Saya Puan M. Telah berkahwin dengan anak seramai 3 orang. Bekerja sebagai seorang professional di sebuah private company. Suami saya juga bekerja sebagai professional di private company. Alhamdulillah..
Untuk pengetahuan saudara saudari gaji saya adalah 2 kali lebih besar daripada suami.. pembahagian nafkah adalah seperti berikut:
Saya: Rumah 2 buah, bil utility, kereta saya, dan cukai etc.
Suami: Kereta dia, bil sekolah dan jagaan anak, barang dapur, coway, internet dan sumbangan untuk keluarga dia etc.
Suami kurang berkemampuan untuk membeli rumah untuk kami, kerana komitmen dia agak besar. Dia telah membuat personal loan yang agak besar semasa belum berkahwin untuk membayar hutang ayahnya.
Makanya, saya dengan rela hati membeli sebuah apartment untuk kami tinggal, pada permulaan kami bernikah.
Setelah 5 tahun bernikah, rezeki sekali lagi memihak di mana kami dapat membeli sebuah rumah teres 2 tingkat untuk kami sekeluarga tinggal.
Apartment yang lama kami sewakan pada saudara yang memerlukan dengan kadar yang murah sekadar menampung bayaran bulanan bank.
Saya amat bersyukur kerana suami membenarkan saya kerja dan amat menggalakkan perkembangan karier saya, saya bekerja pada mulanya dengan tangga gaji yang agak rendah, dan gradually naik sehingga gaji hampir mencecah 5 angka.
Walaupun karier suami saya kurang stabil, ada turun naiknya dan bergaji kurang daripada saya, namun dia menyokong saya sepenuhnya, membantu membuat kerja rumah, menjaga anak, dan sebagainya.
Teringat kata-kata USM Vice-Chancellor, Professor Datuk Dr. Asma Ismail. I am not sure whether she is still the VC. I am not graduated from USM, however I appreciate her great wisdom.
‘I believe that behind successful woman, there is a very understanding and supportive husband. And that’s a fact.
Because if you do not have a supportive and understanding husband, he will clip your wings. And when he clips your wing, you cannot fly. Therefore, shop around before you marry the first man.’ Hahaha. Begitulah..
Unpopular opinion: Pada pendapat saya tidak salah untuk saya yang bergaji lebih besar menyumbang membeli rumah dan bil-bil asas, walaupun seharusnya ini tanggungjawab suami. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Berkat saya tidak berkira dengan suami, saya sering mendapat rezeki terpijak dan dapat membuat simpanan yang besar (sekitar 200k- hanya menyimpan gaji bulanan) dan simpanan untuk pelajaran anak-anak yang agak besar.
Untuk barang-barang rumah pula kebanyakannya saya yang beli kerana selalunya gaji suami akan habis iaitu cukup-cukup sahaja setiap bulan.
Suami agak boros dan kurang menyimpan. Tapi duit dia habis dengan membelikan makanan untuk keluarga dan menggembirakan anak-anak, maka tidaklah saya bising, haha.
Selalunya saya beli yang berkualiti dan mahal sedikit, tetapi bagus dan tidak cepat rosak. Contohnya blender dan periuk nasi yang dah diguna 8 tahun lepas masih digunakan sekarang. Alhamdulillah..
Ya, mungkin ada yang berpendapat suami saya akan senang hati kerana mendapat isteri bergaji besar, maka dia hanya goyang kaki bekerja untuk melunaskan hutang-hutangnya dan sekadar menambah apa yang kurang.
Namun saya fikirkan tanpa support system yang ditunjukkan oleh dia, saya tidak akan berada pada tahap sekarang.
Saya berpegang pada pada ayat surah Ibrahim:7, ‘sekiranya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu’.
Sepanjang 8 tahun perkahwinan, tipulah jika saya kata kan jika tiada pergaduhan, namun tentang kewangan itu kurang. Kerana kedua kami tidak berkira antara satu sama lain. Pada saya jika dia akan sedaya upaya memberikan apa yang dia termampu, kenapa saya tidak?
Sekiranya gaji dia ada sebanyak RM2000, maka RM2000 itu akan dia habiskan untuk keluarga, jadi kenapa saya perlu menyorokkan simpanan yang ada?
Kami berterus terang tentang financial masing-masing. Dia tahu saya ada saving yang agak besar, tetapi tidak pernah ambil kesempatan dan meminta-minta. Saya juga tahu sekiranya dia tak mampu, maka saya akan segera offer pertolongan.
Pada saya pernikahan adalah tentang perkongsian, persefahaman dan tolak ansur. Bukan sahaja dengan suami, tetapi keluarga suami. Inshaa Allah rumahtangga akan diberkati.
Mungkin saya bertuah kerana mendapat jodoh yang baik, dikeliling dengan orang yang baik-baik. Alhamdulillah..
Pesanan saya pada semua, janganlah berkira dengan pasangan, bersyukur dan bertolak ansurlah dalam perkahwinan. Inshaa Allah semua akan baik-baik sahaja. Doakan kita semua dalam limpah rahmat Allah s.w.t.
Salam,
– Puan M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit