Hai assalamualaikum. Aku nak cerita kisah aku yang dah lama aku lalui. Aku Rossa, mestilah bukan nama sebenar kan. Aku intro serba sedikit tentang diri aku. Aku anak bongsu daripada 3 beradik, sulung lelaki, kedua perempuan dan ketiga aku lah, perempuan.
Mak ayah aku dah lama berpisah sejak aku sekolah lagi. So sejak daripada tu memang mak aku yang jaga tanggung kami adik beradik. Ayah aku pulak dah kahwin lain, ada keluarga baru.
Sebenarnya sebelum mak ayah aku berpisah pun, ayah aku jarang balik rumah. Aku pun jadi tak rapat dengan ayah sendiri, kalau dia ada dekat rumah pun tak reti nak borak apa, awkward.
Okay itu lah serba sedikit intro.
Nak ringkaskan cerita, mak aku ni masa masih dengan ayah aku, kerap la bergaduh dengan ayah, ni aku paham la siapa boleh tahan kan dapat suami yang bagi duit bila ada duit je. Kalau tak ada duit, mak aku lah kena survive tanggung anak sorang sorang.
(Itulah lelaki, dah tau duit tak seberapa gatal nak kawin dua, bukan semua lelaki la, sesetengah je).
So lama lama mak aku ni macam jadi seorang pemarah, mudah jugak baran, dan sifat penyayang tu dah berkurang dengan anak. Kenapa anak, bukan anak anak? Ha meh nak cerita…
Sebab anak tu, dekat aku sorang je. Dekat abang aku ada la sikit, tapi yang paling tak ada dekat kakak aku. Kakak aku ni boleh dikira macam anak emas mak aku la.
“Oo yeke kenapa macam tu pulak?”
Sebab masa mak aku tengah stress dengan perangai ayah aku tu, kakak aku la tempat mak aku luahkan perasaan dia, yela kakak aku kan anak perempuan yang paling tua. Takkan mak aku nak cerita dekat aku pulak kan.
Kakak aku jugak la yang mendorong mak aku untuk tuntut fasakh dengan ayah aku. Ini aku pun okay je yela untuk apa teruskan ikatan kalau suami tak jalankan tanggunjawab yang sepatutnya.
Okay sejak dari tu memang mak aku rapat dengan kakak aku. Dia tak pernah marah kakak aku, dia akan dengar cakap kakak aku. Kakak aku akan dilayan dengan special lah senang cerita.
Aku ni dari sekolah dah rasa dilayan tidak adil, kalau contoh satu benda tu kalau aku buat jadi salah, tapi kalau kakak aku buat dia pejam mata je, tak berani nak tegur. So dari situ aku jadi senang berontak dan defensive.
Apa je carutan yang aku tak pernah kena dengan mak aku, b*d*h, b**i, anak h***m, itu semua kalau aku dengan dia bergaduh sebab aku persoalkan ketidakadilan dia, atau aku dengan kakak aku tak sependapat, dia akan herdik suruh aku diam.
Faham tak perasaan bila kena macam tu? Seolah kita tak boleh nak pertahankan diri sendiri. Kakak aku apa lagi senyumlah dia. Mestilah kakak aku yang jadi keutamaan mak aku kan.
Part ni kakak aku memang syok gila, dia tak pernah langsung la kena herdik, apatah lagi nak kena jentik dengan mak aku. Tampar tu macam dah benda biasa aku kena dulu.
Kalau dari segi pelajaran pun memang spm kakak aku lagi cemerlang daripada aku la, aku ni walau sambung pelajaran ke universiti pun, kerjaya aku pun biasa biasa je, berbanding dengan kakak aku, dia tak sambung pelajaran tapiiii dia dapat kerja kerajaan.
Bab ni memang menjadi kebanggaan mak aku betul, sebab mak aku ni dari dulu suka kalau anak dia dapat kerja kerajaan. Kakak aku kahwin muda, sekarang dah 3 orang anak dia.
Jadi hal pilih kasih ni berlarutan sampai lah kakak aku dah kahwin pun, mak aku turutkan je segala permintaan dia. Jarang la mak aku tak ikut apa yang kakak aku nak.
So sekarang bila aku dah kahwin pun, sikap mak masih sama, sikap pilih kasih dia tu susah nak buang. Terlalu banyak yang aku dah pendam dan rasa. Tapi aku cuba jugak tutup mata semua tu, layan mak aku baik baik, tolong dia bila dia perlukan aku, menagih kasih sayang dia…
Kadang aku malu dengan suami aku, sebab suami aku pun boleh perasan layanan mak aku terhadap aku memang cukup beza dengan adik beradik aku yang lain. Mak aku selalunya memerlukan aku bila abang/ kakak aku tak ada dengan dia.
Aku pun bersungguh la datang tolong sebab rasa seronok mak ingat dekat aku. Tapi.. bila kakak dan abang aku ada, dia tak pernah ingat aku. Apatah lagi nak ajak aku makan sekali di rumah dia. Sedangkan rumah aku teramat la dekat.
Banyaklah lagi sebenarnya yang aku lalui dengan apa yang mak aku buat, yang buat aku rasa sedih dan terasa seperti anak yang disisihkan. Tapi aku pendam aku sabar semua tu. Nak sedapkan hati, aku doa kalau lah itu yang buat mak aku bahagia, aku redha aku rela undur diri.
Sebab walaupun aku dah kahwin, mak aku tetap buat aku macam aku tak ada perasaan, tak dihargai. Sakit bila kita menagih kasih sayang ibu kita sendiri, tapi ibu kita masih kedekut dengan kasih sayang tu.
Orang selalu cakap anak bongsu lah yang manja, tapi hakikatnya tidak semua yang dapat merasa macam tu, dalam kes aku, kakak aku memang anak kesayangan, anak emas dan anak kebanggaan mak aku.
Lagipun memang sejak aku sekolah lagi aku perasan, kakak aku tak suka kalau aku dapat layanan lebih daripada dia.
Pernah kakak aku merajuk dengan mak aku sebab benda yang remeh, kakak aku terus balik rumah dia. Nak tau apa jadi lepas tu? Mak aku menangis yaaa!! Menangis sebab sedih anak dia merajuk dengan dia. Ya Allah masa tu Tuhan jela faham apa aku rasa.
Kakak aku tu dah 30s ya tahun ni, tapi dia punya merajuk mengada fuhh.. Kalau aku merajuk tak pernah mak aku risau sampai menangis macam tu. Aku kena maki lagi ada la hahahaha.
Aku ada bergaduh dengan mak aku baru baru ni, pergaduhan yang agak dasyat ya. Mungkin sebab aku dah terlampau banyak pendam dengan sikap pilih kasih dia.
Nak cerita nanti jadi panjang, jadi aku ringkaskan, sejak dari pergaduhan tu, aku memang dah tak bertegur dengan mak aku.
Last aku cuma whatsapp dia mohon maaf ampun kalau aku bukan anak yang baik, anak yang tak menyenangkan dia, dan aku beritahu aku takkan ganggu dia lagi. Aku rasa itu yang terbaik buat kami, supaya dia tak sakit hati, aku pun tak sakit hati..
Tapi tak bermakna aku dah lupakan mak aku, setiap kali solat, setiap malam sebelum tidur aku akan doakan dia. Aku bukan nak buang mak aku, cuma aku rasa lebih baik aku undur diri, dari asyik terhegeh hegeh menagih kasih sayang dia, bila aku tak dapat, aku akan rasa mak aku tak adil.
Jadi cukuplah.. mungkin ada yang rasa, alaa dah besar kan takyahlah harap kasih syg mak kau tu, suami kau kan ada.
Ya betul, tapi sebab aku selalu teringin nak rasa rapat dengan mak aku, nak rasa disayangi, nak rasa dihargai. Memang kalau aku tengok orang lain yang rapat dengan mak dia, aku akan rasa seronoknya.. Yes itulah aku.
Tapi sekarang aku dah cuba kuatkan diri, tabahkan diri untuk terima yang mak aku tak boleh beri apa yang aku inginkan. Aku dah redha dan terima untuk undur diri. Dia pun tak ada cari aku. Aku taknak sakitkan hati dia, dan tak nak juga sakitkan hati sendiri.
Aku rasa inilah yang terbaik untuk kami berdua. Sebab jujur aku cakap, bila aku cari dia, aku datang rumah dia, dia selalu buat endah tak endah, kalau aku borak pun, dia sibuk fokus tengok tv.
Pernah sekali aku buat kek, panas panas keluar dari oven aku excited nak bagi dia rasa, tengah malam jugak aku datang rumah dia, bagi dia rasa.
Tapi dia tak pernah nampak atau hargai effort aku tu, nak puji sedap hmm lagi lah susah. Jadi faham tak apa yang aku rasa. Mungkin silap aku jugak terlampau menagih kasih sayang mak sendiri.
Jadi sekarang, aku decide untuk undur diri. Kalau kehadiran aku tak membahagiakan mak aku, aku redha. Aku tetap doakan mak aku semoga dia sentiasa bahagia. Kalau aku ada rezeki lebih pun aku tetap akan transfer ke akaun dia. Dia tahu atau tidak, terpulang.
Mungkin aku juga boleh bahagia dengan keluarga kecil aku, syukur aku dikurniakan suami yang baik dan anak yang kami beri kasih sayang secukupnya. Aku memang impikan keluarga yang harmoni sejak dari sekolah lagi.
Terima kasih sudi baca.
– Rossa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit