Assalamualaikum semua. Kalau cerita saya disiarkan, ini hanya coretan jawapan untuk salah satu confession, (https://iiumc.com/luahan-hati-
Minta maaf kalau ayat saya berterabur sikit, memandangkan dah lama tak bercoret panjang, jadi susunan ayat pun mesti ada tunggang terbalik juga.
Terlebih dahulu, saya Kak Ayong, umur baru nak masuk 27 tahun. Minggu lepas tak silap, terbaca confession Along ni. Sungguh terkesan dalam hati, situasi kami berbeza tapi perasaan yang sama macam yang saya hadapi.
Saya pun anak sulung, dari 4 orang adik beradik. Saya 27, no 2 lelaki 26 tahun., no 3 perempuan 24 tahun dan yang bongsu umur 15 tahun. Mak ayah Alhamdulillah masih sihat dan berkerja penjawat awam.
Saya masih single, belum berkahwin dan belum ada nampak lagi pun jodoh dengan sesiapa. Berkerja, tapi malang nya saya diantara rakyat yang diberhentikan kerja swaktu PKP.
Kira ini bulan pertama saya menganggur. Sebelum ni kerja pun tak adalah gaji tinggi mana. Cukup lah untuk saya bayar hutang kereta, loan belajar.
Bezanya saya dengan confessor Along ni, saya memang duduk dengan keluarga, even adik-adik yang dah berkerja pun duduk sama.
Adik saya no 2 ni dah bertunang, InsyaaAllah kalau jadi hujung tahun ni agaknya nikah. Alhamdulillah masih berkerja sepanjang PKP ni.
Memang sukar, bila kita dibanding-dibandingkan dengan adik beradik kita. Terutama sekali bila kita anak sulung. Memang bak kata orang, anak harapan.
Apa-apa pun memang kita sebagai anak, semestinya kita nak beri yang terbaik untuk keluarga, tapi bila kita tak dapat buat, gaji saya sendiri pun tak sampai separuh gaji mak ayah saya. Memang benda ni semua buat saya lagi sedih.
Bukan tak cuba cari yang lagi elok, tapi saya tak nak jadi macam ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Tapi saya masih apply mana-mana saja tawaran yang nampak, luar bidang pun sama. Sebab fikir rezeki masing2, tak salah untuk cuba.
Saya sendiri pun tak adalah rapat sangat dengan mak dah, sebab saya sekarang dah lebih prefer untuk senyap, nak mengelakkan benda lagi keruh.
Masa puasa tiap tiap hari saya salam minta maaf pada mak. Dia nak ke tak nak terima saya tak boleh nak buat apa.
Kata-kata yang perit yang keluar dari mulut itu semua saya cuba hadam sikit-sikit. Layanan itu memang tak boleh nak buat apa. Mungkin dia dah kebiasaan macam tu.
Perasaan bila kita dah masak, tapi tak sudi nak makan. Perasaan bila kita duduk rumah tak kerja. Tapi saya usaha berniaga untuk kumpul duit sikit bagi bagi duit raya. Walaupun tak banyak. Saya cuba sikit-sikit.
Perasaan bila mak panggil kita kasar, tapi dengan adik lembut je panggilan. Itu semua saya cuba untuk redhakan hati Terutama sepanjang PKP bulan puasa tu. Kira ujian bulan Ramadhan untuk saya.
Saya faham sebenarnya Along rindu kasih seorang ibu. Faham sangat bila kita teringin nak orang tua kita pandang kita dengan rasa kasih bukan dengan pandangan yang sedih/ benci.
Panggil kita sama macam cara dia panggil anak kesayangan dia. Dia mungkin salahkan kepada keturunan dia. Mungkin betul juga, tapi Along kena faham.
Ibu Along tu pun manusia. Dia seorang ibu, tapi bukan seorang yang maksum macam Nabi. Memang akan buat kesalahan dan mungkin tak sedar pun atas kesalahan tersebut sama macam manusia lain termasuklah diri kita sendiri..
Kepada Along, saya faham walaupun awak bukanlah anak kandung. Apa – apa pun kita sebagai anak jangan lupa sentiasa doakan ibu bapa kita.
Doa semoga dia lembut hati, dan sekarang bila nak buat apa – apa, selalu niat dalam hati aku buat kerana Allah dan ibu bapa.
Along ada kelebihan untuk duduk jauh, jadi InsyaaAllah ada ruang untuk Along tenangkan hati. Memang masa PKP ni faham sangat. Bila sepanjang masa kita hadap benda negatif, kita jadi lemah dan sedih.
Tapi, apa pun ingat Allah yang lagi penting. Doa banyak-banyak. InsyaaAllah lama kelamaan akan terbuka juga pintu hati ibu Along tu.
Biarlah kita dah minta maaf, tapi kalau ibu masih berfikiran sama. Kita doa Allah kuatkan hati kita, tunjuk kan yang terbaik untuk kita dengan ibu/ mak kita.
Hubungan dengan ibu bapa asal jangan dilupakan, ini tanggungjawab Along sebagai anak. Allah beri awak peluang untuk berhubung. Jadi tak salah pun kalau awak berhubung dengan ibu bapa asal awak.
Biarlah keluarga angkat sindir ke psycho ke apa. Yang ada hubungan darah adalah awak, bukannya keluarga angkat awak.
Ada sebab kenapa kita diberi peluang untuk berhubung dengan keluarga asal kita. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Dan lagi satu, bersangka baik dengan ujian Allah. Allah tak akan uji Along melebihi apa yang Along mampu.
Mungkin dari pada sini, Along boleh dapat pengajaran, untuk InsyaaAllah jodoh akan datang, hubungan dengan anak-anak di masa hadapan macam mana..
Along kuat, itu yang saya pasti. Saya faham luahan hstu yang Along cuba sampaikan.
Saya doakan Along kuat, dan semoga Allah permudahkan segala urusan Along. Saya pun sedang memperbaiki diri saya. Sama- samalah kita usaha buat yang terbaik untuk diri kita.
Sekian,
– Kak Ayong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit