Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih tuan admin kerana menyiarkan confession saya. Sedikit pengenalan nama saya Hafiz Atan dan berusia 32 tahun.
Saya adalah patient Bipolar Disorder sejak 2009 & mungkin perlu consume ubatan psychiatry secara lifetime menurut konsultasi Pakar Psikiatri.
Alhamdulillah kini saya berjaya mengawal penyakit ini tanpa bergantung ubat lagi. Bagi mereka yang mengalami penyakit bipolar disorder mungkin saya boleh berkongsi caranya.
1.MIND DIVERSION
Disebabkan penyakit ini berkait minda dan mood swing maka pesakit perlu divert atau alihkan pemikiran yang terganggu/ serabut/ bercelaru kepada sesuatu yang positif. ‘Flight of ideas’ ini perlu disalurkan (channel) menerusi pelbagai cara bersesuaian dengan teknologi yang ada hari ini.
Ini juga berdasarkan ‘multiple intelligence’ individu tersebut : musical-rhythmic, visual-spatial, verbal-linguistic, logical-mathem4tical, bodily-kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, naturalistic.
Pengalaman saya sewaktu symptom manic melanda saya tidak salurkan dengan cara yang betul maka ia menjadi tidak terkawal hingga terpaksa dipasung dan ditahan di wad psy.
Manfaatkan hobi dan minat secara berterusan. Alihkan pemikiran dan lakukan aktiviti/ hobi yang bermanfaat untuk surpress/ meredakan manic episode tersebut.
Aktiviti fitness/ bersukan juga sangat membantu. Hormon endorphin iaitu hormon kegembiraan dirembes di otak dengan banyak melalui aktiviti kecergasan.
Jangan dilayan pemikiran atau bisikan yang mengarah itu ini sebaliknya alihkan (divert) ia supaya tidak mengawal anda.
Travelling, blogging, vlogging, gaming, photography, video editing, jogging, gym, swimming, aerobic, singing, watching movies & whatever hobby, name it. Just do it constantly. Occupy your time. Jadikan hobi dan fitness activity secara rutin so that you can control the ‘beast’ in your mind.
2. NUTRITION
Amalkan pemakanan seimbang kurangkan additives/ gula/ garam/ lemak. Tinggalkan air manis/ soda berkarbonat dan apa apa yang berkalori. Just plain water. Banyakkan sayuran dan buah buahan.
Makanan sunnah juga sangat bagus. Amalkan kurma kismis badam minyak zaitun habattus sauda dan sebagainya jika ada.
Pengambilan supplemen seperti Vitamin C, Magnesium, Fish Oil (Omega 3) juga baik bagi mengoptimumkan fungsi tubuh dan menggantikan ubatan sintetik.
3. SELF-CONTROL
Kenalpasti trigger yang mampu mencetuskan ‘relapse’ sama ada d3pr3ssion atau manic. Cuba urus stress supaya ia terkawal. Tell someone if you’re having an issue. Don’t keep things to yourself. If writing fb status made you feels good then just do it.
Reach out to your loved ones or close friends if you feel the symptoms is coming. So that it will not getting relapsed. Selalulah berfikiran positif dan jadilah seorang yang ‘happy-go-lucky’.
Jangan terlalu emosi dan baper (bawa perasaan) jika ada konflik atau provokasi dari sesiapa. Take it easy. Fikir yang baik baik dan yang terbaik akan datang kepada anda (Law of attractions).
Selain itu perbaiki kualiti tidur anda. Cuba tidur secara normal tanpa ubatan psy. Betulkan ‘jam biologi’ anda. Memang susah jika dah biasa ambil ubat untuk mudah tidur. Tetapi kesan ubatan psy sangat teruk. T
idur secara berlebihan, bangun tidur tetapi tidak segar malah mengalami kelesuan/ drowsiness & mental block hingga mengganggu kerja dan aktiviti seharian.
Anda mampu tidur dengan mudah jika rutin harian diatur dengan baik melalui aktiviti fizikal dan mental yang seimbang. Bila dah penat minda dan penat badan maka mudahlah terlena.
4. COMMUNICATION
A person with bipolar mind commonly having too much brain activity. To overcome this one should try to have conversations and communicate with others as an output
. Family as the main support system will be handy. Spend time and be a good listener to the patient if he/she is dealing with manic phase.
Layankan je apa dia nak cakap walaupun mengarut. Memang nature bipolar patient bila manic banyak membebel dan mengarut hal yang aneh aneh. Tapi bila dia alami fasa kemurungan jangan biar dia hanyut.
Bantulah dia keluar dari kegelapan d3pr3ssion tu sebab dia sangat perlukan sokongan supaya tidak menjadi suicidal. Virtual communication using social apps also helps.
Ada juga yang menggunakan platform seperti IG live, Bigo live untuk ‘curhat’ (curahan hati) masalah mereka. Malah berbual dalam mobile games seperti PUBG dan Mobile Legends juga okay. Just reach out to the others so that you don’t feel d3pr3ssed. Carilah rakan untuk berbicara.
5. KEKUATAN ROHANI
Allah mendatangkan sesuatu penyakit sebagai ujian. Teruskan usaha, doa dan tawakal bila ditimpa ujian. Pertingkatkan kekuatan rohani dan amal ibadah sebagai hambaNya. Mana yang lompong baikilah. Mana yang kurang tambahlah.
Jadikan tadarus Al-Quran & zikrullah sebagai amalan kerana disitu ada kuasa penyembuhan. Ada yang menyangka orang yang diuji sakit mental ini lemah imannya.
Maka sangkal dakwaan mereka dengan menjadi the best muslim. Mungkin Allah menguji dengan sesuatu penyakit kerana mahu kita semakin dekat kepadaNya. Wallahu’alam.
“Tidaklah seseorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya.” (HR Bukhari: 5641).
– Hafiz Atan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit