Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum semua. Aku hanya menggelarkan nama panggilan ku sebagai ‘N’ sahaja. Maaf andai kalian rasa cerita ini agak bosan dan mungkin dah biasa membaca cerita sebegini rupa.

Aku merupakan seorang remaja belasan tahun. Cukup lah sekadar belasan tahun sahaja aku meletakkan disini.

Aku telah di diagnosis mempunyai penyakit kronik setahun yang lalu pada November 2019. Cukup sahaja aku gelarkan penyakit kronik kerana aku taknak orang judge aku kenapa dapat sakit itu.

Pada awalnya aku tidak menyangka aku bakal menghadapi penyakit ini meskipun baru belasan tahun. Usia yang cukup muda untuk menghadapi penyakit yang boleh ku katakan sangat berbahaya dan boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Aku telah dimasukkan ke dalam wad kelas kedua di hospital selama 4 hari 3 malam bersama salah seorang pesakit yang accident ketika itu iaitu makcik berbangsa india. Hanya aku dan makcik itu sahaja yang berada di dalam wad tersebut.

Begitu ramai yang melawat makcik itu sehingga kan tak terkira ramai nya yang melawat dirinya. Sedangkan aku? Keseorangan daripada pagi sehingga menjengah pada petang hari.

Mama dan Ayah bekerja sendiri dan sememangnya mereka sangat sibuk dipagi hari. Aku tak memaksa mereka datang melawat ku sebab aku tahu nafkah dan tanggungjawab mereka lebih penting.

Hanya waktu petang sahaja mereka boleh melawat diriku. Itu pun sudah buat aku cukup gembira dapat menatap wajah mereka yang sangat risau tentang anak mereka.

Ada satu ketika aku masih ingat aku ingin menelefon Mama pada pagi hari kerana rindu yang teramat. Meskipun baru terpisah beberapa hari tetapi aku terasa sangat kosong dan sepi. Dapat mendengar suara Mama pun cukup buat aku lega dan hampir menangis.

Aku bukan lah anak yang terlalu manja tapi adakalanya aku manja juga. Aku merupakan anak harapan keluarga dek kerana aku adalah anak yang ketiga. Mama dan Ayah memang boleh mengharapkan aku. Pergi kedai ke, tolong Mama ke semua aku boleh buat.

Selepas aku telah keluar daripada hospital aku lebih bermuhasabah dan menjaga segala pantang larang. Aku terpaksa menelan beberapa biji ubat setiap pagi dan malam non-stop selagi doktor tak menyuruh aku berhenti daripada mengambil ubat.

Mula-mula rasa okay sebab tak sabar nak sihat macam dulu. Tapi lama kelamaan rasa muak, malas, tak suka dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang terlupa nak minum ubat badan jadi lesu dan terasa pelik sangat. Seolah macam bukan diri sendiri. Tapi demi kesihatan diri aku teruskan perjalanan yang berliku dan sukar ni.

Mungkin ini petanda daripada Allah. Dua hari sebelum aku dimasukkan ke dalam wad hospital aku telah bermimpi berjumpa doktor dan dimasukkan ke dalam wad.

Bangun je daripada tidur terasa sangat real mimpi tu seolah-olah memang benar terjadi. Dan rupa-rupanya memang mimpi itu adalah satu kenyataan. Aku redha.

Setiap malam di hospital rasa nak menangis je manjang. Mula lah rasa menyesal menguasai diri. Rasa down teramat sangat. Bila mana aku memberitahu sahabat-sahabat ku mereka sangat supportive dan memberikan semangat untuk terus tabah dan sabar.

Kadang-kadang dapat sahabat atau kawan yang macam tu pun adalah rezeki yang kita tak nampak depan mata. Alhamdulilah aku bersyukur.

Berbalik daripada tajuk diatas “Kasih Sayang Tuhan” itu sememangnya layak untuk aku yang bergelar pendosa tanpa nokhtah. Aku pernah tak solat beberapa hari lama kelamaan jadi beberapa bulan. Setiap kali Azan berkemundang je memang otak aku dah set aku malas nak solat.

Astagafirullahalazim. Betapa berdosanya aku. Satu kewajipan umat Islam aku buat sambil lewa dan leka. Mungkin asbab aku dapat penyakit ni aku mulai dekat dengan Allah.

Aku mula solat walaupun solat ku culas. Kadang-kadang dua waktu kadang-kadang tiga waktu. Tak pernah cukup solat lima waktu ku. Entah lah terasa sangat susah untuk aku tunaikan kewajipan ini.

Aku makin istiqomah walaupun kadang-kadang terlalai juga. Tapi bagi aku Allah menghadirkan sebuah ujian itu untuk buat kita lebih dekat dengan Nya. Aku lupa Allah saat aku berada diatas. Hanya ingat ketika berada dibawah.

Bila mana ujian ini buat aku tersentak dan terkedua aku jadi lebih sabar dan tabah untuk meneruskan kehidupan.

Benar lah kasih sayang Allah itu sebenarnya sangat luas. Tidak kira lah kita pendosa atau pun ahli beramal. Allah berkehendaki kepada sesiapa sahaja untuk merasai kasih sayang dan cinta dari Nya.

Sehingga kini aku masih cemburu dengan kesihatan orang lain. Teringat tentang diriku yang masih sihat ketika dulu.

Mohon doakan diri ini supaya cepat sembuh dari penyakit ini dan diberikan kekuatan untuk melawan penyakit ini.

Akhir kata, saya memohon maaf andai saya terpaksa menggelarkan diri sebagai ‘Aku’ kerana itu lebih selesa. Terima kasih sudi luangkan masa sebentar baca confession ini walaupun tak seberapa.

Kesihatan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Jaga lah diri anda sebaik mungkin.

Yang ikhlas,

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *