Assalamualaikum. Saya nak cerita sedikit tentang saya dan mertua. Serba sedikit tentang diri saya, dah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Tiada masalah konflik keluarga cuma gaduh gaduh manja tu biasalah. Sudah 6 tahun berkahwin dan mempunyai ibu mertua sahaja. Pak mertua meninggal 7 tahun lepas.
Sewaktu pantang anak pertama, saya di jaga oleh ibu mertua, jadi dia tinggal di rumah saya. Ibu mertua saya sangat solehah, selalu ke surau, bersedekah dan gemar memberi nasihat dalam apa apa situasi sekalipun.
Kadang kadang saya rasa macam tujuannya untuk apa yang dah saya buat tapi tak kena di mata dia. Saya sentiasa terima dengan hati terbuka. Tak pernah saya terasa hati dengan tazkirahnya. Saya akan kongsi kan pada suami saya apa yang ibu nya pesan.
Suami saya pun biasanya terima je atau kalau kelakar, kami akan gelak sama sama. Ibu mertua saya juga suka puji anak anaknya, dan suka mencari silap menantu menantunya.
Anaknya suka memasak, membasuh baju, basuh pinggan dan sebagainya dia akan cakap saya beruntung dapat suami macam anaknya.
Walaupun dia tak tahu sebenarnya suami saya pun beruntung dapat isteri macam saya, hehehe. Tapi saya senyum je. Cumanya ibu mertua saya tak boleh terima kalau saya cuba cerita tentang suami saya. Dia seolah olah taknak dengar dan cuba tukar topik.
Bukan niat saya nak mengata atau menceritakan aib, tapi saya cuma berharap kalau ibu mertua saya boleh tolong nasihat suami saya.
Siapa lagi yang layak nasihatkan suami kalau bukan ibunya sendiri. Begitulah, anak tetap sempurna di mata ibunya.
Dua bulan pantang bersama, tipulah kalau tak terasa hati dengan ibu mertua lebih lebih lagi kalau ditegur cara saya kendalikan anak saya, cara saya kemas rumah dsb. Silap saya ditegur, silap anaknya di diamkan.
Jadi saya adalah saya, saya berhenti menjadi sempurna. Yela kita kan kalau boleh nak menangi hati mak mertua, sampai bukan jadi diri sendiri. Saya jadi lantang tapi saya tetap senyum dengan apa yang dia tegur dan sebagainya.
Kalau tak kena di matanya cara saya sapu minyak pada perut anak pun saya akan bentes kata katanya. Sebab kadang tak semua teguran dia perlu. Contoh beri air masak pada anak, saya akan bentes kata katanya. Dari diam saya jadi tegas.
Lama saya fikir, apalah sangat dua bulan sahaja duduk bersama nak dibandingkan orang lain yang duduk bertahun dengan mertua.
Tapi saya fikir, kalau mertua saya selalu cerita pada saya buruk menantu menantunya yang lain, tak mustahil dia akan ceritakan pada orang lain tentang saya juga.
Saya kasihan pada biras saya, ibu mertua selalu cerita tentang perangainya, tapi kenapa tak cerita tentang perangai anaknya?
Lepas dua bulan, ibu saya pulang ke kampung. Saya nekad kalau ada kata kata tak sedap didengar bila saya pulang ke kampung, saya akan berhenti jadi menantu sempurna.
Kerana suami saya sendiri adalah pinjaman Allah pada saya. Tiada hubungan yang kekal. Jika kita dah buat yang terbaik dan masih lagi tidak kena di matanya, maka kita harus berhenti. Buat dan cakap apa yang perlu sahaja.
Alhamdulillah kalau saya mengadu pada suami saya, suami sangat memahami, ada masanya dia akan menangkan saya, ada masanya dia suruh saya bersabar.
Katanya dia lagi lama bersabar dengan ibu berbanding saya baru dua bulan. Itu cerita 5 tahun lepas. Sekarang saya dengan ibu mertua baik baik sahaja.
Saya masih lagi berperangai sama, tak cara dengan benda remeh. Kalau ada cerita belakang tu tak kisahlah, saya terima buruk saya.
Pada pembaca, bukan lah saya suruh kita kurang ajar dalam berkata kata atau pada perbuatan cumanya nasihat saya kita banyakkan diam dari bercakap, banyakkan buat kerja dari duduk saja, jaga adab dan kelakuan.
Berhenti terlalu takut dengan mertua atau terlalu perlu meraih perhatiannya.
Untuk yang bakal berkahwin, pertama kali nak jumpa mak mertua tu, bersederhana dalam berpakaian, bawa buah tangan, borak dengan jujur, jangan tipu benda yang awak tak pandai buat. Tak pandai drive cakap tak pandai, tak pandai masak cakap tak pandai.
Kahwin selamanya, lambat laun nanti ibu mertua tahu juga perangai awak. Sebab apa pun awak buat, tetap takkan sempurna di mata manusia. Sekian terima kasih pada yang sudi baca.
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit