Jangan Biar Suami Selesa Sangat

Hi semua. Selalu aku yang jadi pembaca kali ni aku nak kongsikan cerita aku. Kalau admin approve alhamdulillah. Kalau tak, admin je la bacanya. Haha.

Selalu sangat dah baca pasal suami amik kesempatan kat isteri sebab isteri gaji besar, mampu kemudian lepas tangan.

Nak kongsi dengan semua apa aku buat untuk bagi suami aku tak selesa sangat. Kalau rasa sesuai boleh la follow kalau rasa tak sesuai, ikot cara korang la.

Sedikit background aku, aku dulu bekerja bidang professional. Tapi laki aku mintak berhenti jaga anak.

Well memang impian duduk rumah jaga anak tapi datang ujian bila seorang sahaja bekerja, segala keperluan perlu dikurangkan.

Sampai satu tahap laki aku kata perlu jual kereta yang aku beli masa kerja dulu. Masa ni memang betul betul susah.

Pendek cerita selepas beberapa tahun, kehidupan mula senang. Gaji laki aku sekarang triple gaji dia dulu, dan aku ada business online yang buat dari rumah sambil jaga anak anak dan income double dari masa aku kerja dulu.

Lelaki diuji bila dia ada segalanya kan? So apa aku buat?

1. Segala tentang rumah laki aku yang uruskan contoh lipat baju, kemas rumah, buang sampah, vacuum, mop.

2. Bab masak? Siang aku masak sekali dinner, if dia nak tambahan lauk, dia masak. Actually start tahun lepas laki aku start belajar masak. Aku tukang tengok je sikit2. Now dia dah terer masak dari aku. Ok la kan.

Weekend? Aku memang tak masak. Aku cakap aku penat. So samada bungkus luar or dia masak.

Since aku ada baby kecik yang makan bubur so aku khas masak untuk baby je. Bab bersihkan ikan, ayam, udang semua laki aku buat kan. Bagi memudahkan aku masak di siang hari.

Aku dah cakap siap siap yang aku akan sempat masak bila baby tidur. Kalau baby tidur 5 minit je memang goreng telur je la. Kalau bahan dah siap tinggal masuk je memang kejap je la masaknya.

3. Laki aku ada hobby dia. Dia suka main golf. Aku cakap ok je nak main golf sampai batam ke oversea ke tapi apa apa hal yang sepatutnya dia settle kene buat.

Aku paham je dia penat kerja dan urus rumah. So dia pun nak release stress dia juga. Aku as wife dia bagi je dia nak ber’hobby’ dia.

4. Bab duit, berapa income aku, yang ni aku kadang beritahu kadang aku tak bagitahu. Maksudnya kat sini aku tak beritahu semuanya. Walaupun dia boleh je cek atau tanya dan aku akan jawab je.

Bagi aku walaupun aku surirumah duduk rumah laki aku boleh cukupkan keperluan, aku masih berpendapat setiap wanita perlu ada income.

Tak kisahlah korang jual apa pun dropship ke promote barang orang ke janji ada income, tak kisah berapa pun. Pendapat aku sediakan payung sebelum hujan lebih baik dari tak ada payung langsung.

5. Sebelum kawin, aku memang wanita yang buat semua sendiri. Tukar tayar kereta pun boleh, haha. So lepas kawin, aku tunjukkan yang aku sebenarnya boleh buat sendiri tapi aku tak nak, aku mintak laki aku buat.

Hihi, ayat aku selalunya, saya boleh je buat sendiri tapi awak kan ada, baik awak ler buat.

Haha, aku nak tunjuk yang dia masih perlu bantu aku and dia memang diperlukan dan tanpa dia mende tu tak akan jalan atau settle walaupun kalau ikotkan aku benda tu aku boleh buat tanpa dia. Hihi.

6. Bab belanja pula, kita sebagai bini mesti tahu berapa gaji laki kita. Duit keluar pergi mana. Perlu AMBIL TAHU. Bil apa kene bayar, commitment bulanan.

Ada orang tak kisah kan, nak pulak surirumah macam aku. Dulu aku tak amik tahu juga. Tapi sekarang perlu amik tahu. Sebab ada gunanya dia kemudian hari nanti.

Macam aku tahu setiap detail belanja bulanan rumah sebab laki aku memang ada buat perbentangan bajet setiap bulan. Beli apa berapa RM, yang KFC RM26 pun masuk. Haha, memang sangat detail bab duit.

So semalam laki aku cakap mama beli barang mama je dah banyak. Aku kata yeke banyak? Laa bukan ke duit awak duit saya hehehe siapa lagi nak habiskan kalau bukan saya.

Hehe, aku nak dia ingat sentiasa yang walaupun sekarang alhamdulillah selesa dari dulu, duit dia ada extra ke apa memang untuk aku je belanja. Sebab aku tahu berapa extra duit dia so aku belanja within bajet tu la.

Kadang ada je benda yang laki aku tak sempat buat. Contoh if dia balek lewat and lepas dinner memang dia akan settlekan pinggan mangkuk. Sinki mesti dah takde pinggan. Bersih. (Tips jemput rezeki ini).

Kadang dia dah tertidur dulu. So aku la settle kan tu pun lepas anak2 aku tidur. 1am 2am camtu. Ikot keadaan. Ada juga yang terlepas kadang2, so releks, bertenang. Esok buat.

Hehe, kerja rumah memang tak akan pernah habis. Apa apa pun yang kita buat, Allah sebaik baik perancang. Doa banyak2 moga rumahtangga kita kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Aamiin.

– MakAnak3 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *