Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-bahagia-selepas-ditinggalkan-dia/).
Assalamualaikum semua.. Selepas baca beberapa komen AKU BAHAGIA SELEPAS DITINGGALKAN DIA PART 1, aku tergerak hati nak buat sambungan dari kisah pertama aku dahulu.
Banyak cerita luar biasa yang aku nak kongsikan lagi cuma tak sempat haritu, so ni ada masa sikit, aku sambung.
Why aku kongsi? Sebab aku tahu ramai lagi isteri dekat luar sana yang terlalu percayakan suami yang memang sangat disayangilah.
Jadi, cerita pertama , ketika Arwah kantoi kali ke 4 (masa ni dekat KL), aku baru tahu yang sebenarnya wujud HIDDEN APPS dalam handphone.
Aku ni punya noob tak pernah tahu hidden folder ni wujud sebab folder ni ada dalam group icon GAMES!!!! of course laa dah game kan so aku tak buka lerr.
Btw, aku memang selalu check phone Arwah sebab nak make sure dia tak buat lagi perangai terkutuk tu tapi kalau dia buat masa dia keja pun lepas tu delete aku pun tak tahu kan? Hmm. Sampai bila aku nak kena hidup dalam kerisauan?
APA ADA DALAM HIDDEN FOLDER??? Rupanyaa hidden folder tu macam desktop new tab which is ada Whatsapp lain, FB , Insta lain…
So dekat situ laa rupanya dia selalu ws ex dia dkt KL cakap ‘rindu, bila nak jumpa? Wife i Takde ni harini.. dia keja.. (aku la tu kadang2 kena keja sabtu, cari duit lebih nak bantu arwah yang miskin tu, eee geram tau).
Then ada lagi laa gambar pelik2.. (aku dah pernah tengok macam2 jenis gambar dan bentuk omg gay ni dah lebih kurang pelacur laa).
KALI KE 4 kantoi pun dia still jahat oooo, kadang2 aku rasa hati dia kalah syaitan. Aku sampai taktau waktu mana dia ikhlas dengan aku.
HIDDEN FOLDER tu ada PASSWORD tau hmm. Puas aku try semua finally dah Allah nak tunjuk kan, betul jugak satu. Lagi sedih bila dia selalu luah dekat GF NERAKA dia, (dalam dunia gay Arwah ni watak BF tetapi lembut).
Dia luah kata taksuka la, rimas laa wife asyik check phone pastu asyik nak ‘mintak’ je selalu, asyik nak peluk ja selalu.
(YELAHHHH SEBAB AKU USAHA GILA NAK BAGI ARWAH SUKAKAN PEREMPUAN !! NAK CUBA SELAMATKAN KAU DARI NERAKA !!) Depan aku dia nampak macam suka sikit, tetapi dekat belakang aku dia dok meluah !
Cerita kedua…. apa yang jahat sangat mak Arwah? Masa aku mula2 kahwin dulu, aku duduk dengan mertua.. rumah diaorang kira memang sempit la. Aku okay jaa sebab asalkan ada tempat berteduh.
Tapi yang aku tak okay bila masuk nak tido, laki aku tak bagi tutup pintu bilik weh, even tido malam (baru aku tahu lepas tu rupanya dia nak elak laa dari dok kena peluk2 aku, cis).
Part yang mak Arwah ni jahat is, dia jenis tak bagi aku tido siang langsung even hari aku cuti, kalau masuk tido ja dia akan bagi tau Arwah yang aku ni kaki tido. Mak Arwah selalu mengendap apa aku buat dalam bilik ish ish ish, untuk modal nak bercerita pasal aku.
Btw, mak arwah tau jee arwah ni GAY sebab tu dia cepat2 nak kahwin kan aku dengan anak dia, konon anak dia nak berubah.
Jahat kan buat menganiaya anak perempuan orang lain. (Kesian mak ayah aku sebab diorg nangis tgk aku).
Takpelah sekarang pun aku rasa Allah dah bayar cash dekat Mak Arwah sebab anak perempuan dia tak boleh mengandung, anak lelaki pulak bercerai. Boleh bayang meroyan dia tu.
Dia pun pernah marah bila dapat tahu mak mertua anak perempuan dia (Minah tu) asyik tanya pasal anak, hmm macam tu laa aku rasa bila mak mertua jahat. AKU RASA MAK ARWAH JAHAT SEBAB TAK BAGI TAU AKU HAL SEBENARNYA HM.
Cerita ketiga… mesti pelik kan kenapa aku tak pernah cerita pasal bapa mertua aku? Haha sebab bapa mertua aku baikkkkk. Tapi dia takut dekat mak mertua aku, so takdelah cerita pasal dia, semoga abah baik2 ya sekarang.
Alang-alang kan.. cerita sikit dalam tempoh nak bercerai tu, aku tunggu 2 kali surat mahkamah sebut kes. Susah jugak weh nak bercerai, mana kan ada tempoh iddah lagi.
Disebabkan Arwah bagi aku talak 3 so dia tak payah laa tanggung aku apa-apa dah. Tapi wehh dia lari tinggalkan hutang untuk aku settle. Cis, tak murah rezeki kau lepas ni sebab jahat sangat. Dia janji nak bayar, tapi lepas settle cerai, dia block aku.
Masa nak pegi mahkamah kali pertama tu, aku jatuh sakit tetiba, siap nangis macam orang meroyan.(Aku tak sedar, mak aku cerita). Rupanya ada orang hantar nenek tua dekat aku (aku tahu jaa tokwan Arwah keturunan siam). Tapi Alhamdulillah aku berubat lepas tu lega laa.
Baru2 ni weh, tetiba kan ada kawan pm aku tunjuk yang Arwah bergambar dengan perempuan lain, pengganti la kot. KESIAN WEHHH TAK HABIS-HABIS NAK MENGANIAYA ANAK ORANG LAGI.
Sebab aku tau… Arwah hanya nak tutup aib dia dan tutup mulut mak dia ja sebab dia sayang gila dekat mak dia. TAPI… ARWAH TETAP NAFSU KEPADA LELAKI.
Aku tak nak masuk campur pun walau sebenarnya aku boleh je dm insta perempuan tu bagi tau.
SEKIAN. TAKNAK MASUK CAMPUR. Selidik la dulu kalau nak kahwin.
– Izzati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit