Untuk part I, (https://iiumc.com/dugaan-hidup-3/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/dugaan-hidup-ii/).
Assalammualaikum dan hai buat warga IIUMC.. terasa lama sangat menyepi dari dunia penulisan di page ini.
Bagi yang tak pernah baca confession saya sebelum ini, disini saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama diberi Sha semestinya bukan nama sebenar, berumur awal 20an berasal dari Sabah dan kini menetap dan berkerja di Johor.
Boleh baca beberapa confession saya sebelum ini. Sesiapa yang telah mengikuti kisah saya sebelum ini pasti akan tahu serba sedikit mengenai hidup saya.
Bismillah.. Bermula kisah hidup saya pada tahun 2016 saya diserang dengan pelbagai jenis penyakit dek kerana itu, saya tidak dapat meneruskan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada tahun 2019, saya berkerja di sebuah kilang dan tidak cukup setahun saya telah diserap masuk sebagai staff (Permenant) under HRGA Dept.
Pada hujung tahun 2019 saya ingin melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTS di KL namun dihalang sekeras-kerasnya oleh abang-abang saya kerana bagi mereka saya sudah mempunyai kerja yang baik dan tak perlu lagi sambung belajar lagi.
Implikasi dari hal tersebut, saya d3pr3ssion teruk hingga nyaris bvnvh diri. Lemah Iman? Bukan, ini memang penyakit (Mental Illness) tiada kaitan dengan agama.
Namun setelah saya sedar, saya pun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dimana saya disahkan menghidap penyakit Major D3pr3ssion Disorder dan Anxiety Disorder.
Mengapa saya d3pr3ssion? Apa yang menyebabkan saya d3pr3ssion? Bila lagi rasa d3pr3ssion? Okay baiklah saya akan jelaskan satu persatu.
Saya masih ingat ketika berumur dalam 8/9 tahun saya dah simpan niat nak bvnvh diri. Sebabnya? mak memarahi dan memukul saya walhal memang wajar seorang ibu berkelakuan sebegitu dalam mendidik anak agar menjadi insan yang berguna nanti.
Sebelum itu, saya ingin beritahu yang mak saya seorang yang sangat tegas dan garang dalam meng’insan’kan anak-anaknya, manakala ayah pula seorang yang manjakan kami dlm banyak perkara. Agak kontra ye kat situ, hehehe.
Jadi latar belakang keluarga saya pun menjadi faktor/ sebab yang sangat-sangat releven untuk saya mendapat penyakit mental illnees ni.
Selain itu, ujian-ujian hidup saya turut menjadi sebab yang utama juga. Ye saya akui masa tu saya masih muda dan yaa saya sama macam pelajar2 yang lain dimana ingin melakar masa depan yang baik. Dengan itu saya harus mendapatkan keputusan spm yang cemerlang.
Namun, bila sakit semua impian saya jauh tersimpang dari plan sebenar. Saya rasa rendah diri, saya malu berdepan dengan dunia luar dan saya dibelenggu oleh perasaan sendiri.
Namun, mau tak mau saya harus berpijak di bumi yang nyata. Bangkit, jatuh jatuh dan jatuh. Saya bangkit lagi, lagi dan lagi namun jatuh, jatuh, jatuh dan malah lagi teruk jatuh.
Dengan ‘BANGKIT’ yang masih tersisa itu saya cuba bangkit perlahan-lahan dan hasilnya jadilah diri saya yang sekarang. Yang mana pada pandangan manusia sekeliling, Sha yang tabah, Sha yang kuat, Sha yang jiwanya kalis ujian, Sha yang sabar dan tabah, Sha itu Sha ini.
Dan bermacam-macam lagi sebenarnya namun semua kata-kata positif tersebut memberi impak yang baik secara tidak langsung pada saya.
Yaa, meskipun persepsi mereka terhadap saya seolah-olah jauh panggang dari api kerana hanya saya sendiri yang tau macam mana strugglenya saya nak buat-buat tabah, kuat, sabar dan redha itu didepan orang sekeliling.
Namun, dah nama pun manusia memang tak sempurna. Akhirnya, saya d3pr3ssion juga hingga nyaris membvnvh diri.
Ada beberapa percubaan yang saya buat untuk mencederakan diri antaranya jalan kat highway tanpa toleh kiri dan kanan, saya juga menyimpan benda2 yang tajam dan pil2 didalam beg. Betul-betul bersedia nak m4ti! Hahahha.
Seterusnya, d3pr3ssion saya makin teruk bilamana melihat gambar rakan-rakan seperjuangan dulu bergraduasi Tingkatan 6 dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran (Degree).
Seminggu saya cuti (Unpaid Leave) saya mengalami kemurungan dan tak henti menangis, sungguh bagai robek hati ini.
Sepatutnya saya juga seperti mereka, mendapat keputusan yang baik dan masuk Uni. Saya mula bezakan jalan hidup saya dengan mereka, sudahnya saya semakin kusut. Tapi saya tau, kalau saya meraung sekalipun takdir yang Allah tulis takkan berubah dengan sekelip mata.
Akhirnya, saya cuba mengumpul cebisan-cebisan semangat yang berterabur dan saya cuba bangkit walaupun dengan langkah yang longai. Sebelum tu semua acc socmed mereka saya unfollow, hatta no whatsapp mereka pun saya block.
Ye saya tau, mencemburui hidup orang lain seterusnya membezakan hidup kita dengan orang lain itu berdosa, sudahnya adalah lebih baik jika saya unfollow dan block mereka. Dan selepas dari itu, kehidupan saya lebih baik kerana saya banyak fokus dengan hidup saya saja.
Di samping itu, saya juga turut berperang dengan perasaan sendiri bilamana mak saya selalu sangat membandingkan saya dengan kakak saya. Ye kakak saya punya segalanya, punya degree dari USM Penang, ada kereta.
Mak terlalu banggakan dia, dan selalu membeza-bezakan hidup kami. Ye betul, mungkin niat mak baik bagi tapi ketahuilah niat tidak pernah menghalalkan cara, kenapa perlu buat begitu sehingga mengetepikan hati dan perasaan saya.
Cuba bayangkan, saya pun sendiri dah gibab dengan semua ni, lagi nak tambah lagi beban yang saya rasa.
Sedangkan jika difikir dengan sewajarnya, sepatutnya mak patut bersyukur sebab sejujurnya saya yang fight sendiri untuk sembuh dari pelbagai penyakit saya jadi kenapa bila saya dah sembuh boleh pula nak beza-bezakan hidup saya dengan kakak.
Mengapa, hina sangatkah saya dipandangan mak? Hanya kerana saya tak berpelajaran tinggi dan tidak punya harta yang sama seperti kakak.
Mungkin niat mak cuma nak tengok saya sama dengan kakak, tapi rasanya masih terlalu awal untuk mak cakap mcm tu. Baru tahun lepas saya start keje dan mula berbakti dengan mak abah dengan kirim sedikit belanja untuk mereka di kampung.
Lagipun jika difikir secara logiknya, wajarlah kakak punya semua tu sebab dia tua dari saya 5 tahun, kakak pun sewaktu umur saya tidak punya apa-apa juga.
Tidak cukup juga, dengan kakak yang selalu memandang rendah terhadap saya yela dah mak cakap mcm tu, so dia mula nampak yang saya ni kecik dan dia lebih besar dari saya.. dia suka cakap saya b*d*h lagi buat saya down sangat. Dan akhirnya saya makin, makin dan makin d3pr3ssion…
Kesimpulannya, d3pr3ssion saya bukan baru tahun lepas tapi sejak saya masih kecik lagi. Apa yang menyebabkan saya d3pr3ssion?
Pertama sekali, cara didikan kedua orang tua saya walaupun sebenarnya saya tak salahkan mereka pun dalam hal ini.
Kedua, jalan hidup saya yang berliku merupakan faktor yang menyumbang besar saya d3pr3ssion, tapi saya bersyukur dengan ujian-ujian ini saya semakin dekat dengan Allah swt, ada hikmah disebalik ujian tersebut.
Ketiga, faktor persekitaran saya, which is kehidupan kawan-kawan dan adik-beradik saya lebih baik dari saya, tapi sejujurnya sekarang saya dah redha, Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya, siapa sangka kan? Saya yakin itu!
Dan faktor keempat, saya turut d3pr3ssion bilamana adik-beradik saya pun sama sakit mcm saya.
Saya lebih rela sakit daripada tengok mereka sakit, jika Allah berkehendak lebih baik saya menelan semua sakit mereka asalkan mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan jayanya.
Tapi siapa kita untuk menyangkal semua apa yang telah tetapkan untuk kita? Yakin, semua ni akan ada hikmah. Dan faktor yang terakhir, adalah diri saya sendiri.
Yaa, saya sendiri tak boleh kawal diri saya kalau dah d3pr3ssion sangat. Betul, jika dilihat dari segi hikmahnya memang kita makin dekat dengan Allah namun ketika kita ditimpa masalah malah ketika itu tengah d3pr3ssion dan stress sangat, saya akui saya jauh sangat denganNya.
Bila saya sedar saja, baru saya istigfar banyak2… mungkin ini satu proses untuk saya agaknya..
Tapi pun begitu, saya stress dan d3pr3ssion pun saya tetap ingat dan cuba untuk tak tinggal solat. Sebab hanya solat saja penghubung antara saya sebagai hambaNya yang sentiasa memerlukan pertolongan dariNya.
Dalam pada itu, saya ingin cerita serba sedikit tentang saya kerana pernah saya nyatakan di confession pertama berkenaan ini, iaitu pekerjaan saya.
Yaa betul, pada mulanya saya hanya seorang operator kilang yang serba tak tahu. Namun, cleck saya recommend saya masuk sebagai staff kat dept HR. Walaupun position saya hanya sebagai asst. officer saja namun saya bersyukur sangat kerana sekarang susah nak dapat kerja.
Lagi pula, semua mereka sangat sayangkan saya, sebab dengan mengelar saya “Budak Kecik” ye saya antara staff termuda dikalangan semua. Hehe…
Sebagai konklusi untuk confession saya kali ini.. dan mungkin ini adalah confession terakhir saya kerana saya tak nak sambung lagi.. saya memilih tajuk bagi confession ini ‘SyurgaMU Yang Aku Kejar (Dugaan Hidup III) kerana saya sungguh ingin meraih syurgaNya.
Walaupun saya tau saya tak layak jauh sekali bersaing dengan orang-orang yang soleh dan solehah untuk meraih SyurgaNya, tapi saya ada keinginan untuk meraih syurga itu.. kenapa saya ingin sangat nak kejar syurgaNya?
Sebab di dunia ni terlalu banyak yang saya lalui, malah apa yang saya kongsi ini hanya seperenggan dari kisah sebenar hidup saya.
Saya pegang kata-kata ini sebagai salah satu motivasi saya iaitu, “Di dunia memang penat, sebab kat syurga nanti kita berehat.” Senyumm… Allah sayang kita semua..
Cuma satu saya minta, saya mohon berikan saya kata-kata semangat, saya tau ramai orang diluar sana yang lebih teruk ujian hidupnya. Mohon bagi saya semangat dan kata2 positif…
‘Yaa Allah…. Andai dengan nikmat yang kau beri itu menjadikan aku makin jauh dan lupa denganMu, maka berikanlah aku ujian dan dugaan yang akan menjadikan aku sentiasa ingat padaMu serta menjadikan Kau satu-satunya tempat untuk aku meminta pertolongan..
Sesungguhnya, aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. ‘
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit