Untuk part I, (https://iiumc.com/hebatnya-tawakkal/).
Assalamualaikum. Aku Bunga Melur. Sebelum ni aku ada sampaikan sebuah kisah inspirasi kehidupan aku untuk memberi semangat kepada semua masyarakat yang sedang diuji dengan kehilangan kerja dan kesempitan hidup selepas covid 19. Ini adalah kisah sambungan kepada siri sebelumnya.
Selepas aku berkahwin aku telah hilang kuasa berniaga. Dimana arwah mak buat keputusan untuk ambil abang sulung aku berkerja dengan dia.
Pada fikiran mak aku perlu ikut suami aku so maksudnya aku telah ada kehidupan sendiri. Dan pada fikiran keluarga aku ni berpelanjaran so aku perlu berkerja sedangkan mereka tak tahu pointer aku hanya 2.45 sahaja.
Suami pula aku berkerja dengan sebuah badan berkanun yang diswastakan. Dia bukan pegawai atasan Dan gaji dia 8 tahun yang lalu hanya RM1200 sahaja. Maka disini lah kisah hebatnya tawakal Siri 2 bermula.
Dengan gaji suami sebegitu sudah tentulah aku kena Cari kerja untuk tampung hidup aku. Pada awal perkahwinan aku ikut suami aku tinggal bersama di negeri lain. Disebabkan tempat tu jauh daripada bandar Aku decide untuk balik ke negeri asal untuk berkerja.
Selama aku pjj dengan suami bermacam tempat aku berkerja dan pelbagai kerenah majikan yang aku telan.Ada yang tak bayar gaji ada yang lewatkan gaji sedangkan aku berkerja setengah gila dengan jarak rumah ketempat kerja satu jam setengah.
Satu hari tu ada seorang kawan bagitahu aku yang Ada badan kerajaan di cheras memerlukan pekerja dengan kadar segera berstatus kontrak. Dengan info yang aku ada aku terus hantar email kepada hr tempat tu.
Mungkin rezeki aku yang Hamil 4 bulan Aku dipanggil temuduga Dan diterima kerja. Hakikatnya mane Ada orang mengandung diterima kerja dibadan kerajaan walaupun kontrak.
Ya mase tu rezeki aku…. aku dipilih Allah… dengan pointer 2.45 Aku menyandang jawatan pembantu penyelidik @ reasearch assistant dengan gaji RM1800 sebulan. Bukan Kata aku je yang tak percaya malah suami Aku pun.
Alhamdulillah segalanya mudah baik Dan selamat. Aku berkerja di sebuah pejabat yang sejuk yang damai dan aku tak pernah membayangkan sebegini seronok.
Pekerjaan aku tidak sesusah mana pun berbanding dengan kerja di pasar malam yang penuh haba Dan habuk. Setelah sebulan di cheras Aku dihantar ke perak selama 2 bulan untuk menjalankan kajian berkenan kesihatan pesakit kanser.
Setiap hari aku perlu berhadapan dengan pesakit yang data mereka telah ada 4 tahun yang lepas. Tugas aku adalah menebual pesakit dengan mengetahui keadaan kesihatan terkini mereka dan mengambil data ubat terkini. Segalanya dirakam dan dilakukan dengan berhati2.
Setelah itu data akan disimpan terus ke pusat. Setakat data pesakit tu pada aku tak sesusah manapun sebab data sebelum tu dah sedia ada so kerja aku just update sahaja.
Sebenarnya tugas dan tanggungjawab aku tu termasuk mengambil sampel darah, air kencing dan memeriksa paru2 pesakit dengan melakukan ujian pernafasan. Tetapi aku belum sampai level tu lagi.
Point kenapa aku diterima bekerja adalah sebab aku boleh berbahasa inggeris dengan baik dan pengalaman aku berhadapan dengan orang. Khidmat aku sangat diperlukan ketika ada pesakit yang tidak boleh berbahasa melayu.
Pekerjaan aku yang pertama lepas graduate adalah seorang pegawai khidmat pelanggan @ customer care officer di sebuah syarikat telekomunikasi milik luar negara so bahasa pertuturan adelah didalam bahasa Inggeris sebabtu tu la aku mahir berbahasa inggeris.
Bulan berganti bulan tiba masanya Aku melahirkan anak. Setelah aku bersalin keluarga kami bertelangah kerana tiada siapa yang akan jaga baby aku. Dengan keadaan aku pjj dan selalu outstation buatkan aku redha dengan melepaskan jawatan itu.
Sakit…. pilu… sedih hanya Allah tahu isi hati pejuang kehidupan seperti Aku…. Dan inilah sisi dimana aku down… aku yang kuat jadi sebegitu lemah… Aku hampir meroyan…
Aku nekad kembali kesisi suami Dan tinggal bersamanya disuatu tempat paling asing dari kehidupan aku yang dulu. Aku Tak pernah salahkan mak… tidak salahkan sesiapa dan ini takdir Aku…. Aku kena terima.
Keluarga aku bertelangah Hanya disebabkan mertua Dan mak aku x mahu jaga baby ketika aku baru sedar dari operation melahirkan baby… Hancur hati aku……
Ketika itu aku menadah tangan… Ya Allah Aku hadapkan wajahku ini dihadapan mu.. Kau sebaik2 perancang… Aku Redha dengan ujian mu.. jaga aku… damaikan hati aku… maafkan aku… Aku akan jaga anak aku ini sebaik baiknya. Ketika taip Ni berjurai jugak la air mata aku, huhu.
Sekembalinya aku di tempat suami aku.. Kehidupan aku berubah.Aku adelah seorang suri rumahtangga. Demi masadepan yang lebih baik aku positifkan diri. Aku perlu mulakan satu pernigaan semula yang ianya milik aku. Tiada siapa boleh buang aku. Aku lah tokey akulah kuli.
Buat pengetahuan semua aku ni ilmu memasak n buat kuih memang zero. Satu2nya ilmu yang mak aku wariskan adelah membuat kerepek pisang. Cara mak aku ajar memang sempoi… dia bagi aku pisang reject dan sebuah sagat.. Lain kau fikir la sendiri.
Permulaan hidup disini memang azab sbb aku tak ada pengalaman dan kenalan berniaga senang cerita Aku ni orang baru ditempat yang baru.
Disebabkan aku ni friendly aku dapat bekerjasama dengan abang jiran depan rumah aku. Dia memang arif tentang kawasan tempat baru ni dan dia mengajak aku berniaga. So aku tidak lepaskan peluang. Aku redah pasar malam di sekitar berhampiran tempat tinggal.
Sebagai permulaan aku berniaga jagung rebus. Pada aku simple sebab jangung tu hanya rebus dengan air.. Letak garam sikit. Hah jadi. Selepas jagung rebus aku up grade dengan jual air kelapa sekali. Selepas tu bermacam2 benda aku jual asal penuh meja aku.
Bukan hanya pasar malam je aku berniaga aku pergi juga ke kampung orang asli yang menganjurkan majlis perkahwinan. Aku yang selama tinggal di kawasan membangun bole terjebak dengan semua ni semata2 mencari rezeki yang halal.
Setelah berhempas pulas… Allah rezekikan suami aku dapat pelarasan gaji daripada RM1200 naik ke RM1600. Bermula dari tahun tu suami aku terima kenaikkan gaji dan bonus setiap tahun. Suami aku decide untuk sambung belajar di universiti awam.
Setelah 3 tahun suami aku berjaya graduate dengan pointer 3.68. Alhamdulillah kehidupan kami semakin baik dan sepanjang hidup dengan suami kami tak pernah bergaduh sebab duit. Aku bukan jenis yang meminta-minta. Apa yang suami mampu aku redha dan berlapang dada.
Berkat kesabaran usaha keras serta tawakal kepada Allah aku sudah tidak pergi berniaga dipasar malam dan kemana2 lagi.
Sekarang aku adalah pembekal makanan dan minuman kepada semua buruh asing ditempat suami aku berkerja. Aku perlu sediakan sarapan pagi makan dan tengahari setiap hari.
Anggaran perolehan pendapatan Aku adalah sekitar RM7000 sebulan. Aku juga adalah seorang usahawan makanan tradisional dengan pendapatan RM3-4000 sebulan.
Sekarang juga aku sedang memperluaskan pasaran makanan traditional dan akan mengantikan daripada penggunaan manual ke penggunaan mesin.
Sebenarnya aku bukan nak share cerita ni untuk berbangga diri tapi aku nak sampaikan pengajaran hidup dan beberapa amalan baik kepada masyarakat.
Pertama jaga hubungan Kita Dan Allah.. seperti kite Ade hubungan istemewa dengan solat dan amalan kita. Hati sentiasa berzikir dan sangka baik. Jaga seelok2 ibadah solat seperti kite akan m4ti esok.
Walau aku tak dilahirkan dalam keluarga alim tapi tuntutan hidup adelah solat serta menuntut ilmu selagi kite belum m4ti.
Kedua sayang mak ayah suami adik beradik seperti nyawa sendiri. Jika mampu tunaikan permintaan mereka walaupun mereka tidak minta.
Contoh Aku sedekahkan sebahgian hasil kutipan perniagaan semasa pkp kepada adik beradik kerana semasa pkp mereka susah sebab tak dapat bekerja n berniaga.
Amalan sedekah itu memang telah semua tahu akan dapat ganjaran yang hebat… tetapi cara sedekah tu bukan sahaja memberi.. tetapi menyempurnakan agar amalan sedekah itu benar2 diterima.
Contoh paling mudah Aku berikan.. ramai orang bersedekah baju kepada orang susah. Tapi keadaan baju yang disedekah kan itu umpama melepaskan batuk ditangga baju yang disedekah kan tu level Kain buruk. Sebab itu sebaik2 sedekah adelah pemberian harta yang paling Kita sayang.
Point penting juga adalah banyakkan ilmu didada.. Belajar semua ilmu masakankan, jahitan, kelas bahasa kelas mengaji dan sebagainya. Terpulang kepada minat masing2. Jika berlaku sesuatu kite pastinya telah tahu bertindak.
Pada pendapat aku duit bersifat cair so kamu semua kene bijak melabur beli emas dan jaga lupa pasang insurance @ hibah. Aku dan suami tetap memakai kereta yang sama dan telah langsai hutang lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.
Belajar hargai masa. Ade mase kita bekerja. Ada masa kite bersama keluarga dan ada masa kite bersama Allah. Masa bersama Allah tu adelah detik paling istimewa. Jika kita benar2 amalkan kita boleh ukur perubahan diri dalam kehidupan harian kita.
Aku tahu bukan aku sahaja yang struggle untuk hidup selesa. Aku hanya berkongsi cerita agar aku dapat memberi semangat kepada masyarakat.
Ramai dikalangan Kita pada hari ini sanggup buat apa sahaja untuk mencari rezeki termasuk mempromosikan diri sendiri dalam kedaan yang tidak elok. Nauzubillah… Dan dalam mencari rezeki ramai yang memerli menghina ia seperti makanan aku.
Aku tak pernah benci jiran atau orang kampung aku sebaliknya aku suka sebab dalam hidup aku ade diaorang yang datang bertanya khabar.. Yang hadiri kenduri rumah aku dan sama-sama menguruskan hari kem4tian mak aku.
Walaupun aku anak penagih tapi orang kampung tidak pernah sisihkan kami. Pade hari terakhir sebelum mak pergi… mak aku suruh jaga silaturahim dengan adik beradik dan jiran tetangga.
Sehingga ke hari ini ayah aku adelah penangih sejati. Aku hanya seorang anak yang tetap menjalankan tangjungwajab sebagai anak. Ayah tetap ade bersama aku walau kelangit biru kami terbang bersama.
Kesempatan ini aku juga nak minta maaf sebab penggunaan susunan ayat dan ejaan yang banyak salah. Aku juga nak berterima kasih diatas segala doa daripada pembaca. Aku terharu sangat.
Oh ye sebenar-benarnya kisah Aku membuat rumah berlaku pade tahun 2012. Aku Salah type 2013. Maaf ya. Sekarang aku akan lebih berhati-hati..
Dan yang terakhir apa yang Kita miliki bukan milik kite sejati. Dari dia Kita datang kepada dia Kita kembali Dan dia juga berhak menarik segala nikmat yang dia beri. Siapa Kita..ape pekerjaan kita berapa nilai harta Kita semua tu tak penting dimata Allah…
Salam sayang,
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit