Hanya Haiwan Saja Yang Mengawan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hanya-haiwan-saja-yang-mengawan/).

Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession saya bahagian 1.

Ramai yang bertanya bagaimana keadaan kekasih saya, adakah kami masih bersama? Bagaimana saya boleh kembali ke pangkal jalan? Dan macam-macam lagi persoalan yang dilontarkan.

Hayatilah kisah duka ini…

Sejujurnya saya juga tidak pernah menyangka akan bermandikan dosa sebesar ini. Manakan tidak, saya belajar dipersekitaran yang persekitarannya subur dengan agama.

Majlis Quran setiap malam, Tazkirah setiap hari, dan suasana zikir sentiasa hidup. Tiada ruang untuk kemaksiatan berlaku pada diri saya jika dilihat berdasarkan suasana dan tempat.

Seorang kawan rapat saya “confess” kepada saya yang dia telah mengawan secara haram selepas SPM. Terdetik dihati saya, adakah saya akan bergelumang dengan najis yang sama juga?

“Ah, tidak mungkin! Haram kot. Takkanlah aku nak buat benda b***h tu”, aku berbisik dengan tegas kepada diriku.

Dalam tidak sedar, mindaku telah dil4nc4p oleh Iblis untuk meninggi diri dan bersikap bongkak. Aku menyesal mengeluarkan kata-kata seperti itu walaupun hanya didengari oleh diriku.

The rest is history.

Tuhan menguji kata-kataku dan aku gagal untuk memenuhi kata-kataku. Setelah itu, aku tak berani lagi mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Bersyukurlah kalian kepada Tuhan jika masih lagi bertakwa kepadanya dan ingat kalau bukan kerana anugerahNya kalian juga diuji seperti saya yang hina.

Menariknya, saya tidak sedar pun hal ini sehinggalah saya pergi ke sebuah majlis zikir dan bersahabat dengan ahlinya.

Setelah lama meninggalkan solat dan sibuk mengawan, akhirnya saya buat keputusan untuk mencari taman-taman syurga disekitar ibu kota. Ada seorang kawan FB menampal poster zikir di “wall”nya.

Saya tertarik dengan kata-kata Maulana Rumi di dalam poster tersebut; “Wanderer, worshiper, lover of leaving. It doesn’t matter. Ours is not a caravan of despair. come, even if you have broken your vows a thousand times. Come, yet again , come , come.”

Saya tanya dia bolehkah saya ikut majlis ini. Dia mengalu-alukan dan menumpangkan saya untuk pergi bersama.

Dalam kereta kami berkenalan dan saya bertanya tentang amalan-amalan dalam majlis tersebut. Semua terjawab dengan sempurna. Namun ada satu ayatnya yang buat saya tersentap:

“Bukan amalan atau ibadah yang penting, yang lebih penting ialah adab, dengan adab turunnya rahmat dan berkat”.

Pada malam itu, saya sedar yang saya tiada adab kepada Tuhan. Sebelum itu, saya percaya bahawa saya tidak mungkin akan mengawan secara haram tetapi buat juga akhirnya.

Kepercayaan itu dalam tidak sedar cuba menafikan kuasa Tuhan yang maha kuasa. Dialah yang berkuasa untuk memberi petunjuk dan memberi kesesatan.

Sejak mengikuti majlis mereka, saya perlahan-lahan Solat dan berpuasa semula. Walaupun kadang-kadang saya tersasar, dengan rahmat Tuhan saya kembali ke pangkal jalan.

Bukan itu sahaja, saya juga memutuskan untuk berkahwin dengan kekasih saya itu. Banyak dugaan dan cabaran tetapi saya lakukan apa yang terbaik berdasarkan kudrat yang diberi Tuhan.

Teringat kata-kata seorang kawan dalam majlis itu, “apa yang Tuhan bagi, ambillah. Samada yang baik atau yang buruk, dua-dua datang dari Tuhan. Tiada adab jika kamu mengeluh”.

Kadang-kadang saya bersyukur terpalit dengan dosa dahulu kalau tidak saya sentiasa ego dan percaya diri saya sempurna (sifat yang hanya layak untuk Tuhan). Kalau tidak juga, saya jarang melazimi taubat dan istighfar (sifat maksum hanya ada pada Nabi).

Saya berpesan kepada pembaca yang saya horm4ti, taatilah perintah Allah semampu mu, ikutilah suruhan Nabi seboleh mu, InsyaAllah kamu selamat dunia akhirat.

Saya doakan semoga Allah memurahkan rezeki mu, mengangkat derajat mu, memakbulkan doa mu, memudahkan urusanmu, dan menunaikan hajat mu. Aamiin.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *