouple sesama jenis.
Aku tahu abang No.3 bercouple dengan best friendnya, selepas ternampak gambar mesra dorang kat handphone abangku, so aku confront abang No.3, nak tak nak abang No.3 come clean, jadi dia bagitahu segala-gala. Aku janji dengan abang No.3 yang aku takkan pecahkan rahsianya.
“Mak masih ingat lagi, waktu abang No.3 dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Eropah. Waktu tu abang No.3 jadi resah. Abang No.3 gembira, tetapi sedih. Perasaan abang No.3 bercampur baur. Mak syak sesuatu, tetapi mak cuma perhatikan sahaja.
Sampailah suatu hari, abang no.3 bergegas keluar rumah, kemudian balik menghempas pintu dan mengurung diri di bilik sehari suntuk. Kemudian kawan abang No.3 sampai. Mak biarkan dorang settlekan masalah dorang. Dari situ mak pasti dengan apa yang mak syak.”
Aku terdiam lagi. Aku tak sangka mak aku tahu akan semua itu. “Tiqa, kalau tiap-tiap hari raya, orang yang first datang rumah siapa?” Tanya mak.
Aku berfikir sejenak. “Kawan abang No.3” Jawabku.
“Tiqa nampak tak apa yang mak nampak?” Aku menggeleng. “Waktu kawan abang No.3 tu masuk beraya kat rumah kita, muka abang berseri-seri seakan-akan gembira dengan kehadiran kawan abang No.3.
Mak tak pernah nampak muka abang No.3 macam tu tanpa kehadiran kawannya itu. Kalau dorang betul-betul bercouple, mak harap dorang betul-betul jaga diri dengan baik.
Mak tahu, kita duduk di Malaysia, bukan di negara barat. Hubungan sejenis bukan satu tuntutan agama.” Air mata bergelinangan di mata mak. “Tetapi kalau mak lihat muka abang No.3, mak tak sanggup untuk menegur akan pilihan abang No.3. Mak hanya mampu berdoa, Tiqa.”
Aku terdiam lagi. “Tapi tu dari sekadar pandangan mata mak saja.” Aku cuba lagi.
“Sebagai seorang ibu. Mak tahu akan semua perihal anak-anak mak. Setiap rahsia anak-anak mak, mak tahu. Apa yang anak-anak mak buat, mak tahu. Mak yang besarkan anak-anak mak.” Kata mak lagi.
Aku terdiam lagi. Aku tak tahu apa yang patut ku bagi tahu mak.
Sekali lagi, aku tenung muka mak. Kedut di wajahnya tampak. Inilah mak aku. Mak yang selalu menjaga kami adik beradik. Mak yang selalu jaga makan minum kami. Mak yang tahu akan perihal diri kami yang kami sendiri pun tak tahu.
Perbualan aku dengan mak pada hari itu membuatkan aku resah. Itulah perbualan yang tiba-tiba memberikan kesan yang mendalam pada diriku.
Aku tak tahu apa yang perlu ku lakukan. Aku sekadar ingin membahagiakan mak. Pemikiran ku buat masa ini terganggu. Aku takut akan kehilangan mak. Mak yang ku lihat dari kecil sampai ke besar; banyak yang aku tak tahu akan diri mak.
Ya Allah, panjangkanlah umur seorang insan yang ku kenali sebagai emak. Ampunkanlah dosa-dosa nya. Ya Allah, aku hanya manusia biasa yang menumpang hidup di muka bumi ini, ampunkanlah dosaku,
Selamatkanlah orang tuaku yang banyak berkorban untuk adik-beradikku. Lewatkanlah masa ajalnya kerana diriku ini masih tak ingin untuk berpisah dengan dirinya. Ya Allah, ku masih ingin menaptapi senyuman mak.
Entah. Banyak yang terbuku di fikiranku. Inilah luahan hatiku. Aku tak tahu, jikalau hanya aku seorang yang mempunyai close relationship dengan mak, sampaikan aku takut untuk meninggalkan mak sendirian.
Aku janji dengan diriku yang akan bawa mak pergi ke Cordoba, Sepanyol. (Mak pernah sebut, yang impian dia adalah untuk pergi ke Cordoba, kerana ayah pernah berjanji untuk bawa mak melancong ke sana, tapi dorang tak jadi pergi)…
– T!Qa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit