Suami Merajuk

Assalamualaikum semua. Luahan hati ini ialah tentang keluarga suami saya. Usia perkahwinan saya dan suami sudah mahu memasuki sepuluh tahun dan Alhamdullilah kami bahagia.

Keluarga sebelah suami mempunyai 3 adik beradik, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak yang sulung ialah lelaki, suami saya anak yang kedua dan yang bongsu ialah perempuan.

Suami saya merupakan anak yang taat kepada Allah dan kedua ibu bapanya sehinggakan banyak urusan keluarga dan ibu bapanya diselesaikan oleh suami saya.

Kedua ibu bapa mertua adalah di kalangan orang yang senang kerana bapa mertua merupakan golongan professional manakala ibu mertua ialah suri rumah.

Sejak menjadi ahli keluaga, tidak dapat dinafikan saya sering perhatikan kehidupan mereka sekeluarga. Suami saya merupakan seorang yang mempunyai pendirian diri yang tegas.

Sepanjang pengenalan saya dengannya sebelum berkahwin, saya akui dia memang anak yang baik dan boleh diharapkan, cuma disebabkan pendiriannya yang tegas,

Jika terdapat perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam keluarga, dia akan menyuarakan pemikirannya dan sering dilihat untuk berbahas dengan ahli keluarganya.

Setelah mengenali keluarga suami pula, saya dapati mereka sekeluarga memang juga yang suka berbahas sehingga kadang-kadang boleh bergaduh.

Abang sulung seorang yang berjaya di dalam bidang professional dan telah berkahwin awal tahun lepas pada usia yang agak lanjut di akhir 30-an.

Saya difahamkan oleh suami yang kehidupan mereka adik-beradik semasa membesar adalah mewah dan dimanjakan oleh ibu dan bapa, di mana ketiga-tiga mereka belajar di sekolah antar4b4ngsa dan selepas tamat pengajian di sekolah menengah,

Anak-anak di hantar pula ke luar negara untuk menyambung pengajian asas dan ijazah. Lain pula buat si adik perempuan yang hanya memiliki diploma dan belajar di universiti di dalam negara.

Adik perempuan ini di lihat mempunyai gaya hidup yang bebas kerana tidak dipantau oleh ibu dan bapa kerana berjauhan semasa ibu dan bapa mertua menetap di Indonesia kerana bekerja di sana.

Adik perempuan ialah seorang yang manja hingga tidak boleh diharapkan untuk menolong keluarga kerana tahu abang-abangnya ada untuk memikul tanggungjawab. Dia berjaya menghabiskan diploma dan bekerja dalam bidang IT.

Dipendekkan cerita, adik perempuan telah berkahwin dengan kawan lelakinya yang belajar di universiti di utara tanahair yang berbangsa asing, cukuplah saya kata dari timur tengah.

Nak dijadikan cerita adik mahu berkahwin tetapi ditentang oleh suami saya kerana lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan pada waktu itu. Di dalam keluarga, semua menentang perkahwinan ini kecuali ayah mertua yang dilihat ikutkan sahaja kemahuan anaknya.

Suami cukup marah tetapi terpaksa terima keputusan ini. Sepanjang beberapa bulan berkahwin sebelum mereka berdua pulang ke timur tengah, mereka berdua tinggal di rumah ibu bapa mertua.

Tetapi perangai suami adik yang tidak gemar bersos**l dan tidak ringan tulang amat menjengkelkan. Bila suami tahu, dia sakit hati tapi senyapkan saja.

Setelah setahun di timur tengah, adik dan suaminya pulang ke tanah air dan adik disahkan mengandung. Bila pulang ke rumah ibu dan bapa mertua, suami adik masih dengan perangainya, tidak berubah.

Setelah melahirkan, semasa umur anak mereka kira-kira 4 bulan, suaminya melafazkan cerai talak 1 disebabkan pergaduhan tentang financial problem. Suami adik terus keluar rumah dan tidak dapat dihubungi selama sebulan.

Ibu dan bapa mertua meminta tolong suami untuk tolong adik pergi ke mahkamah shariah. Jadi bermulalah episod rujuk ke mahkamah shariah dan suami lah yang jadi wakil adik dan ada bersama adik disepanjang proses tersebut.

Selepas banyak kali ke sana, suami cuba meyakinkan adik dan ayah mertua yang proses penceraian perlu diteruskan kerana merasakan suaminya itu tidak boleh menyesuaikan diri dengan keluarga,

Dan tidak langsung mengambil hati keluarga dan tidak menyumbang tenaga dalam membantu keluarga selain mempunyai perangai baran dan jealous pada adik yang mahu keluarga bekerja.

Pada perjumpaan yang terakhir dengan mahkamah, adik dan ayah mertua telah sepakat untuk tidak bercerai tanpa berbincang dan memaklumkan pada suami. Jadi adik dan suaminya kembali tinggal Bersama-sama di rumah ibu dan bapa mertua.

Hal ini menyebabkan suami terasa sedih dengan perbuatan adik dan bapanya yang membelakangkan dalam membuat keputusan untuk tidak bercerai.

Kini hubungan suami dan keluarganya dingin sehingga suami tidak mahu bersua muka dengan suami adik dan juga adik, serta suami juga marah dengan ibu dan bapanya yang menyokong keputusan tersebut.

Saya sebagai isteri, sentiasa memberi kata-kata semangat pada suami untuk memaafkan ibu dan bapanya kerana dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang menolong ibu bapanya ketika diperlukan dan juga sebagai abang semasa adiknya di lafazkan cerai.

Saya doakan supaya suami dapat memaafkan supaya dia boleh move on dalam kehidupannya.

Yang benar,

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *