Untuk part I, (https://iiumc.com/mencintai-dan-menyayangi-tak-semestinya-memiliki/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/mencintai-dan-menyayangi-tak-semestinya-memiliki-ii/).
Assalamualaikum semua.. alhamdulillah, terima kasih Admin sudi siarkan kisah aku. Kepada pembaca terima kasih sebab sudi baca kisah aku lagi sekali. alhamdulillah, kita dah habis musim PKP. Musim PKP rasa sunyi sangat. Dengan jauh dari keluarga. Hidup pulak membujang..
Untuk pengetahuan, si dia telah melahirkan seorang baby yang sangat comel. Eh, aku tak move on ke? Alhamdulillah dah move on, walaupun sakitnya tuh masih disini. Haha. Cute babynya, tak tumpah macam mama dia. Mana aku tau? Family dia hantar gambar kat aku.
Mereka harap selepas PKP dapat lawat mereka. Keliru kan? Family dia dah macam family aku, keluarga dua-dua pihak memang dah kenal dah pun.. tapi itulah, mencintai dan menyayangi tak semestinya memiliki andai Allah cakap dia bukan untuk aku. Ceh!
Aku tak nak celoteh panjang, aku cuma nak cerita.. haritu aku jatuh sakit. Tak berapa sihat. So, aku pergi klinik check. Terjumpa seorang doktor ni. Sumpah hati berdebar! Adakah ini dinamakan cinta?
Masa masuk bilik dia, soalan pertama dia tanya ‘awak single?’. Aku pun terkejutlah apa hal tanya soalan macam tu tapi aku jawab ‘Ya, Doktor. Saya single.’ Dia terus jawab ‘saya pun single’. Mak aih. Selalu doktor tanya ‘awak sakit apa?’. Hahaha.
Aku tak fikir sangat pun benda ni walaupun aku rasa dia manis orangnya. Hehe. Tapi lepas hati aku tersakiti, aku jadi trauma nak jatuh cinta dan menyayangi. Serius. Kau bayang habiskan bertahun jaga jodoh orang, last-last kelaut dalam.
Sedih memang sedih, tapi Allah uji setakat kemampuan kitakan. Kawan-kawan pernah cuba kenalkan dengan beberapa orang, tapi masa tu hati memang tak terbuka lagi. Memang tolak baik-baik. Serius sakit bila sayang orang, tup-tup naik pelamin dengan orang lain. Koyak bhai!
Berbalik kepada doktor tu, dah 3 kali aku ke klinik itu. Jumpa doktor yang sama. Kali ketiga tu aku memang sengaja call dulu sebelum pergi klinik, sebab aku seboleh-bolehnya nak mengelak dari jumpa dia. Post-Trauma cinta lama. Hahaha. Sampai takut terjatuh hati lagi.
Tapi, kali ketiga tu memang dia juga yang sedang bertugas masa tu. Aku memang mengelak dari benda-benda macam ni. Trauma nak jatuh cinta.
Sampailah semalam, aku termimpi pasal doktor ni. Entah dari mana datang. Perjumpaan ketiga diklinik tu aku rasa dah lama dah. Dan nak kata ada benda trigger, macam mustahil sebab aku tak terfikir pun pasal dia. Banyak benda lagi nak fikir selain dia. Haha.
Aku terjaga subuh tu, hati aku rasa lapang. Mungkin dah tiba masanya untuk aku buka hati aku. Tapi aku takut. Aku takut anxiety menyerang lagi. Sakit nak sembuh ambil masa yang lama. Syukur pada Allah, berjaya lalui fasa getir itu.
Aku sebenarnya dah lupa cara nak mengorat, cara nak berkenalan macam mana. Serius. Berbelas tahun jaga jodoh orang, mana ada masa fikir nak mengorat orang lain.
Tapi aku rasa nak kenal dengan doktor tu diluar dari waktu klinik dia. Tapi aku tak tahu cara nak mulakan macam mana. Korang ada idea tak macam mana nak mulakan? Hihihi.
Untuk Dr. Zahra (ke Zahara), saya tak tahu sama ada awak baca IIUM Confession. Tapi kalau awak baca, saya nak confess siap-siap kat sini yang saya mempunyai niat untuk berkenalan dengan awak.
3 kali perjumpaan di klinik buat saya ingin bangkit untuk cuba membuka hati saya. Saya pernah kecewa dahulu dan saya takut untuk memulakan sebuah perhubungan lagi. Tapi hidup perlu diteruskan kan? Adakah awak hawa yang diciptakan untuk saya?
Saya pun tidak tahu. Cuma, saya doa. Moga diberi ruang dan peluang untuk mengenali awak. Selebihnya saya serahkan pada Dia, Tuhan pemilik sekalian alam. Saya tak letakkan apa-apa harapan pun cuma harap dapatlah menemui jodoh saya.
Umur dah lanjut ni (30an). Hahaha. Bukanlah gelabah dan rushing, tapi sebaik-baik lelaki kan yang memuliakan isteri.
Saya nak juga ada keluarga, isteri dan anak-anak sendiri. Nak berjalan-jalan kelilingi dunia bersama sebab saya suka travel, susah senang bersama sebab hidup tak selalu indahkan. Jangan risau, saya dah ada semua, tinggal pelengkap je lagi belum ada iaitu isteri. Haha.
Doakan saya sahabat semua. Moga ada bahagia untuk saya. Moga saya tidak terjerumus lagi di lembah mencintai dan menyayangi tak semestinya memiliki sebab tu siap-siap confess dalam sini. Biar korang semua jadi saksi yang aku dah confess siap-siap. Hihihi.
Kalau bukan dengan Zahra pun tak apa, sebab aku tak letak pun apa-apa harapan. Cukup kisah lama jadi pengajaran.
Untuk jodohku,
Dahulu aku pernah mencintai seorang insan yang aku sangka dialah tercipta untukku berbelas tahun lamanya. Sayangnya, takdir telah tercatit bukan akulah yang menjadi imamnya.
Redha dan sakit sudah aku lalui, malahan aku juga turut hadir di hari pernikahannya. Teringat lagi, b***hnya aku menangis dibelakang pelamin indahnya seolah-olah dunia dah berakhir untuk diriku.
Namun, siapa aku melawan takdir. Lebih baik pergi jauh membawa lara. Tapi aku sedar, hidup ini cuma sementara sama seperti sakit yang pernah aku alami.
HambaMu redha ya Allah, kerana aku tahu yang terbaik pasti akan menjelma dan aku tunggu kedatanganmu wahai bidadariku. Dunia akhirat tetap bersama ya?
– Addin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit