Hanya Haiwan Saja Yang Mengawan

Masa zaman remaja, aku sering memberontak sebab selalu dikongkong. Di rumah ibu bapa kongkong. Di sekolah lagi teruk, asrama penuh. “Patutnya ada TV di asrama, barulah fikiran terbuka”, aku zahirkan rasa tidak puas hati aku kepada rakan aku.

Saat ditunggu-tunggu akhirnya tiba, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang terletak di pusat bandar. Aku amat teruja kerana akhirnya aku akan mendapat kebebasan mutlak.

Ketika berada di bandar tanpa pengawasan ibu bapa dan guru, aku mencuba segala benda yang aku tak pernah cuba ketika berada di kampung. Tiga benda sahaja aku tak pernah cuba lagi iaitu rokok, arak, dan dadah.

Bila di universiti, mestilah kita nak cari kekasih. Dipendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang gadis. Cantik dan sopan orangnya. Aku membuka langkah berhubung dengan dia sampailah kami pun “couple”.

Bila bergelar kekasih, aku sering membawa dia “dating”. Aku tak pernah fikir nak melakukan maksiat terkutuk dengan dia masa itu. Maklumlah orang “baik”, solat 5 waktu, puasa sebulan penuh, dan macam-macam lagilah. Jadi memang tak berniat nak bermaksiat ketika itu.

Akan tetapi, tingkatan perhubungan kami mulai naik ke peringkat lebih tinggi. Bukan melangsungkan perkahwinan tetapi mula bersembang luc*h di Whatsapp.

Wah, aku pun syoklah al-maklumlah tak pernah dapat mesej macam tu. Jangankan mesej luc*h, kantoi “couple” pun dipanggil ke bilik disiplin kalau di sekolah aku dulu.

Dengan kebebasan yang aku miliki, tanpa ibu bapa yang melarang, guru-guru yang menghalang, aku pun sering mengajak kekasihku itu menonton wayang di waktu malam. Pada suatu malam, aku memberanikan diri untuk mengajaknya mengawan di sebuah hotel bajet.

Itulah hari malang buat diriku.

Pertama, proses persenyawaan secara haram yang aku lakukan memberi kesan negatif kepada kerohanian aku. Nak beribadah jadi malas. Nak berdoa tak mahu sebab anggap Tuhan dah tak pandang.

Bila ada masalah, dah tak mencari Tuhan sebab rasa Tuhan tak layan. Stress seorang diri dan terasa lemas di lautan kegelisahan.

Kedua, dosa mengawan tanpa nikah ini juga membuatkan rezeki aku bertambah sempit. Manakan tidak, duit poket yang diberikan ibu dan ayah disalahgunakan untuk check-in hotel, belanja kekasih, dan berjoli sana-sini.

Selain rezeki berbentuk wang, rezeki masa juga ditarik serta merta. Sehari rasanya seperti seminit sehingga assignment tidak siap, waktu belajar tidak cukup, dan kelas banyak yang ponteng. Semua benda tak sempat.

Di samping itu, hidup aku juga jadi kelam kabut dan tak tentu hala. Walaupun dapat kerja berprestij selepas belajar, stress berpanjangan.

Duit gaji yang diperolehi walaupun banyak tetap tidak cukup. Nak kahwin tapi tak dapat-dapat. Di beri macam-macam halangan. Banyak cita-cita tergendala, impian tertunda, dan matlamat tak ke mana.

Banyak lagi kesan dan perasaan yang aku nak ceritakan tapi cukuplah ini sahaja. Moga menjadi pengajaran. Aku cerita berdasarkan pengalaman aku dan benda yang aku cakap tadi benar-benar berlaku. Ada sebab kenapa Allah haramkan benda Dia haramkan.

Janganlah persoal, ikut sahaja Dia suruh. Confirm kau selamat dunia dan akhirat. Aku berpengalaman langgar perintahNya jadi aku tahulah.

Doakan taubatku, doaku, dan ibadahku diterima Allah SWT.

– X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *