Untuk part I, (https://iiumc.com/engkau-
Untuk part II, (https://iiumc.com/engkau-
Assalamuaikum. Terima kasih pada siapa yang minat dengan cerpen Engkau yang Berdosa tu sampai suruh sambung. Hehehe.
……………………………………..
RAISYA membuka pintunya setelah diketuk berkali-kali. Jun! Dia hanya memandang wajah kawannya, tanpa reaksi.
“Jom, makan. Lisa masak tomyam. Kan kau suka.” Kata Jun dengan senyuman membuatkan Raisya berkerut. Semalam bukan main lagi mereka bergaduh, tapi Jun berlemah lembut pula hari ini.
“Kenapa panggil aku makan?” Tanya Raisya. Risau juga dia, takut-takut kalau mereka letakkan racun dalam makanannya. Sepatutnya Jun marah, tapi tiba-tiba ajak makan pula.
“Lah. Dah hari-hari kita makan sama kan. Tak kan hari ni nak makan asing-asing? Jom lah turun.” Kata Jun lagi. Raisya tak pasti sama ada Jun benar-benar ikhlas atau ada muslihat di sebaliknya.
“Kau sepatutnya marah. Kenapa ajak aku makan?” Tanya Raisya lagi, tidak berpuas hati.
“Sebab Nabi tak ajar kita musuh dengan orang. Jom makan. Cepat lah.” Ajak Jun lagi. Raisya lantas menarik tangan Jun ke dalam bilik lalu menutup pintu membuatkan Jun kebingungan.
“Kau betul dah berubah ke? Kenapa? Tapi aku tak nampak kau berubah. Alisa je asyik cakap yang kau dah lain. Aku nampak kau sama je. Pakaian pun sama, perangai pun sama.” Tanya Raisya, semacam ingin mengecam lagi.
“Aku tak mintak untuk orang nampak. Dan aku tak mintak untuk orang puji. Biar Allah je tau, itu dah lebih dari cukup dah. Aku berubah pun sebab kau yang tolong. Tapi sebenarnya aku pun confuse.
Kau punya bersungguh-sungguh bantu aku nak berubah, tapi lepas tu kenapa kau maki aku kaw-kaw eh? Tu je yang aku tak faham.” Tanya Jun.
“Aku tolong kau? Bila masa? Aku tak pernah buat apa-apa.” Soal Raisya kembali.
“Eh? Novel Letters to Love tu kan kau yang bagi aku. Cuma kau tulis dekat situ jangan bagi tau siapa-siapa. So, aku diamkan je lah.
Aku terima kasih senyap-senyap lepas kau bagi novel tu kau senyum je. Aku anggap kau terima lah terima kasih aku tu.” Jawab Jun. Kerutan di dahi Raisya semakin memekat.
“Heh? Aku bagi? Kau cakap apa ni. Aku mana pernah bagi kau novel macam tu.” Jawab Raisya. Kini giliran Jun pula yang berkerut.
“Biar betul kau ni. Kan kau letak paper bag depan pintu aku. Siap dengan surat bagai. And kau jugak yang suggest untuk aku jumpa Ustazah Najah. Belajar agama dengan dia. Kau selalu kirim aku surat tapi kau cakap jangan balas dan jangan apa-apa pasal surat tu sebab kau malu.”
“Kau jugak yang suggest untuk aku beli terjemahan Al Quran tu, and kau bagi aku hadiah tudung labuh. Sebab tu aku nak berubah Sya. Sebab aku tengok kau baik sangat dengan aku. Aku…”
“Wait wait. Chop. Sekejap. Apa? Kejap. Aku tak faham ni. Bila masa aku bagi semua tu dekat kau? Ustazah Najah tu siapa?” Tanya Raisya, terus memotong cakap Jun sebelum dia menghabiskan ayat.
“Lisa tak ada lah. Jangan lah nak buat muka macam tu.” Kata Jun seraya ketawa kecil membuatkan Raisya bertambah hairan.
“Sya, aku nekad nak berubah ni sebab kau tau. Semalam je aku down sikit. Aku tau selama ni kau selalu tegur aku dengan kasar, tapi aku tak layan sebab aku kecik hati. Bila kau bagi barang-barang tu aku anggap kau guna inisiatif lain, cuba cara lembut untuk aku berubah. And it works!”
“Dan aku nak terima kasih dekat kau, sebab apa yang kau buat lepas tu betul-betul buat hati aku tersentuh.
Aku kalah dengan kebaikan kau, sebab tu aku bersungguh nak faham Islam dengan lebih mendalam. Walaupun aku tau, pakaian aku masih belum sempurna. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha.” Sambung Jun.
“Jun aku tak berlakon. Aku tak faham. Aku tak pernah bagi satu apa pun barang yang kau sebut tu. Satu sen pun aku tak pernah keluar duit untuk kau. Aku nak tipu buat apa. Tipu tu dosa. Dosa masuk neraka. Kau jangan nak buat cerita lah Jun.” Kata Raisya.
Mulut Jun sedikit ternganga, keliru dengan apa yang didengar dari mulut Raisya sendiri.
“Kau tau cara aku dakwah. Aku tak percaya dakwah lembut masih valid zaman sekarang. Kau je anggap aku kasar, tapi aku tak kasar pun. Ramai je orang boleh terima. Zaman sekarang semua orang guna dakwah sentap.
Kau cakap apa ni? Tak ada makna aku nak bagi buku bagai dekat kau. Nak guna inisiatif lain lah apa lah. Aku tak buat macam tu.” Kata Raisya, terlalu berterus terang.
“Tapi kau berubah sebab tu?” Tanya Raisya lagi. Jun hanya mengangguk dalam keadaan masih berfikir. Siapa yang bagi kalau bukan Raisya? ‘Lisa ke?’, tanyanya sendiri dalam hati.
Mereka hanya diam untuk beberapa ketika. Hanya bunyi nafas masing-masing yang kedengaran. Tiba-tiba Jun mengangguk-anggukkan kepalanya dan matanya merenung ke satu tempat, namun tidak fokus kepada apa yang dipandang.
“Aku dah faham sebabnya sekarang. Kau tau, dah tiga bulan aku belajar Islam dengan Ustazah Najah. Dia tak pernah judge aku apa-apa. Dia bantu aku dalam semua benda.
Dan dia selalu doakan kau sebab aku selalu cerita pasal kebaikan kau. Dia kata kau kawan yang baik.” Kata Jun. Matanya dialihkan tepat memandang Raisya.
“Dalam tiga bulan aku belajar tu kau busy dengan kerja. Kita jarang lepak lama-lama, cuma waktu makan je kita wajib berkumpul.
Sebab tu ‘kau’ cuma bantu aku dari benda yang ‘kau’ bagi. Bila kau datang bilik aku petang semalam dan terus marah aku, aku confuse. Kau kata kau dah lama sabar.
Kau marah aku baca novel yang kau sendiri bagi. Kau marah aku belajar bahasa Korea, bukan bahasa Arab padahal selama ni kau support. Kau maki aku teruk. Sampai ke malam kau maki aku.
Bila kau cakap kau tak pernah bantu aku, baru aku faham kenapa kau maki aku macamtu. Sebab kau dan sifat judgemental kau memang tak dapat dipisahkan.
Aku yakin yang semua ni kerja Lisa. Siapa lagi kalau bukan dia. Dalam rumah ni ada tiga orang je. Tapi kau, cuma tau nak marah dan buruk sangka tanpa support aku berubah! Mulut kau jahat!” Kerutan di dahi Raisya bertambah. Sakit hati mendengar apa yang Jun katakan.
“Bagus jugak lah benda ni jadi. Sekurang-kurangnya aku tau siapa kawan siapa lawan. Dan aku yakin Lisa gunakan nama kau, sebab tak nak aku terus kecik hati dengan mulut kau.
Usaha dakwah Lisa dah berjaya dengan senyap. Dan usaha dakwah kau? Kau sendiri lah jawab.” Kata Jun panjang lebar.
“Aku cuma cakap benda betul. Dan cara dakwah aku tak salah. Lisa menipu, dia berdosa. Dia menyamar jadi aku. Dia berdosa. Dan sekarang kau nak menangkan dia pulak? Dia berdosa sebab menipu kau.” Kata Raisya.
“Dia berdosa atau engkau yang berdosa dalam diam? Muhasabah lah. Jangan terpedaya dengan hasutan syaitan. Terima kasih sebab berterus terang dan terima kasih sebab maki aku. Aku hargai semuanya.” Kata Jun lantas terus keluar bilik itu.
Hatinya kecewa. Namun dia juga bersyukur dalam masa yang sama. Bersyukur dapat kenal siapa sahabat sejati, dan siapa yang perlu dijauhi.
Usaha dakwah sentap memang tak pernah berkesan untuk Jun. Cuma Raisya yang asyik perasan dakwahnya adalah yang terbaik.
Tiada yang lebih baik daripada cara Rasulullah, iaitu dengan berlemah lembut dan hikmah. Bukannya asyik cerita tentang dosa tak habis-habis dan gunakan ayat al Quran dan hadis untuk menang dalam berdebat!
Buktinya, walaupun Rasulullah sendiri telah pergi selama-lamanya sejak 1400 tahun dahulu, namun dakwahnya masih kekal sehingga sekarang. Manusia tetap mengamalkan apa yang diajar. Namun ada sesetengahnya, kenapa tak nak ikut cara Nabi, dan suka ikut hati sendiri?
Raisya memandang ke arah pintu yang telah pun ditutup itu. Kepalanya lantas tertoleh ke arah cermin pada dinding di sebelah kanannya.
“Aku tak berdosa. Aku cakap benda betul. Aku pendakwah yang betul. Engkau yang berdosa. Aku tak dosa..” Kata Raisya sendiri.
—–
Tamat. Raisya masih macam tu ke? Ya. Masih. Dia tetap rasa dia betul. Manusia ni, bukan senang nak berubah dengan sekali nasihat. Ini dunia realiti. Realiti tak seindah cerita rekaan. Dan kita kena terima hakikatnya memang ada manusia macam ni dalam dunia ni.
Takut-takut, kalau kita lah RAISYA tanpa kita sedar. Suka nak pandang dosa orang tapi tak nak bercakap pasal dosa sendiri. Muhasabah lah… Jangan pernah berhenti berdoa…
Saya minta maaf mana yang minta sambung tu kalau tak berpuas hati dengan ending ni dan saya harap agar korang dapat pengajaran dari ketiga-tiga cerita yang disampaikan. Kalau belum baca Part 1 dan 2, jangan lupa baca ya. Terima kasih… :)
– Kuceng (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit