Salam 1 Malaysia kepada semua. Aku nak cakap sikit mengenai kanak2 @ budak2 secara general.
Since sekolah dah mula dibuka secara berperingkat, pelbagai ragam budak2 kita nampak kan malah sejak awal PKP pun dah banyak kes viral kurang ajar dan lain-lain.
Acap kali kita dengar dan baca tagline basi “budak2 zaman sekarang…..”
Tapi kita sedar ke tak yang pendidikan budak2 ni bermula dari rumah? Siapa sebenarnya yang corakkan budak2 kurang ajar tu jadi macam tu? Mak bapak diorang jugak kan?!
Which is ‘budak2 zaman dulu’ yang dikatakan sgt perfect takde cacat cela dibesarkan oleh mak ayah zaman dulu yang sgt tegas kena rotan segala… (nak muntah).
Hasil didikan mak bapak yang ‘legend’ ni lah perangai diorang jadi macam tu. Dan ia tak berlaku dalam sehari atau seminggu ya. Ia bermula sejak zaman kanak2 lagi sebelum jadi budak sekolah.
Aku seorang yang single lagi ya tapi aku ada ramai anak buah dan memang tugas aku melayan diorang.
Aku takde masalah apa cuma dari kaca mata + pengalaman aku sendiri aku boleh nampak macam mana seseorang budak tu boleh jadi ‘spoiled’.
Oh ye geng “kau takde anak” harap tak triggered la sebab tak perlu tunggu ada anak baru approved untuk cakap pasal ni sebab anak kau tu hidup and berurusan dengan orang lain jugak bukan mak bapak dia je.
Budak2 yang spoiled soon to be super rude ni mak bapak dia kurang communicate dengan dia.
Apa je anak dia buat dia biarkan je tak pun tegur lembut2 yang mana telinga budak2 tu dah kalis pun dengar. Lepastu jenis ikut semua hajat anak dia asalkan tak menangis dan tak buat bingit.
Lama2 mak bapak dia jadi takleh resist langsung permintaan anak dia sebab anak dia pun dah jadi overly sensitive sebab dah terbiasa dapat apa dia nak.
Ada jugak kes dimana nenek dengan datuk diorang pun bekap bila cucu2 diorang buat hal. Takleh tegur langsung. End up budak2 ni jadi spoiled gila bapak takde develop rasa bersalah ke apa sebab sentiasa ada orang bekap.
Aku setuju bagi budak2 zaman alaf baru ni memang lain cara didikan dia. Tapi ada beza yang jelas dan ketara dengan yang TAK DIDIK LANGSUNG.
Sekali sekala mak ayah kena tegas dengan anak2. Tegas ya bukan garang. Ini penting supaya budak2 tu dengar cakap dan hormat. Kalau mencarut contohnya wajib denda. Takde kompromi. Tak perlu tinggi suara pun.
Ada jugak cara aku baca tu mak ayah kena cuba untuk explain dekat budak2 tu kenapa diorang kena denda kenapa perbuatan diorang tu salah dan sebagainya.
Walaupun mungkin mereka tak faham tapi effort tu ada dan inshaAllah budak2 ni otak dan hati diorang bersih serap macam span je. Pointnya ialah kena ajar dan bagitahu.
Lagipun berdasarkan pengamatan aku setakat umur 5 6 tahun tu dah pandai sangat dah diorang sebenarnya nak faham apa2 dibandingkan kita dulu.
Sebab tu budak2 yang spoiled ni boleh jadi manipulative. Bila dia ada permintaan, pijak semut pun tak m4ti. Once dah dapat apa dia nak, perangai and ragam dia datang balik.
Penting ke jadi tegas, ajar budak tu supaya bertanggungjawab atas kesalahan diorang? Mestilah penting! Kalau tak jadila macam kes viral pergi rumah orang rosakkan TV, bvnvh kucing, bagi makan ikan sampai m4ti dan lain-lain!
Untuk elakkan jadi benda seumpama tu mak ayah la yang kena main peranan. Ajar anak supaya hormat orang, behave, jaga lidah dan sebagainya.
Sebut pasal lidah pulak, pun lebih kurang jugak. Mak ayah kena la cakap benda elok2 depan budak2 tu again sebab diorang jenis serap semua yang diorang explore. Dan juga jangan bagi diorang bergaul dengan sembarangan orang.
Dan yang paling penting bagi aku is jangan sesekali bagi diorang main fon dan aktif media sos**l sampai umur mereka cukup matang! Media sos**l ni banyak sangat benda yang terlalu dewasa untuk budak2 ni.
Malahan kita tengok sendiri bahasa orang dewasa dan tua2 yang acah2 legend golongan 80’s 90’s kononnya dibesarkan dengan baik zaman dia dulu tu, kat laman sos**l FB, Twitter dan IG.
Penuh kata2 kesat kecaman carutan lawak lucah dan macam2 lagi lah content yang tak senonoh. Lepastu kita pelik kenapa budak2 sekarang ramai kurang ajar?
Sedangkan kita orang dewasa ni lah yang secara tak langsung mengajar diorang jadi macam tu. Diorang baca pastu ikut sembur dekat korang pastu korang triggered keluar ayat lapuk “budak2 zaman sekarang _______”. What the heck?
Berlambak lagi la bahana dari media sos**l ni contohnya kes r0g0l yang bermula hanya dari chat yang ringkas. Nak list tak cukup perenggan. Kalau nak bagi jugak, kawalan yang sangst ketat amatlah diperlukan.
Tapi at the same time kadang2 dengan budak2 ni jangan terlalu ‘skeptikal’ jugak like diorang sentiasa salah ke apa. Contoh macam yang dah sekolah. Balik mengadu pasal kawan ke cikgu ke seeloknya dengar dan respon sebaiknya.
Kena ingat kat sekolah tu pun tak semua baik. Cikgu pun ramai jer yang takleh pakai. Tapi sebab tradisi kat Malaysia ni asal cikgu jer wajib dihorm4ti takleh tegur langsung dan terlebih privileged.
Aku bagitau ni sebab bila viral isu budak kurang ajar ramai yang cakap cikgu sekarang dah tak dihorm4ti blabla.
Tapi hakikatnya pengalaman dengan cikgu2 sekolah aku dulu cikgu pun ramai je yang taik dan tak guna hahaha. Sindir student, tengking tak tentu pasal, pilih kasih and bias, kaunselor talam dua muka takleh harap untuk simpan rahsia.
Tak cakap pasal cikgu atau ustaz yang s3xually abuse budak lagi tu. Either way, budak2 ni akan abused mentally dan traum4tized. Kat sini penting peranan mak ayah as pendengar.
Budak tak sentiasa salah, dan cikgu takkan sentiasa betul. Perlunya untuk dengar dari kedua-dua pihak. Tapi aku tak sokong ye mak bapak yang serang cikgu kat sekolah suruh jumpa kat mahkamah bagai.
Tapi part cikgu siries aku annoyed ar dengan Malaysians yang terlampau agungkan cikgu ni.
Nak2 cikgu yang sembang bergegar pasal kemuliaan pekerjaan dia selalu yang camtu la mulut laser attack student sesuka hati feeling privileged sangat kononnya. Sorry melalut part ni aku saja nak lepaskan geram, haha.
Ha dah sampai sini jela. Semoga sampai la pointnya tu. Ada silap ke pape halal berhalal jela ye. Bye…
– A Commoner (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit