Saya Nak Berat Zaman Dara Dahulu

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum pembaca dan admin… terima kasih jika perkongsian saya ini diterima.

Seperti tajuk yang dibaca.. inilah azam saya pada tahun 2020 dan seterusnya. In sya Allah… bolehlah panggil saya ‘Lemak’ seangkatan dengan perasaan saya sekarang ni. Hahaha.

Kisah saya ini dikongsi untuk bacaan santai dengan berharap yang membaca dapat doakan saya berjaya.

Ok, backstory sikit. Saya kini perempuan dalam usia lanjut 20-an. Sudah berkahwin sejak 2016 dan kini baru habis pantang cahaya mata kedua saya.

Alhamdulillah. Anak2 saya sihat, keluarga bahagia, dan bersalin kali ke dua lebih banyak ilmu menjaga bayi buatkan saya tidak tertekan seperti pengalaman anak pertama yang dahulu.

Tapi, sepanjang mengandung anak kedua hingga sekarang, selepas bersalin, meluat betul saya nak tengok tubuh badan saya ni.

Saya wanita berbadan bentuk buah ‘pear’. Kecil diatas, besar belon di bahagian bawah. Hahahaha.

Ditambah dengan selulit dipeha. Diri sendiri tengok rasa ish, sayu… tapi tiap2 hari saya bersyukur suami sayang dan inginkan tubuh saya ini.

Berat maksimum saya semasa mengandung tempoh lalu ialah lebih kurang 85kg. Kini, selepas bersalin, berat saya ialah 72kg.

Bayangkan lah dengan selulit di peha dan perut menggeleber selepas bersalin beserta parut ‘stretch mark’ buat saya segan nak tunjuk badan ni kat suami.

Saya azam nak berat dara saya semula sebab dulu, dia pun minat kat kita dengan badan saiz kecik tu juga. Jadi, ni faktor pertama kenapa saya nak berat zaman dara saya semula.

Faktor kedua, Jika dibandingkan paras BMI saya, 55kg ialah berat yang ideal untuk saya atas faktor ketinggian. Saya pernah merasa berat 55kg semasa tahun2 sebelum saya berkahwin.

Jadi, saya nak kurus bukan nak keding, tapi nak kurus untuk sihat kerana berat ideal itu in sya Allah boleh tolong saya jadi lebih ringan dan bertenaga untuk bekerja dan beribadat.

Faktor ketiga yang buatkan saya nak kejar semula berat badan zaman dara saya ialah kerana ayat halus dan terang2 daripada ibu saya dan ibu mertua. Hahaha. Yang ni bila nak tulis saya rasa nak tergelak.

Mak saya daripada anak pertama sampai ketiga memang slim. Cantik berat 45+kg maintain. Sekarang usia dah lanjut barulah besar sikit badan.

Jadi… Mak saya pantang tengok anak2 perempuan dia ‘gemok’ walaupun baru 2 anak katanya. Ni dah lepas hari pantang datang jenguk saya dah cakap2 dah “Ni dah dapat dua anak, jarak2 sikit, kuruskan balik badan tu ya Lemak”… Adoiii hahahaha.

“Ye la mak, Lemak cuba… In sya Allah..” itu je lah saya jawab tapi dalam hati dah terbakar hati. Hehehe. Kan best kalau hati terbakar boleh terus bakarkan lemak2 tepu ni.

Ibu mertua pulak tak pernah komen berat saya depan2. Menyindir pasal badan peha punggung besar saya pun tak pernah. Saya sayang sangat ibu mertua saya ni. Baik sangat dengan semua menantu2 dia.

Ibu mertua saya sebaya mak saya. Tapi, sebab orang kampung yang jaga permakanan makan ulam2 kerja keras, masih cantik badan kurus.

Ianya buatkan saya berkobar2 nak kurus semula sebab saya rasa ibu mertua saya tak suka orang gemok juga…

Setiap kali saya join dia tengok tv apa2 rancangan, kalau ada artis laki/ perempuan yang bambam bulat dia akan cakap, ‘eeee gemoknya dia’ , ‘eeee geli’. Itu kalau saiz obes.

Kalau artis size pelam2 mcm saya, dia pun cakap, ‘eee orang tu.. kenapa la gemokkk camtu.’ Aduh.. secara tak langsung saya rasa kena tembak dengan ibu mertua. Hahahaha.

Okay, sebab sayang kat ibu mertua saya, saya cuba la jadi menantu kurus.. takut2 senyap2 dia malu dapat menantu pelam. Hahaha.

Sekarang sudah lepas hari berpantang, saya berazam untuk mengecilkan semula badan saya ke berat ideal saya.

Bermula dengan permakanan saya. Jaga kalori yang cukup untuk saya yang menyusukan anak ni. Bengkung saya tak nak stop. Kena rajin2 tungku n mandi wap (sauna) walaupun dah lepas hari. Hahaha.

Cuma, beriadah atau senaman belum lagi sebab rasa rahim belum cukup kuat lagi tunggu dalam 3 bulan lagi baru saya ready nak senam.

Lagipun jenis malas bersenam sebelum ni… Ni bab malas nak senam ni pun kena singkirkan. Allahu… Kuatkan la saya Ya Allah.

Doakan saya ya. Kalau ada tips2 boleh la share ya. Sharing is caring.

Kalau ada kisah inspirasi yang turun berat cara sihat boleh la kongsi kalau sudi.

Terima kasih. Assalamualaikum.

– Lemak Nak Kurus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *