Surat Perakuan Cerai

Orang yang tak nak ada surat ni akan tahu betapa susahnya dia nak bangkit lepas dia keluar dari kamar mahkamah.

Nak baca silakan, tak nak baca scroll news feed lelaju. Di hujungnya nanti, aku ada nasihat yang tak seberapa, moga memberi manfaat pada yang membaca.

Aku mulakan. Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya aku nak bangkit lepas dapat surat ni agak susah.

Tahun pertama aku jadi down. Down yang amat sangat. Aku cuba bangkit perlahan2 dan Alhamdulillah sekarang aku dah move on.

Orang tanya aku dan sering kata kat aku:

“kahwin la. Cari jer. Ramai kan”

“kau ingat cari jodoh ni mcm cari kucing kat pasar ikan?”

Kau tak pernah ada surat ni. Kau takkan tahu sakitnya bila kau dapat surat ni. Bahkan surat ni aku pergi ambil kat pejabat agama selepas setahun bercerai. Malah, lafaz cerai itu jatuh di dalam mahkamah bukan di luar mahkamah. Kau rasa surat ni useless masa tu.

Orang nampak aku macam tak move on. Ya, enam bulan pertama aku tak move on. Berat badan aku susut 10kg, kau bayangkan.

Kau sembang “move on move on”. Sedangkan orang yang pernah ada kisah macam aku pun datang kat aku bagitau mereka sendiri dulu struggle nak move on. Kau tak pernah hadap benda ni nak sembang move on.

Aku cuba perlahan2 untuk bangkit, tapi aku bangkit bukan untuk cari yang baru. Aku rasa belum tiba masanya untuk aku cari yang baru. Banyak perkara lagi aku nak kena buat.

Sebab utama yang membuatkan aku bangkit ialah kerana ANAK. Aku tidak boleh berterusan melayan perasaan sedih dan kecewa kerana ianya akan menghancurkan hidupku.

Sepatutnya aku tumpukan perhatian pada ANAK yang ada di depan mataku pada ketika itu baru berusia 2 tahun lebih. Anak yang tak tau apa-apa di atas apa yang berlaku kepada ibu dan ayahnya ketika itu. Aku bersangka baik dengan apa yang jadi kat aku.

Allah sayang aku. Sebab tu Allah uji aku. Allah tahu aku boleh belajar untuk jadi lebih baik. Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar. Mungkin ada kekurangan aku yang tak mampu bagi sebaiknya pada dia.

Oleh itu, bila ada kawan2 kita yang bercerai dan kau tahu itu bukan kehendak dia. Kau janganlah serabutkan dia. Kau kena letak diri kau kat tempat dia. Bila kau letak diri kau kat tempat dia. Kau akan faham.

Beri dia masa dan bagi dia kekuatan. Bagi nasihat yang baik2. Kata2 yang baik. Kadang2 sebab perli dan kata kita yang agak kasar, benda tu akan menambahkan lagi sakit yang dia lalui.

Kepada suami. Sungguhpun kuasa cerai terletak di tangan kita, sebolehnya pertahankan selagi mampu.

Satu yang aku belajar lepas cerai ni. Cara komunikasi dengan pasangan kita itu penting. Jangan mudah untuk kalah dengan permintaan jika mereka meminta cerai. Cuba tackle apa yang dia nak. Cuba elak apa yang dia tak nak.

Kepada isteri, apapun suami anda. Kerja apa sekalipun, tak kaya, gaji ciput hargailah pengorbanannya yang kau tak pernah nampak. Dia di tempat kerja struggle cari nafkah. Bukan untuk dia tapi untuk kau dan anak2.

Dalam sesuatu perkara, kau kena bertolak ansur. Jangan merungut pada benda yang remeh temeh. Sebab kau sendiri tahu, kau akan jadikan benda yang kecil itu sebagai sebesar-besar perkara.

Dan tolonglah. Tolonglah jangan merasa diri tu betul sentiasa. Tolonglah hormat pada suami.

Jangan ceritakan hal rumahtangga kepada sesiapa jika ia boleh mendatangkan keburukan pada rumahtangga. Jangan tinggikan suara. Rugi ke kalau tak tinggi suara dengan suami? Jangan bangkang suami. Jangan sewenangnya cari pasal dengan suami.

Dan paling penting. Apabila kau kahwin dengan dia. Kau bukan sahaja miliki dia. Kau miliki keluarga dia. Lebih2 lagi aku tujukan pada isteri.

Bila kita kahwin dengan lelaki yang kita nak dia jadi suami kita. Ayah pada anak2 kita nanti. Bukan bermakna kau miliki dia sahaja. Bukan bermakna kau kena pegang dan genggam dia. Kau kena pegang dan genggam sekali mak ayah dia. Keluarga dia.

Ingat, andai jodoh kamu berdua panjang. Anak kamu yang kecil itu akan membesar dan akan berkahwin. Jika kita berbuat baik. Menerima dengan lapang dada siapa keluarga suami/ isteri kita, nanti menantu kita pun akan buat benda yang sama.

Jika sebaliknya, masa tu kau kena kenang balik apakah kau layan dan terima mak dan ayah mertua kau dengan seadanya.

Pasangan kita mungkin tak seperti kita gambarkan sebelum kita kahwin dengan dia. Apa yang penting kat sini. Kesediaan kau untuk terima siapa dia selepas dia jadi suami atau isteri kau.

Mungkin dia berjubah dan berkopiah. Kau nak dia jadi ustaz. Perangai macam ulama. Jadi kau impikan macam tu. Sedangkan dia manusia biasa.

Mungkin dia berniqob bertudung labuh. Kau impikan dia akan jadi isteri yang lembut bicaranya dan tidak sesekali meninggikan suara. Sedangkan kau akan nampak siapa dia selepas itu.

Tiada siapa yang baik dan tiada siapa yang terjamin ke syurga dengan kebaikannya. Jahat dia. Siapa dia. Kau kena sedia terima.

Kalau kau kuat cemburu. Buang segera. Sebab akan merosakkan hubungan. Bukan tak boleh cemburu, tapi kalau sampai soal kerja pun kau nak cemburu. Itu masalah.

Jika kau seorang yang panas baran. Ubah segera. Sebab akan mencederakan dan memusnahkan hubungan.

Apa aku terangkan ni adalah apa yang telah aku lalui. Aku tak cakap aku jer betul. Macam aku cakap awal2. Ada salah aku. Silap aku. Aku tak rugi pun mengaku.

Cuma apa aku nak sampaikan. Perkahwinan ni bukan sekadar hubungan kelamin. Tapi kebersamaan untuk harungi bersama2 susah dan senang.

Tak nafi, ada pasangan yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Namun mengapa kita nak bandingkan dengan apa yang kita ada.

Jangan membandingkan kelebihan pasangan lain. Suami dia baik sangat. Romantik. Hari2 bagi bunga. Isteri dia baik sangat2. Cakap lembut2 jer. Sopan jer.

Sebab apa yang kita dah pilih itulah pasangan kita dan kena terima baik buruk dia. Jangan mengharapkan pada pemberian tetapi harapkan diri untuk banyak memberi.

Aku pohon doakan aku. Aku tak minta jodoh segera datang pada aku. Bahkan aku rasa bila aku dah ada surat ini. Saham aku dah jatuh. Sebab aku bukan lagi lelaki bujang. Aku seorang duda ada anak.

Aku doakan agar setiap pasangan yang dah berkahwin. Elok hidup mereka. Diberkati kehidupan mereka. Dilimpahi maghfirah dan sakinah dalam kehidupan berkeluarga.

Kepada yang seperti aku. Aku faham. Aku doakan agar Allah mudahkan urusan sesiapa sahaja yang seperti aku. Dikurniakan kebaikan atas apa yang terjadi.

Mohon maaf sekiranya tulisan panjang ini ada kesalahan. Tegurlah dengan baik jika ada yang tidak kena.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai ke penghujungnya. Sekian.

– Pendosa Tanpa Noktah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *