Aku dan Makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Tujuan aku menulis hanyalah untuk melepaskan segala yang terbuku di pemikiran aku sekarang. Aku seorang gadis yang berumur pertengahan 20-an.

Tajuk yang aku nak cerita ni pun dah cukup pelik dah. Makanan bagi orang lain macam keperluan untuk meneruskan hidup atau sesuatu yang memenuhi kehendak selera seseorang. Tapi bagi aku, makanan adalah PENENANG aku.

Kenapa aku kata makanan tu sesuatu yang bagi ketenangan pada aku? Well, begini ceritanya… Aku anak sulung daripada 3 beradik. Aku hidup dengan parent yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Time mereka kerja akulah yang jaga adik-adik aku.

Boleh dikatakan masa kecil, setiap hari mak aku masak, then dia pergi kerja on weekdays atau on weekend dia ke kelas sebab dia buat PJJ. Kadang dia tak sempat, so kami goreng telur or masak mi segera. Untuk pengetahuan korang berat aku masa darjah 6 ialah 70kg.

Masuk tempoh masa remaja, kebanyakkan masa aku di rumah. Sebabnya masa form 1 aku pindah sekolah dan rumah. Parents aku ni jenis tak bagi aku bersos**l.

Maksudnya lepas waktu sekolah aku memang tak pernah keluar sendiri. Semua dengan parent aku. Aku cuma ada kawan di sekolah.

Biasanya waktu remaja lah korang jalan-jalan naik motor dengan kawan or lepak-lepak dengan kawan terutama yang duduk satu taman. Tapi aku memang kat rumah sahaja tambahan rumah aku memang di kawasan berlainan daripada kawan-kawan.

To be honest, aku ada kawan sekolah menengah yang masih contact tapi aku awkward bila sesekali jumpa diorang. Punca utama mak ayah aku tak bagi aku terlalu bersos**l adalah sepupu aku lari ikut lelaki sebelum dia habis SPM.

Lagi satu tak tahu kenapa, aku nak pergi kenduri arwah rumah kawan aku pun mak ayah aku tak bagi. Sebabnya dia kata kat rumah kawan ko tu ada lelaki (Sampai sekarang aku single). Jadi bila kat rumah, apa lagi nak dibuat, makanlah…

Bertitik tolak dari peristiwa sepupu aku tulah sampai sekarang aku rasa macam tak berkembang. Masih di takuk yang sama. Tiada kemahiran sos**l.

Habis SPM aku pindah rumah lagi.. Aku minta izin nak kerja sambilan sambil tunggu result.. Tu pun ayah aku tak bagi.. Sebabnya aku menumpang rumah mak cik. Jadi aku kena buat kerja rumah. Nak belajar memandu tempat belajar jauh…

Bulan 5 aku masuk PLKN.. dan cukup 2 bulan aku terus daftar Matrik. Hari ni keluar PLKN esok daftar matrik. Dengan muka burn aku daftar dan memandangkan aku lewat masuk, memang banyak lah aku kena kejar..

Menangis aku wei, penat balik PLKN tak habis lagi, sambung belajar pulak yang tertinggal 3 bulan… Alhamdulillah aku dapat juga atas 3.00. Kat matrik, kalau aku stress je aku memang makan jela..

Kat U pun sama, stress assignment makan, stress presentation makan, stress final year project makan… Masa final year lah berat aku naik. So bagi aku makan tu ubat stress aku.

Bila kau tak pandai bersos**l, kau akan pendam everything dalam hati… Aku ni pulak jenis overthinking. So aku ambil pendekatan malas nak serabut, so aku akan lupakan je benda yang buat serabut kepala otak… Dengan cara makan.

Sekarang dah kerja pun still sama. Aku pernah turun hampir 30kg last year.. Tapi yo-yo. Bila dah kerja lagi banyak stressnya… So sekarang susah gila aku nak buang lemak yang dah menumpang badan aku sekian lama ni. Stress je ubatnya makan..

Nak cerita dengan kawan, kawan pun tiada.. Yang ada pun jauh. Nak cerita dengan family, bonding kami pun tak lah kuat sangat, nak bercuti, tak mungkin lah boleh pergi sorang..

Nak lepak mall, nak kena lalui 45min perjalanan pulak sebab aku duduk area kampung. So rutin aku, bangun pagi bagi makan haiwan, kemas dapur or buat apa yang mak aku pesan sebelum dia pergi kerja, lepastu pukul 9 aku pergi kerja. Balik 6 petang. Itulah setiap hari.

Bosan. Bila bosan ubatnya makan. Makan dan aku berpisah tiada. Sebab tu jangan hina orang berbadan besar. Kita tak tahu apa yang dilalui.

Saya bukannya nak menggalakkan obesiti.. Tapi tekanan atau stress tulah biasanya puncanya. Selain dari mengadu dengan Allah, aku tiada tempat untuk aku curahkan kegusaran aku. Ya, mungkin tu salah aku. Aku tak reti bersos**l, tak berkeyakinan.

Sometime aku macam tertanya-tanya, macam mana seseorang tu boleh jadi periang, penuh senyuman dan kasih sayang sedangkan aku masih begini. Mungkin juga sebab usaha aku masih sedikit.

Semoga Allah temukan aku dengan seseorang yang membawa aku ke arah kebaikan, tak kiralah dalam hal dunia dan hal-hal akhirat kelak.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *