Respon Pada Toxic Masculinity

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana menyiarkan tulisan saya yang merupakan kepada respon kepada adik Kaum Adam dalam tulisannya di, (https://iiumc.com/toxic-masculinity/).

Okay, saya tukar kepada akak ye sebab akak agak berumur dari adik Kaum Adam. Tulisan ini, bukanlah semata-mata untuk adik, tetapi untuk mereka di luar sana yang merisaukan atau memikirkan perkara yang sama.

Cuma, maaflah, cerita akak agak panjang sebab tu akak reply sini, nak tulis komen pun panjang sangat.

Akak dah berkahwin hampir dua tahun dengan suami akak. Alhamdulillah, perkahwinan kami ni baik-baik aje, adalah sikit gaduh, asam-garam rumahtangga kan?

Cumanya, suami akak agak lembut orangnya. Sekali pandang memang tidak perasan kelembutan dia, tetapi kalau dah mula perbualan tu, korang tau lah macam mana kan. Belum lagi bunyi gelak dia, di tambah mulut agak laser dia tu.

Ada je kan, ikon atau artis kita macam ni gayanya, jadi bolehlah bayang macam mana. Cuma, alhamdulillah, akak boleh terima cara suami akak dan akak selesa je cara dia. Dan akak bersyukur dapat suami seperti dia, mungkin bagi setengah orang dia tidak cukup lelaki, tetapi bagi akak, dia lelaki paling sempurna di mata akak. Dia mungkin ada kurangnya, tetapi dia juga ada kelebihannya.

Adik risau lelaki pandai masak dikecam? Jangan lah risau, ramai je chef di luar sana yang hebat adalah lelaki. Tak perlulah list di sini, buka channel Astro berkaitan masakan, dalam dan luar negara, kebanyakannya chef lelaki.

Suami akak pun pandai masak, dan jujurnya, dia lagi pandai masak dari akak. Dengan kelebihan yang dia ada, ada ruang untuk kami bekerjasama.

Akak kerja ofis hour, kadang-kadang tu, boleh overtime habis pukul 6-7 petang gitu. Mana sempat masak untuk makan malam.

Suami akak pula, kerja fleksibel. Pukul 3 petang kadang dah habis kerja dia, jadi bila hari kerja biasanya memang dia yang masak. Akak masak hari weekend je. Camtu, takdelah akak penat nak pikir masak apa lepas balik kerja tu, balik je makanan dah terhidang.

Suami akak juga sukakan budak-budak. Kalau dia main dengan anak-anak kakak dan abangnya, akak rasa dah macam umur budak-budak tu. Cuma, kami masih tiada rezeki anak lagi.

Tapi, sifat dia ni meyakinkan akak, dia dapat membantu akak dalam menjaga anak kelak. Sebelum kami kahwin, memang dia yang membantu kakak dan abangnya menjaga anak-anak buahnya itu.

Tetapi, sifat ni, bukanlah lelaki lembut je ada kan? Lelaki benar-benar lelaki di mata masyarakat juga boleh membantu masak dan menjaga anak. Cuma, ada istimewa lain tentang suami akak.

Suami akak ni, bekas penari part time. Bekas sebab dia nak fokus pada keluarga, jika menari dia perlu travel selalu dan extra hour untuk training. Lagipun, penari ni sekadar income sampingan. Jadi, dah tak menari ni, dia jadi zumba instructor akak yang tak bertauliah.

Weekend kami, kalau ada free-free, kami berzumba sama. Masa single akak selalu zumba dengan kawan, tapi lepas kahwin ni, akak berzumba dengan suami pula. Rasa comel pulak bila menari bersama walaupun badan akak keras macam batu tak macam suami akak.

Dah pandai menari, dia pandai make up sebab dia kan bekas penari, masa show dulu, dia yang make up team dia. Jujur cakap, akak memang tak berapa pandai make up. Akak belajar make up pun dengan suami akak. Dan, dia juga ajar akak macam mana nak bergaya itu ini.

Kebanyakan baju akak, dia yang tolong pilih. Akak kerja pakai baju kurung. Baju akak kebanyakan dia yang pilih design. Paling best masa shopping tu, dia join komen sekali. Kain, corak, kaler itu ini. Haha, rasa berbaloi shopping dengan suami akak.

Tadikan akak cakap, dia banyak mulut kan? Itu lagi satu kelebihan dia pada akak. Sejak kami bercinta, kami boleh gayut telefon 3-4 jam. Yang paling best, borak tu bukan sweet-sweet bercinta, tapi pasal gossip ke, cerita hangat ke, masakan ke, pape je lah. Ada je kami berdua nak borak.

Kami berdua minat movie romantic, selalu lah kami share movie romantic. Drama Korea tu dah jadi bahan sharing kami, tukar-tukar hard disk. Takde lah pelik mana lelaki minat drama Korea, sama naik je dia dengan akak.

Dalam bab berborak, dia selalu dengar sesi luahan akak. Dengan dia, dah macam borak dengan member perempuan. Suami akak tak pernah menangis ke? Tipulah kan. Dia juga selalu kongsi luahan hati dia. Bagi akak, lelaki juga berhak untuk menangis dan luahan hati.

Bagi setengah orang, maybe over. Tetapi akak selesa je dengan luahan dia. Suami akak juga pendengar yang baik.

Lepas kahwin juga, alhamdulillah, dia masih pendengar yang baik. Balik kerja, ada je kami nak bercerita. Hilang terus rasa penat tu bila berborak dengan suami akak. Adalah tempat akak nak bercerita dan mengadu. Akak pula menjadi tempat dia bercerita dan mengadu.

Adik nak risau tak minat bola? Suami akak tak pandai main bola pun. Dia tak minat sukan pun dik. Astro kami pun takde channel sukan. Hahaha.

Dia minat masak, nyanyi tarian, fesyen, sekarang ni, tengah viral pasal pokok tu, tu dia dok sibuk jaga pokok pula. Banyak lah pokok viral kat rumah kami ni dia yang uruskan.

Hiasan kat rumah akak ni, dia pun yang menggayakannya. Dia juga pengemas orangnya. Takat basuh pinggan, basuh baju, mop lantai, kerja mudah untuk dia. Sekali dengar macam akak tak buat pape kan? Hahaha.

Adalah kerja kami bahagi sama-sama, tapi jadi mudah sebab akak tak perlu tengok rumah sepenuhnya. Dengan sifat dia, akak hargai dia sangat sebagai seorang suami. Banyak membantu akak dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri.

Kami takde anak lagi, jadi kami gunakan masa yang ada bersama untuk enjoy our life together. Akak tak kisah pun, dia tak pandai bola sepak, dia tak pandai baiki paip air, tak kasar macam lalaki lain, sebab dia dah cukup sempurna kat mata akak.

Kami kenal mula-mula sebagai kawan di zaman belajar, kami geng belajar sama. Memang gaya lembut dia masa tu agak menonjol. Dia dah macam bestfriend akak masa tu.

Lepas grad, dah kerja, dia luahkan dia suka pada akak. Time tu pulak, akak baru frust dengan ex boyfriend akak. Akak pun terimalah dia.

Kami bercinta, dan akak belajar menerima cara dia. Dan akhirnya kami berkahwin. Akak tak pernah judge dia dik, takde nak compare dia dengan mana-mana lelaki.

Ex boyfriend akak sebelum dia tu, memang kaki bola dan kaki video game. Memang lelaki tipikal lah. Dan suami akak ni, lain perwatakannya. Iye, lembut orangnya.

Masyarakat kata macam pondan ye? Pondan tu lah suami akak dik. Apapun, akak bersyukur dengan dia. Dia jaga pemakaian dia, masih seperti seorang lelaki. Dia jaga solat dia. Dia baik dengan emak ayah dan adik-beradik dia.

Dan yang membahagiakan akak, dia menjadi imam terbaik buat akak dan sentiasa memudahkan kehidupan akak seharian. Takde apa lah yang nak dirisaukan. Akak yakin, ramai je wanita di luar sana bersuamikan lelaki lembut macam akak. Takyah risau sangat, be yourself.

Jaga solat adik dan jaga diri adik. Pasal jodoh, adik doa lah agar dijodohkan dengan wanita yang boleh menerima siapa adik.

Kadang-kadang akak fikir, akak jatuh hati dengan suami akak ni sebab doa dia juga kot. Kami dah berkawan lama, akak siap ada boyfriend lagi masa kawan dengan dia. Tetapi akhirnya dia juga jodoh akak.

Yang penting, adik jadilah diri adik sebagai seorang lelaki sejati yang bukan diukur dari minat dan luaran sahaja. Moga adik happy selalu.

– Puan Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *