Assalamualaikum wbt. Hai. Aku budak kampung.
Cerita aku ni tak lah serius mana tapi sekadar nak berkongsi macam mana rasanya bila kau budak miskin sekolah asrama penuh yang penuh dengan anak-anak orang kaya. Sekolah yang mana satu tak perlulah korang nak pikir, okay.
Jom mula. Oh sebelum tu, boleh kata yang golongan macam aku ni 5% je kat sekolah tu atau mungkin kurang lagi. Aku budak kampung yang duduk dekat kampung yang dalam 10 km je lagi nak masuk kampung orang asli, tapi aku perkampungan melayulah.
Nak cakap yang betapa ceruk kampung nya aku duduk. Tapi elektrik, air paip semua tu dah lama lah ada kat sini, dah 30 tahun lebih,okay. Eh, panjang pulak intro pasal kampung.
Bapak aku kerja pemandu lori makanan yang hantar makanan kat pasaraya semua tu, gaji ada lah ciput RM1100++. Alhamdulillah, UPSR aku 5A dan aku diterima masuk ke salah satu sekolah menengah yang orang pandang tinggi lah kat Malaysia ni.
Tapi ni cite dah lama, aku dah sangat dah dah habis sekolah pun. Nak cerita kat adik-adik macam mana rasanya bila kau budak miskin tapi bersekolah di kalangan anak-anak lawyer, doktor, engineer, bussinessman etc. Betapa rendah diri nya rasa.
Tapi sebenarnya benda inilah pembakar semangat aku untuk belajar sungguh-sungguh sepanjang 5 tahun aku kat situ.
Alhamdulillah boleh kata setiap kali exam, tak larilah dari top 10, dalam batch yang ada dekat 200 orang tu. And selalu aku top 3 dalam kelas.
Aku pikir satu je, dah lah harta takde orang nak pandang, janji aku hebat belajar. At least, tak lah terasa hina sangat diri tu. Bukan nak rasa bangga diri, cuma nak keyakinan tu untuk bagi aku rasa layak kat situ.
Boleh bayang tak kau dikelilingi orang yang pakai barang branded tapi kau? Kau? Aku sejujurnya tak kisah pun semua tu, sebab aku sedar kemampuan keluarga aku. Aku sikit pun tak sedih cuma rasa rendah diri tu selalu ada.
Tu satu. Kedua, asrama kau ni boleh delivery makanan dalam ni, Aku dah biasa dah makan je apa yang ada. So apa dewan makan bagi, tulah yang aku makan. Tapi so far okay je makanan dewan makan dia, lagi mewah dari rumah aku, haha.
Nak cerita, aku tak peduli pun orang lain nak makan McD ke, KFC ke PizzaHut ke Starbuck ke, tapi kadang-kadang tu terliur lah jugak. Cuma buat-buat tak nampak dan buat-buat tak pernah hidu je.(walaupun air liur meleleh lah jugak-tapi dalam tekak jelah)
Ketiga, diorang ni suka buat aktiviti. Dan di mana ada aktiviti, di situ duit ku melayang. Contoh, makan-makan kelas, makan-makan persatuan, makan-makan organisasi, belum kira lagi dinner batch bagai.
(Macam biasalah dinner batch tak pernah tak grand-mesti kat hotel) Kang tetiba aku sorang je tak nak join kang pelik pulak. Sah jadi kera sumbanglah aku.
Oh, and lagi satu. Sama macam sekolah-sekolah lain, kitaorang semua wajib join kelab dan persatuan, duit ahli dah memang wajib dah.
Aku pun join je lah selagi boleh :). Bukanlah aku takde duit nak bayar, sekolah ni ada je bantuan kewangan untuk yang geng-geng macam aku, and cukup je duit tu and ada lah lebih sikit.
Cuma aku rasa sayang je duit aku. Rasa bersalah pun ada. Aku kat sana makan macam-macam. Family aku kat rumah entah makan apa entah. Entah-entah telur goreng setiap hari! (Yelah ikan bilis mahal! Sardin pun mahal!)
Belum lagi kira nak buat secret santa sesama classmates. Nak cadang limit rendah kang kesian pulak orang lain mesti rasa tak happy dapat hadiah murah. Yelah aku ni minoriti. Tapi aku tak pernah cakap kat orang pun ahahaha. “Di mana langit di pijak di situ langit dijunjung.”
Tapi sebenarnya diorang anak-anak orang kaya ni baik je. Diorang tak sombong pun.Tak pernah pun sisihkan aku ke apa. Cuma, bila ko seorang je yang janggal, mesti ada lah rasa rendah diri tu dalam diri. Yang sama macam aku, tahulah macam mana rasa dia.
Kalau dalam buku outing asrama tu, boleh kata on average dalam setahun 2 kali je aku outing. Sekali dengan parents, sekali dengan kawan-kawan. Nampak tak, betapa bakhil nya aku dengan diri sendiri ahahahahhaha.
So, kalau setiap kali parents aku datang melawat aku atau lepas hantar aku balik asrama, aku mesti menangis sorang-sorang kat asrama lepas tu. Sebab apa? Aku terpikir haih banyak nya duit habis diorang datang sini.
Lagi satu, segan tak segan, apa boleh buat. Kalau time balik asrama, orang lain kereta besar-besar, nak jumpa myvi pun payah. Bapak aku kereta besi buruk je. Tapi cat baik lah. Tapi kisah apa aku.Janji bukan kereta curi.
Jadi apa pengajarannya kat sini? Biar aku listkan ek, senang sikit korang nak baca.
1. Ibu bapa di kawasan pedalaman kurang keseadaran betapa pentingnya pendidikan.
Ni berdasarkan pemerhatian aku lah. Statistik betul aku tak tahu. Kalau salah aku minta maaf. Kenapa aku cakap macam ni, tengok lah sendiri dari cerita aku ni.
Sekolah ni untuk budak-budak cemerlang UPSR tapi aku golongan minoriti kat sini sedangkan banyak bantuan kewangan disediakan kat sekolah macam ni.
And kebanyakan mereka anak kampung ni aku tengok belajar sampai SPM, lepastu tak nak sambung belajar, terus kerja. Kebanyakan, tak semua. Ada je dua ke tiga orang akak-akak kat kampung aku tu yang study oversea sampai kerja sana bagai.
2. Kita kena sentiasa low profile. Prihatin dengan orang sekeliling. Geng-geng macam aku ni dia tak cakap dia susah ke apa, yelah siapa je yang suka hidup atas simpati orang, kan?
3. Kepada geng-geng aku di luar sana, aku nak pesan ni. Jangan rasa rendah diri, okay! Rendah hati takpe. Tapi bukan rendah diri. Your potential is limitless! Ingat niat kau belajar.
Kalau kau diterima masuk ke institusi-institusi berprestij, tu maksudnya kau layak!! Diorang tak sibuk nak tahu gaji bapak kau pun, ataupun berapa jauh ceruk hutan kau tinggal jauh dari bandar. Go big or go home.
4. Sila balancekan academic life and all other aspects of your life. Tak kisahlah betapa bermaknanya results exam tu pada kau. After all, we are living. Exam tu waktu sekolah je. Lepas sekolah kau kena hadap dengan realiti kehidupan yang jauh lebih mencabar.
Jadi, masa sekolah inilah nak develop diri puas-puas. Pulunlah selagi ada, sukan, seni, jawatan organisasi, semua cuba. Cuba jangan tak cuba, Tak cuba tak tahu.
5. Kepada geng-geng aku di luar sana, jangan pernah lupa mak ayah. Ingat diorang setiap masa. Diorang lah yang susah payah kerja bagi kita duit makan, minum, pakai. Jangan tahu nak mintak je. Hidup ni selalu kena pay for the price, okay?
Selalu call diorang dan belajar sungguh-sungguh untuk balas jasa diorang. Bila dah graduate, tangkap gambar dengan diorang dulu. Cakap thank you kat diorang dulu.
Okaylah. Thank you sudi baca. Harap boleh jadi ped0man bersama. Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat. Doakan aku berjaya dunia akhirat. Assalamualaikum.
– Budak Kampung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit