Terkesan saya baca kisah ni, (https://iiumc.com/dari-
Tak perlu saya cerita secara detail apa saya kena, cukuplah sekadar semua tahu ianya seperti kisah di atas. Waktu umur 17 tahun, saya beritahu keluarga tentang abang sebab tak tahan diperlakukan begitu.
Ibu ayah terkejut yang amat, sebab saya dan abang sangat rapat dari kecil. Abang ketika itu berumur 19 teruk dibelasah ayah, dipulau ibu.
Abang waktu itu belajar di universiti, tak dibenarkan balik rumah tapi setiap minggu ayah ibu akan pergi jumpa untuk sambung mengamuk dan dimaki.
Berbulan abang tak dibenarkan balik, sampailah kakak datang merayu, dan kata kesian ayah ibu nak abang balik tapi tak nak saya trauma. Sebab kesian kat ibu, saya beri kebenaran untuk abang balik asalkan saya tak perlu jumpa dia.
Hari abang balik, abang datang salam tangan menangis minta maaf. Saya keras hati tak maafkan, cuma melayan kehendak ibu untuk menerima kemaafan abang. Lepas abang minta maaf, saya dah tak perlu berjumpa abang.
Trauma dengan lelaki? Sudah pasti, sebab abang yang jadi bestfriend dengan saya dari kecil, yang paling saya sayang pun boleh berpaling tadah. Tapi siapa saya nak pukul rata semua lelaki sama?
Ayah saya tak berperangai macamtu, dan juga ramai lelaki lain pun tak perangai seperti itu. Saya menjadi always berhati-hati dengan lelaki selepas itu.
Tak berseorangan dengan lelaki berdua, tak mudah percaya lelaki, tapi tidaklah saya merosakkan kebahagiaan saya dengan menjadi terlalu takut. Saya percaya Allah ada, percaya kita layak bahagia, percaya Allah jaga kita.
Sekarang saya dah berumur awal 30-an dan mempunyai 2 orang anak dan saya bahagia. Hubungan saya dengan abang dah seperti biasa. Abang pun dah berkahwin, dan mempunyai 3 orang anak.
Alhamdulillah Manusia boleh berubah ke arah kebaikan. Saya percaya abang menyesal dengan tindakan dia.
Tak pernah terdetik saya inginkan anak2 buah saya lalui apa yang abang buat pada saya. Kesalahan abang akan sentiasa menghantui dia, dan dosa dia saya serahkan kepada Allah untuk mengadilinya.
Tipulah kalau saya cakap saya tidak terpikir tentang apa yang telah saya lalui, setiap detik hitam masih terpahat di dalam fikiran saya, debaran masih terasa setiap kali flashback datang.
Tapi saya akan cepat-cepat istigfar, dan cuba lupakan dengan buat-buat busy, tukar tempat duduk, atau pergi bercakap dengan orang lain agar memori yang hadir akan cepat lenyap. And it works.
Kesimpulannya, kepada yang pernah melalui apa yang saya dan confessor link di atas lalui, kita boleh bahagia. Allah sayang kita, dan Allah tahu apa kita lalui.
Jangan biarkan masa lampau kita menghantui kita dan merosakkan peluang kita untuk bahagia. Jangan takut dengan lelaki, sebab bukan semua lelaki sama. Yang jahat boleh bertaubat, yang baik boleh memahami kisah lampau kita.
Saya kesiankan mereka yang terlalu terkesan dengan kisah lampau sehingga membvnvh peluang sendiri untuk bahagia. Jangan sewaktu kecil kita dah ters3ksa, besar pun kita menyeksa diri.
Kita berhak bahagia, kita boleh bahagia! Dan apa yang kita lalui, pastikan anak-anak kita tidak laluinya. Pantau, jarakkan, berhati-hati.
Saya faham mungkin ada yang tak boleh maafkan orang yang perlakukan mereka begitu, lagi2 kalau orang jahat tu tidak berubah.
Kalau tak boleh maafkan, jangan maafkan, jangan jumpa mereka. Lari dari mereka. Tapi jangan biarkan hidup kita musnah kerana mereka. Kita berhak bahagia!
Kalau masih diperlakukan begitu, report polis, bagitahu kaunselor sekolah, bagitahu ahli keluarga, saudara, kawan yang berani dan boleh dipercayai, even orang tak dikenali seperti syed azmi, ustaz ebit liew sekalipun.
Jangan berdiam diri semata kita takut keluarga kita berpecah-belah. Jangan takut kita tidak dipercayai. Jangan biarkan mereka terjerumus lebih dalam ke dalam kejahatan yang mereka lakukan.
Maaf sekiranya coretan ini memeningkan. Saya tak reti menulis panjang2. Saya cuma harap bagi yang pernah terkena seperti saya akan boleh bangun kembali, and remember, we deserve to be happy.
Jangan kerana mereka yang jahat, kita musnahkan peluang kebahagiaan kita. Stay strong, because we can, insyaAllah. Allah ada.
– Miss Lilly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit