Hi, Assalamualaikum. Terima kasih jika pihak iium confession menyiarkan cerita saya ini. Nama saya Fifi (bukan nama sebenar) berusia awal 20 an masih mahu belajar mengenai kehidupan.
Aku kerja sebagai supervisor di dalam bidang retail salah satu syarikat yang dikatakan ke mana mana kita pergi mesti ada nampak kedai ni. Tempoh kerja aku masih belum masuk setahun, budak baru belajar cuba je kerja yang mana dapat.
Cerita aku bukan tentang susah nye kerja ni tetapi cerita aku tentang terlampau sensitifkah aku atau mereka yang terlalu kasar?
Baru berusia awal 20an dan belum matang aku diambil sebagai supervisor untuk kerja pertama aku setelah 4 bulan menanam anggur, pada permulaan nya semuanya indah2 belaka dapat manager yang sporting, assistant manager yang selalu bersembang, staff yang baik pada mulanya.
Sekarang sudah genap 8 bulan aku bekerja bab gaji dan kerja serius aku tiada masalah, untuk lepasan graduan dengan gaji 1.5k bukan lah sikit tapi lebih untuk aku yang tiada komitmen.
Kerja aku sangat seronok tiada masalah, tiada tekanan santai dan terlebih banyak masa terluang. Nak dijadikan cerita aku sudah hantar notis berhenti kerja selama sebulan.
Ouhhh ramai yang cakap, “kenapa nak berhenti? kerja senang!” “rugi la berhenti gaji tinggi!” “orang lain susah nak dapat kerja time pkp kau nak berhenti!” “kau yang terlalu sensitif!!!!” “manusia mana2 ada je kutuk belakang!”
Mungkin kerana aku yang terlalu sensitif sampai dah tak sanggup hadap muka mereka lagi.
Setelah manager dan assistant manager bertukar, outlet aku turut bertukar cara, bertukar SOP sedangkan SOP syarikat tidak pernah pun bertukar. Aku ni bukan la pembaris sangat bukan lah baik sangat untuk ikut semua SOP syarikat baju pun aku tak tuck in.
Semakin hari outlet aku semakin pelik dan tak dapat diterima akal, staff dah jadi lagi besar dari manager (BM) dan assistant manager (ABM) dan juga SV iaitu aku, hahahaha kalau nak ikutkan aku ni apa lah sangat nak staff2 hormat kan SV je pun muda pulak tu.
Wehhh kesian wehh dengan nasib SV muda macam aku ni takde sapa nak hormat boleh pijak sesuka hati atau aku yang terlebih sensitif. Now aku listkan kenapa aku ambik keputusan berhenti kerja.
1. Bm dan Abm yang tidak mahu ambil kuasa!
Okay nak dijadikan cerita BM ABM aku ni baru bukan yang lama mereka ni macam tak tau apa2 mereka mungkin taknak kehilangan staff rasanya sampai semua staff buat nampak baik dan tak ada salah, sanggup simpan sampah dari kehilangan sampah, wehh ramai lagi la orang nak kerja.
BM ABM akan dengar je cakap staff sedangkan dorang ni ada kuasa dan dorang lelaki wehh macam mana la dorang jaga keluarga kalau benda kecik pun tak boleh settle.
Aku as a SV mcaam tak tau apa2 tak ada apa2 pun yang dorang bincang dengan aku wehh aku ni mcm nothing kat dalam kedai ni, kalau aku mengadu pasal staff sampai staff tu pun dapat tahu aku mengadu hahahaha.
Sumpah tak profesional kau dah orang atas patutnya kau selesai kan apa yang salah ni kau salahkan aku yang mengadu pasal orang bawah.
Okay BM dan ABM aku ni dorang rapat dengan staff sebab satu kepala aku je yang tak satu kepala. So aku rasa mungkin aku yang salah sebab terlalu ikut SOP dan ada letak wall diantara aku dan staff, dan juga diantara aku dan BM ABM.
Tapi tak ada la aku letak dinding sampai tak bertegur tak berborak atau gelak ketawa ada masa dorang jadi kawan jugak tak ada masalah nak makan sama2 atau bergurau senda.
But bukan everyday atau everytime seperti dilakukan oleh BM ABM aku sampai dorang tak nampak salah staff dan tak teringin nak guna kuasa veto.
2. Staff SWIPEKAN kad.
Aku ada 5 orang staff 3 cashier 2 sk standard la untuk sebuah kedai lot corner kan. Perlu ke aku cerita seorang2 punya perangai, urmmm rasanya tak kut. Aku cerita keseluruhan lah ye.
Okay first SOP yang dilanggar oleh staff2 aku ni dorang ni suka keluar rehat lama2 dan masuk kerja lambat.
Ini tak jadi masalah untuk aku tapi yang jadi masalahnya bila dorang minta yang lain SWIPEKAN KAD dorang so gaji dorang tak kena potong dan kehadiran dorang akan dilihat sangat cantik,
aku pernah tegur dan selalu tegur tapi dorang kan tak hormat aku sebab apa, sebab BM ABM pun tolong swipe kan sekali la weiiii.
Yang ni aku rasa sangat tak adil sebab aku nak reach tempat kerja aku ada dalam sejam, lambat macam mana pun aku tetap swipe sendiri sebab aku takut something bad terjadi kat aku dalam perjalanan kan.
Dorang pernah jugak minta aku swipekan tapi aku cakap aku tak nak masuk campur dalam gaji tak berkat korang tu.
3. Staff BESAR KEPALA.
Yes sudah tentu lah bila BM ABM tak pernah salahkan staff mestilah staff akan besar kepala aku rasa besar sangat dah lagi besar dari Jimmy Neutron, dorang punya besar kepala tu sampai dorang boleh rehat sesuka hati keluar sesuka hati dorang.
Yang paling tak boleh brain cuti sama2, yes untuk sehari akan ada 2 orang staff cuti sekali seorang sk dan seorang cs tapi ni boleh dorang cuti bertiga 2 cs dan sorang sk nak dijadikan cerita hari tu cs yang patut nye full tak dapat masuk kerja sebab demam.
So aku yang patut nya masuk lambat terpaksa masuk awal weiii ye memang OT tapi dengan baju tak sedia lagi tiba tiba dapat call suruh masuk kerja awal dan aku pun pergi kerja dengan tak tahu apa2 dan terpaksa jadi cashier.
Ouhh btw BM aku dah suruh salah sorang cs yang cuti tu masuk hari tu tapi dorang buat b*d*h je. Sebenarnya tak boleh untuk 2 cs cuti hari yang sama, cs perlu sentiasa ada 2 orang dalam outlet.
4. Belangkas.
Yesss benda yang paling problem dalam kedai ni ada belangkas si teruna dan dara yang anggap semua dorang buat adalah betul.
Sop syarikat bercinta tak boleh, okay la aku tak kesah dorang nak bercinta tapi berpada pada la aduhhh sampai makan sorang2 pun tak boleh weiii geli dohh pasangan baru bercinta ni.
Cuti sama aku tak hairan keluar rehat sama aku tak kesah yang aku kesah dorang dah keluar rehat lebih sejam dengan suruh kawan dorang swipekan kad.
Tapi bila balik dari rehat baru nak makan bawak nasi bungkus tak cukup ke rehat sejam tambah setengah jam atau sejam lagi yang tak halal tu untuk dorang bercinta dan makan?
Lepas tu makan bukan sekejap lama pulak tu kalau aku kena cover untuk jaga kaunter berjanggut la aku tunggu sedangkan aku ni perempuan. Yes kawan2 cs tak kesah sebab kawan kan sokong je.
Korang nak tahu tak hari tu waktu puasa dorang ni boleh tak puasa sebulan weii sama2 makan dalam kereta setiap hari aku macam tak tahu la nak cakap apa kalau bukan islam tu tak apa la tapi masing2 dah tua kan, kubur masing2 so cukup sekali teguran.
Okay cukup la aku ni suka bercerita tapi aku taknak orang tahu tentang siapa yang aku bercerita so aku cerita dalam ni dari aku bercerita kat kawan kawan nanti dorang kenal pulak sapa empunya badan.
Aku just nak pesan untuk semua korang kalau kerja, biar kerja tu elok elok jangan mengular dan kalau ada punchcard tolong la jujur aku taknak something bad happen dan korang tak dapat nak claim apa2 insurans dari company sebab korang dah langgar SOP syarikat.
Kalau nak bercinta satu tempat kerja tu pastikan korang matured dan tak campur aduk personal dengan kerja. Stop jadi kaki kipas sebab nak lepas tekak sendiri aku muak dengan staff perangai kipas ni.
Kalau kau orang atas pastikan buat kerja dengan amanah bukan butakan mata sebab orang bawah tu kawan kau, kekasih hati kau, salah tetap salah jangan sampai orang lagi atas dari kau dapat tahu.
Kalau kau orang tengah macam aku pastikan mental kuat kalau tak kuat kau berhenti je macam yang aku buat. Aku ni sensitif. ORANG SENSITIF TAK BOLEH JADI SUPERVISOR!
Sekian…
– Fifi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit